Pengertian KIFARAH:
Kifarah bererti balasan Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya.
Pengertian KAFFARAH:
Kaffarah dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.
Konklusinya, dari zaman sekolah menengah sampai skang ni pun still ramai yang keliru antara kedua2 penggunaan ni. Bukan nak tunjuk pandai ke hape, just membetulkan, diri sendiri pun banyak jahilnya lagi ni.
Kenapa baca tasbih kaffarah lepas selesai majlis?
Fahami pengertian istilah pulak:
Bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.
So, baca tasbih kaffarh ni, untuk mengampunkan dosa2 kita, atau kesalahan yg kita lakukan sepanjang majlis tu berlangsung.
Untuk rujukan dari yg lebih arif, klik http://zikrihusaini.com/tasbih-kaffarah-bacaan-selepas-majlis-ilmuzikir/
Wallahu'alam.