Tuesday, 24 May 2016

Muka Berseri Part 2- Pati Delima

Tengah bosan maka kita update. No idea what to write actually.

Dalam entri muka berseri haritu, terlupa nak include amalkan pati delima ni. So, baru nak tambah dalam entri kali ni. -Mungkin bosan kot??


Pati delima ni tak kisah pun nak guna brand apa. Pamoga Qu Puteh ke, apa ke. Tapi yang aku minum adalah yang ni :



Nar Eksisi Gulsan. Yang ni harga biasa2 je tak mahal sangat. Satu botol range harga dalam RM 11-RM17.

Aku amalkan setiap malam sebelum tidur 1-2 sudu. Tengok mood. Haha. Ada org suka bancuh dengan air, tapi sebab tak boleh tambah gula, aku lagi suka minum macam tu je. Hehe.

Aku consume pati delima ni bukanlah sebab nak jaga muka ke apa sebenarnya.
Actually aku start consume sebab roommate waktu belajar dulu yang suggest sebab aku ada sindrom PMS yg agak teruk. HUHUHU. Kalau senggugut sampai tak gi kelas pun ada sebab over sangat. So, dia suggest sebab elok untuk perempuan katanya. Aku cam anggap ni macam ubat jelah kan tapi natural. Tak sanggup tiap kali senggugut nak consume panadol je. Drugs tu. Sangat tidak sihat. HUHUHU.

Jadi kalau betul2 amal secara konsisten barulah nampak kesan. Senggugut kurang teruk. Masih mampu tersenyum ah even stil ada kakakah. Tapi memang lebih baik dari sebelum consume.

Kalau google memang banyak sangat kelebihan dia. Even along (kakak aku) belikan untuk umi ayah consume. Umi pulak mention ada cikgu2 tegur dia nampak lain, makin berseri kot. Haha ni sama macam cerita aku sikit. So bila cakap dengan umi dia kata mungkin jugak sebab pati delima tu. Mungkin. HAHAHA. Sebab tu jugak umi belikan pati delima ni untuk adik aku sekali. Since masalah kulit dia agak kritikal.

 So, antara kelebihan pati delima (banyak lagi tapi yang ni selected je):

1. Menstabilkan paras kolesterol
2. Melancarkan peredaran darah- elak penyakit jantung
3. Sumber antioksidan yang tinggi- baik untuk kulit
4. Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
5. Merendahkan tekanan darah
6. Menguatkan gigi
7. Mencerahkan kulit
8. Membaik pulih fungsi hati dan limpa.
9. Mencuci buah pinggang dan salur kencing
10. Membantu penghadaman
11. Membuang lemak berlebihan.
12. Menambah tenaga.

So, cukuplah 12 kot banyak2 tak terbaca pulak.

You are what you eat.
You are what you read.

Pernah dengar dedua ni?

Actually dedua betul.

Physical appearance is "you are what you eat".
Inner self is "you are what you read".

But basically, memang pati delima ni sangat2 baik terutama untuk perempuan. Memang betul macam rommate aku cakap. So, selamat mengamalkan pati delima gaiss.

No idea what to write actually.😂😂😂

Haha.
Adios.

Friday, 6 May 2016

Muka Berseri?

Faktor wajah berseri ni ada banyak. Selain dari pemakanan. lifestyle, penjagaan diri ada jugak faktor lain untuk membuat muka berseri nih.

Aku share jelah kat sini tanpa apa2 intention. Just merely spending my time to write.

Jeng jeng jeng.

Dulu aku ingat lagi time form 4 cikgu Fizik aku suka cakap solat tahajud boleh bersihkan muka, hilangkan jerawat. Aku pun tak pernah pulak kaji tapi korang boleh google untuk baca sendiri since aku baca macam takde bukti saintifik sangat pun. Hehehe.
Takde bukti saiintifik tapi aku tak nafikan menda ni betul tau.
Cikgu kata molekul air pada satu per tiga malam tu sangat cantik dan baik. So, bila kita ambik wuduk dengan air bermolekul cantik tu, maka kulit kita pun dapat khasiat sekali. And selalu kan kita dengar, even muka orang tu gelap, kita rasa tenang tengok dia. Erm, tu mungkin faktor2 macam tu lah kot. Ada nur. Eheh.

Mungkin sebab tu orang kata mandi sebelum subuh banyak manfaat dia.
 Antaranya:
1. Awet muda
2. Melancarkan peredaran darah
3. Mengurangkan stress

Banyak lagi boleh google seniri kot.

Tapi jangan pulak korang bangun tahajud terpesong niat nak muka berseri pulak. ERK. (Peluh besar)😰😰😰


Okay yang ni menda lain yang aku rasa ada kaitan dengan tips nak muka berseri.

1. Kurangkan minuman berais dan bergula
- Actually amal tips ni untuk turunkan berat tapi sebenarnya memang kalau kita kurang minum manis ni, kulit kita jadi lebih bersih sebab kurang toksik mungkin. Yang berais tu pulak lebih kepada stamina. Aku rasa kalau minum ais ni cepat letih, tapi taktaulah ada bukti saintifik ke tak.

2. Green tea
-Yang ni bape kali dah ulang rasanya. Paling penting, green tea tanpa gula. Aku biasa minum sebelum tidur sebab time tu je free. Sekali aku search tenet rupanya memang elok sebelum tidur so, esok bangun muka glowing je. Ececeh.

3. Minum air kosong
- Aku pernah consume Herbalife and since then aku memang banyak minum air. Aku boleh minum 3-5 liter sehari. Wahaha memang tong air betul aku ni.

4. Workout
- Believe it or not, realitinya kita workout memang jadi lebih glowing. Buang toksik kot. HAHAHAA. 

5. Rutin penjagaan muka.
- Cuci muka tiap kali mandi n sebelum tidur.
- Aku wajibkan toner sebab ikut pembacaan toner ni wajib untuk bersihkan muka dari sisa sabun etc.
- Pakai pelembab- sebab muka jenis kering and kadang tu menggelupas
- Pakai krim pelindung UV kalau keluar rumah- sunlight sekarang bahaya, boleh sebabkan kanser kulit kayh.
- Kalau rasa jerawat naik or ada blackhead n whitehead, penjagaan muka aku lebih sikit- aku wapkan muka. 
Cara: Jerang air. Lepas mendidih tu masukkan dalam bekas yang agak2 muat untuk seluruh muka. Pastu hadapkan muka dekat air tu dan tutup kepala guna tuala untuk halang wap panas keluar. Lebih kurang gambar bawah ni. Buat 5-10 minit. Biasanya mmg tak tahan smpai 10 minit sebab panas bohh. After wap tu, bilas dengan air sejuk untuk tutup balik pori, kalau ada ais boleh jugak letak tapi aku bilas guna air sejuk biasa je.


- Since aku punya facial masks dari Korea bulan 9 tahun lepas tak abis lagi, aku still pakai dalam seminggu sekali or 2 minggu sekali or bebila teringat. Tapi bagi aku mask ni takde pun takpe kot. Sebab rasa takde efek sangat pun. Kahkah. Tapi nak mulus cam orang Koghea aku tak tahu lah kot memang kena pakai ke. Hahaha. Tapi rasanya kalau dah abis pun aku x beli dah kot.. Hehehe.

Ok tu je kot tips dari orang yang tak layak pun tapi sekadar share dari pembacaan dan pengamalan sendiri. Whahahaha. 

Adios.



Thursday, 5 May 2016

Jom tingkatkan metabolisme!

Why kena tingkatkan metabolism?

Well, one of the reason is, the higher your metabolism, the higher amount of calories you burnt.
That's why ada orang yang makan banyak, tapi maintain je kan. Jealous much. Makanlah ikut suka tapi berat tak pernah naik pun. 

Dan sememangnya mereka yg ada jumlah otot yang banyak ni lebih tinggi metabolism nya berbanding mereka yang ada banyak lemak. Sebab, kalori lebih banyak dibakar oleh otot berbanding lemak. Jadi, kesimpulannya, metabolisme yang tinggi boleh menjana keberkesanan diet atau lebih efektif membakar kalori untuk menurunkan berat badan.

So, after I did my own reading, this is the summary that I've come up with.

Cara meningkatkan metabolisme:

1. Breakfast 
- sarapan sememangnya wajib untuk mereka yang berdiet sebab kadar kalori yang dibakar untuk sehari lebih tinggi bagi orang yang bersarapan. Sebab tu kalau kita sarapan, kita lagi cepat lapar sebenarnya. Eh. Ni kalau akulah.

2. Jangan berlapar
- Kalau kita berlapar, metabolism kita akan menjadi lebih rendah. Hal ni samalah macam waktu kita berpuasa. Badan kita akan slowkan aktiviti untuk bertahan dengan energi yang ada dalam tubuh. Dan kalau kita berlapar, tubuh akan menggunakan otot sebagai bahan tenaga dan bukannya lemak.

3. Tidur
- Tubuh memerlukan tidur yang cukup untuk membakar lemak. Believe it or not, orang yang tidur lewat lebih cenderung untuk overweight! Lagipun semakin lambat kita tidur, semakin rasa lapar lah, nak makanlah. Disiplinkan diri untuk berhenti makan 3 jam sebelum tidur. Dan biasakan tidur pada waktu yang sama dan bangun pada waktu yang sama setiap hari untuk pembakaran kalori secara konsisten.

4. Jangan stress!
- Kadang tu semua benda kita ikut sebab nak turunkan berat, tapi sebab terlalu obses dan tertekan nak turun berat, dia jadi faktor penghalanag pulak. So, jangan stress kayh.

5. Minum air 
-Bangun je pepagi hari sebelum berus gigi cuci muka tu, terus capai segelas air. Yang ni memang dah jadi amalan harian aku. Kalau mampu 600 ml, boleh lah minum sebab lagi banyak, lagi bagus. Ada jugak pendapat kata minum air sejuk. Tapi aku tak suka sangat air sejuk nih. So, sukahati lah. One more thing, Minum air sejuk sebelum makan amatlah digalakkan sebab dapat memberi isyarat kenyang kepada perut dan mengelakkan kita dari terlebih makan.

7. Kafein
- Ada pendapat mengatakan, minum kopi tanpa gula sememangnya baik untuk penghadaman dan meningkatkan metabolism. Untuk perut sensitif macam aku ni, lepas minum kopi memang asyik ke toilet lah jawabnya. Sangat lawas dan efektif.

8. Zat besi
- Zat besi diperlukan untuk membantu otot membakar lemak dalam badan. So, banyakkan makan bayam, daging tanpa lemak dan kekacang.

9. Minum susu
- Minumla susu berkalsium tinggi dan rendah lemak sebab memang sangat membantu meningkatkan metabolism tubuh. Kalau tak suka susu, boleh try yogurt rendah lemak. Kalau tak boleh telan jugak, lupakan jelah. HAHAHA.

10. Cahaya matahari
- Dedahkan diri kat matahari pagi sekejap boleh meningkatkan metabolism! Tapi kalau tengah El Nino ni tak pastilah pulak ðŸ˜…😅😅

11. Sentiasa aktif!
- Yang ni kena rajinkan diri sikit. Rajin berjalan. Rajin guna tangga. Rajin bersenam!!! At least buatlah sit up ke push up ke plank ke dalam sehari tu kalau tak sempat nak buat full workout. Untuk maintain metabolism.

Makanan/ Minuman yang meningkatkan metabolism:
1. Green Tea- penah citer kebaikan dia kat blog
2. Epal
3. Makanan pedas
4. Tauhu atau ayam tanpa lemak
5. Makanan berprotein

Hmm.. okay tu jelah untuk entri kali ni. Adios!