Monday, 11 November 2013

Muharam : A starting point ?

Esok lusa dah 9 dan 10 muharam, elok sangatlah sama2 kita puasa esok ye.

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)

Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.

Ringkasnya, yang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.

Untuk info lebih padat, sila klik
 http://yusofembong.blogspot.com/2011/12/puasa-sunat-bulan-muharram-91011hb.html
ataupun klik
http://www.islamituindah.my/fadhilat-puasa-sunat-asyura

Ok, minggu ni memang sangat2 mencabar jiwa raga memandangkan dipenuhi midterm test. Baru lepas test Data Structure & Database Management, so nak ambil nafas jap sebelum mengharungi Computer Architecture jumaat ni.

Memandangkan manusia memang pantang dapat masa lapang, akan disia- siakan. Dah selalu pun buat camtu. Terdetik nak mencoret pun sebab tiba2 dapat mesej dari organisasi universiti ni untuk hadir mesyuarat katanya. But, actually, I'm expecting an interview. Memang diri sendiri yang mohon. Mula2 teragak- agak nak isi, takut tak dapat penuhi kriteria, tak dapat galas tanggungjawab tu and bla bla bla...

  Bila difikir balik, aku belum buat apa2 untuk diri sendiri dan komuniti. Bukan kejar nama atau jawatan, tapi pengalaman tu lah yang paling berharga. Tak boleh dibayar dengan apa pun. Untuk masa depan jugak. At least ada sesuatu yang lebih, bukan di bilik kuliah semata- mata. Memang pasti akan sibuk kalau terpilih nanti. Kalaulah. Sebab yakin DIA dah aturkan yang terbaik, redha dengan segala keputusan. Tak dapat pun takpe, cuma mencuba. Lagipun, kalau tak sibuk dengan program2 macam ni sekalipun, masa lapang yang ada selalu nya lah, akan buat mende2 lagha jugak. Layan movie, berjalan, wayang etc. Mungkin ni yang akan jadi turning point, lebih pandai urus masa mungkin? Tak sia2kan masa lapang yang ada ni camtu je. 

     Tiba2 terdetik nak hidupkan mode aktifkan diri sejak buat resume untuk mohon satu kursus ni. Rasa macam "kalau macam ni resume, ada ke orang teringin ambik aku?". Hm hm. Mula risau dengan masa depan. Tak nampak jalan lagi ni. Kena banyak istighfar kot. *reflect*.

Oraitio. Sambung assignment.

p/s : jom puasa! ^^