Friday, 18 April 2025

Happy 6th Birthday Umar Mikhail

 Selamat Hari Lahir buat buah hati pertama ibu.


Nukilan untuk Umar Mikhail yang mungkin akan membacanya suatu hari nanti..


Anak pertama yang mengajar ibu erti menjadi seorang ibu. 

Seperti apa kasih ibu itu, semuanya kamu,

Mungkin ibu bukan seorang yang sempurna dalam menjadi seorang ibu buatmu, tetapi ketahuilah, kasih sayang ibu tak pernah kurang buatmu,

Jika kamu sakit, sedih dan kecewa, ibu turut berkongsi rasa sakitnya,

Adakalanya ibu mungkin terlalu keras denganmu, itu kerana ibu takut, dunia ini akan menjadi lebih keras kepadamu anakku.


Kamu seseorang yang mengajarkan ibu erti cinta tanpa batas. Sebesar itu kasihnya seorang ibu.


Semoga anak ibu sentiasa dalam lindungan Allah. Diberkati selalu dalam setiap langkahmu.