Memandangkan kebosanan di rumah, maka kerajinan untuk membuat kek pun tiba. Tambah2 kat rumah memang ada microwave, pemukul telur, pendek kata peralatan untuk buat kek memang ada. Cuma rajin dengan tak je. Zaman segalanya dihujung jari ni, sekelip mata je nak google resepi bagai ni. Umi pulak memang supportive, cakap nak buat kek je, terus tanya bahan apa takde. Maka rajin2 kanlah diri. Jumpe pulak resepi paling simple ni,apa lagi, mesti try lah.
Maka ini adalah bahan2 nya
Kalau tak clear, mai ceq habaq. Bahan kek pandan sempoi:
1 1/2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Cawan Minyak Jagung
- 1 Cawan Gula Kastor
- 5 Helai Daun Pandan
- 1 Cawan Susu Cair
- 1 Biji Telur
- Sedikit Pewarna Hijau
- 3 Sudu Coklat Rice
*tapi yang ni aku tambah letak coklat chip + gula urai (gula yg warna warni tu). Sukatan pun guna cawan, maka mudah kalau takde penimbang nak kira 500 g tu banyak mana etc. Cawan yang agak2 buat cawan hidang teh tulah.
Cara - Cara :
1. Blend daun pandan bersama secawan susu.
2. Tapis susu pandan dan asingkan dalam bekas lain.
Ginilah rupa dia. Aroma bau pun wangi.
3. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
Buih tu menandakan kembang
5. Masukkan minyak dan susu pandan. Gaul sebati.
*actually, rasa macam terlebih kaler ni..muehehe*
8. Kukus selama 1 jam / Bakar (180'c) selama 45 minit.
(boleh jenguk sini utk resepi lanjut)
Tak pernah buat kek kukus sebenarnya. Sebab rasa dia lain sikit daripada bakar. Bakar lebih kelas gitu. (tuu bagi akula). Kalau try entah jadi entah tak. Ni pun,aku salah masuk sebenarnya. Termasuk tepung dulu, baru minyak jagung, so maybe dia jadi kurang kembang sikitlah.
*kualiti gamba kurang memuaskan*harap maklum*
Ni pun kira resepi paling asaslah nak buat kek sebenarnya. Pastu tak payah guna telur banyak. Biasa guna resepi 3-5 biji telur gitu. Lepas dah siap ni, jumpa pulak resepi kek death coklat. Baca komen macam ala2 Secret Recipe gitu. Ni pantang nih. Tapi memandangkan duduk kat umah pun 4 orang je kan, sape pulak nak bantai semua tu. KEKEKE. Tapi kalau ada peluang, memang nak buat.
Tulah, ada angan2 jugak nak bukak bakeri sendiri. Memandangkan dah ambik bidang komputer ni, just go on dulu. Manalah tau dah kahwin nanti, husband suruh duk umah je ke, boleh buat bisnes dari rumah.#amboi hangan2 tu# .erk~takpun sekadar hobi dimasa lapang jelah. Tapi kalau boleh buat duit utk cuti sem seterusnya ni, cantik jugak. Yelah, memandangkan cuti sem ni, 2 minggu je kat rumah kan, kampung sendiri pun dah tak kenal ni.