Monday, 18 December 2017

Ours- Part One

Everything start from our final year for sure.

Since then, we became closer. We argue on the simplest thing, we fighting over nothing, you asked me all kind of things.
It just that way.

When we are looking for internship, you asked me where did I apply, you gave me the details of the company you wanted to apply. It's odd, and I feel it, but I will not be weaken.
Don't want to be mistaken, Don't want to be heartbroken.

Alkisah,

Waktu presentation thesis permulaan cerita.
First round present, kena bash teruk dgn Dr Q. Seteruk mana tu tak berapa ingat sebab dah genap setahun kejadian. Huhu sedar x sedar je. Yang pasti aku keluar dari present tu, terus bercucuran air mata. Mungkin berfikir betapa berhari2 bersengkang mata, berhari- hari membuat research, memahami segala isi. Tapi hasilnya begitu sia2 ditambah ayat2 menusuk dan berbisa Dr. Q (maklumlah, hati tisu).

Waktu tu air mata keluar tanpa dapat ditahan, cuba menyorok dari orang lain, tapi mana tahu mencuri perhatian org lain. Kebetulan, evaluator yg sama, dan dia antara org menyaksikan kejadian aku dimaki Dr. Q.

Tiba2 dia menjadi begitu bertimbang rasa dgn aku. Kelakar bila teringat masa tu. Baiknya budak nih. Bisik hati.

Kemudian dalam tempoh presentation sebenar, kitorang byk saling membantu. Tak pasti macam mana, tapi, dia yang membantu untuk template poster presentation. Lebih lawak lagi, dia memberi bermacam alasan, dan akhirnya berkongsi board presentation yang sama. Alasannya, memudahkan evaluator.

Dipendekkan cerita, disebabkan mmg kitorang selalu share mana yg kitorang apply, and akhirnya kitorang ditakdirkan dapat intern sekali ditempat yg sama- PwC.

Part Two-
Internship-
Susah gak nak throwback nih, tapi sebab dah janji dgn dia, akan tulis balik apa yg aku ingat~aku harap aku takkan lupa semua ni, mungkin anak cucu boleh baca (kot)

Alkisah kitorg kena intern, tapi kena stay kat client, and waktu tu, kitorg intern di area yg sama-Damansara. Nak kata dekat sgt antara company dia dgn aku tu taklah sangat, tapi dia kata dekat.

So bermula lah episod kereta Viva si Buraq yg buat hal. Semuanya bermula bila tetiba kereta aku berasap waktu tu kat Jalan Istana-masih ingat tempat tu, di lorong kecemasan aku pun berenti. Waktu tu cuak takpayah cakap, laju je tgn ni call si dia ni. Macam nak menangis dah waktu call tu bgtahu. Panic attack menjelma, sampai nak on hazard signal pun tak jumpa. Memang kelakar tapi waktu tu aku bayang kereta tu nak meletup dah sebab berasap kan.

Tunggu berjam jugaklah sebelum si dia ni muncul. And dia datang tu terus rasa lega even tak solve apa pun lagi kan. Macam2 org datang claim dorang ni mekanik suruh itu ini, tapi akhirnya aku tggu mekanik yg along suggest sbb abg ipar aku kenal. Workshop dia kat serdang, jauh dari kl. So nak taknak, kena lah tunggu. So time tu bila masuk magrib, nasib baik ada wudhuk lagi, aku pun solat kat celah2 pokok situ, and dia jaga kat kereta. Kitorang take turn, lepastu dia pulak solat, aku jaga kereta tggu tow truck.

Smpai tow truck dtg, dialah yg teman aku. Then kitorg balik kl dgn kereta dr workshop tersebut. LAMA GAK NAK TUNGGU SIAP.

Esoknya, disebabkan kereta aku masuk bengkel, dia ni lah dtg ambik aku gi kerja, memandangkan kitorang satu area.

Hari yang sama tu, beliau ni tweet 'Rasa mcm hantar isteri gi kerja;.

Aku baca tweet tu sebelum masuk kereta dia. And i'm blushing k. AHHAHAHAHA GEDIKK.

Sapa suruh dia tweet mcm tu.


After this ada 2-3 episod lagi kereta rosak tp nnti cerita ni jadi bosan, so kita terus pegi ke point penting k.

Nak dijadikan cerita, waktu pinjam kereta ni, kitorang ada lunch sekali beberapa kali. So time tu aku dah mula rasa lain. Yelah rasa sukalah sbb kita rasa dia mcm ada feeling kat kita. Tapi masalah nya dia ni tak cakap2. Terseksa. Yelah aku admit, aku rasa suka kat dia. Mana tak suka kalau dah dia baik gila kat aku weh.

Actually aku pun dah buat istikharah, aku buat solat hajat kalau dia ni bebetul jodoh aku maka mudahkanlah, beri aku petunjuk.

Tapi disebabkan dia ni tak de nampak cahaya nak confess aku terpaksa bercerita 'indirectly nak tanya perasaan dia kat aku' muahahahah.

Aku cerita pasal Siti Khadijah, cerita pasal perigi cari timba. Hmm bila pikir balik lawaklah jugakkkkk. Kakakakakakakah maluuuu.

Aku tanya pandangan dia tentang Siti Khadijah yg meminang Rasulullah. Dia kata ok je, xperlu nak close minded sangat. Sama je memana pun. Argh stress aku waktu tu. Maka aku pun ckap terus 'Kalau aku, lebih rela tak dapat lelaki tu daripada kena confess. Sebab aku rasa macam hurt my pride je. And Siti Khadijah tu boleh lah buat macam tu, dia ada harta, rupa, ada segalanya.'

Dia memang tak setuju pun dengan aku kahkah. Aku pun tak tahu dah aku merapu apa waktu tu. Aku nak dia paham je tapi tak sangka beliau ni amatlah slow still tak dapat hint aku. Sedih woooo.

Jeng jeng jeng~~~
Skip all that~~
Maka tiba lah hari berlaku nya semua ini....Confession Day~~
Hari Rabu, 02 March 2016, aku pakai baju kurung hijau dgn tudung merah gelap-

Lepas lunch-
Kitorang just borak macam biasa, tapi kitorang memasing tahu itu kali last dia akan hantar aku sbb kereta dah elok and dia pun dah nak abis project so xkan ada kat situ dah.

So, tiba2~~
Dia drive area ofice client aku tu, dah nak sampai dah , tapi tiba2 dia lajak ke roundabout dekat ikea tu. Siap pusing 2 kali. Aku dah gelak apahal ni? Dia kata ada benda nak tnya.

"Aku ada menda nak tanya hang nih."
"Tanyalah"

"Layakkah aku...sebagai seorang suami...?"Aku dah gelabah tapi still try utk cover.
"Awat tak layak plak dah.. semua orang layak jela"

"Dak, maksud aku untuk hang"
Gulpppp.

"Hmmmmm. InsyaaAllah kot"
Hahaha laju gila aku jwab insyaAllah kot ye pun.

"Serius? Tapi aku nk cakap awal2 la aku nak mintak 2 tahun. Sebab aku takdak apa pun, harta pun takdak. Tapi itu maksimum lah. InsyaaAllah aku usaha bagi kurang'

Aku dengar je 2 tahun dah rasa berat sebenarnya. Yelah lama kot, macam2 boleh jadi.

"Hmmm ok. Bagi aku pikir dulu lah. Hang ni duk tanya aku nih dah istikharah belum?"

"Aku hari2 istikharah"
Of course la aku lega dia jawab gitu. Tak sangka dia pun sama macam aku kan.

Itulah hari yg berwarna warni bagi aku. KAKAKAKAH OVER. SENYUM SAMPAI TELINGA TAU TAK.....



~~Please Allah, help me remember that day~~

Ini bukan mimpi, katanya
Tapi satu rasa yang nyata
Bukan juga rasa biasa, biasa
Takkan boleh terus begini
Ku tak mahu terus bermimpi
Hanya mahu menjadikanmu milikku
Setiap saat yang kau berikan
Bagai memetik bintang di langit
Setiap saat kau berikan padaku
Setiap kali kau pergi, separuhku mati
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati
Kerna Tuhan saja tahu
Apa yang baik 'tuk kau dan aku
'Cause everytime I say, "Goodbye"
You say, "Hello" (ow-oh-yeah)
Ini bukan lagi, bukan lagi mimpi, kini berbeza
Dugaan yang kita lalui
Banyak lagi yang kan menanti
Genggam erat tanganku kini, isteri
Setiap saat yang kau berikan
Bagai memetik bintang di langit
Setiap saat kau berikan padaku
Setiap kali kau pergi, separuhku mati
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati
Oh, kerna Tuhan saja tahu
Apa yang baik 'tuk kau dan aku
'Cause everytime I say, "Goodbye"
You say, "Hello", oh-yeah
Kau saja yang selalu aku nantikan, kudoakan
Kau yang selalu aku ceritakan pada Tuhan
Saat dua menjadi satu
Moga Tuhan mencurah restu, hu-uh, oh-oh
Setiap kali kau pergi, separuhku mati
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati
Kerna Tuhan saja tahu
Apa yang baik 'tuk kau dan aku
'Cause everytime I say, "Goodbye"
You say, "Hello"

Part Two- 1 November 2021

Demi melangsaikan hutang kepada encik suami, maka selepas hampir 3 tahun barulah sambung menjengah dan mencari masa nak menulis disini hahahahha.

Maaf encik suami. Tapi nak dijadikan cerita, diri sendiri pulak tak sanggup nak baca kisah part one tu. Rasa macam gedik nau ekk :D 
Nak sambung part perkenalan, tapi macam dah ingat2 lupa. Nak sambung part bertunang dan kahwin pun tak pasti apa yang betul2 melekat kat otak ni. Bak kata suami, nanti mereka2 cerita je lebih hahahaha.

Part One ditulis pada 18/12/2017, hanya 2 minggu lepas kahwin, sekarang dah nak masuk tahun keempat kahwin pun, anak pun bakal bertambah lagi seorang hahahah.

Apa yang boleh dikata, alhamdulillah for the blessing.

Takde manusia yang sempurna, perkahwinan pun ada ups and down, ada masa berbalah juga. Tapi yang paling penting bila dua-dua sanggup work on the relationship. Bila baca pasal perkahwinan, kisah rumah tangga etc, memang takut sangat. Sejak dulu lagilah memang rasa risau je memanjang sebab takut salah pilih suami. Tapi alhamdulillah, allah aturkan jodoh terbaik buatku.

Yang boleh bersabar bila isteri dia ni malas, tak larat dan mengada-ngada. Takdelah macam drama tv3 sangat, tapi kalau malas masak, kita order je hahaha.





Monday, 20 June 2016

Natural Ways of Looking Better

Okay now tengah mereput dan bergelar penganggur terhormat secara official selama 2 minggu. Tapi baru harini merasa sebagai anak tunggal.

 Huhu. Report LI masih belum disentuh dan harapnya kejap lagi dapat hidayah untuk mulakan,


Okay now kita cerita ways of looking better.
Kenapa kena look better? For ourselves of course. More confident for yourself. We can also improve to be better and we make that choice. Don't change because of people. But to impress people that looking down on you can kot? 
Bwahahaha. Tapi dalam entri ni just nak sentuh natural ways je. Takde promote produk ke apa. Just melalui aktiviti seharian dan habit yang buat hari2.

First- face. Dalam entri ni sentuh pasal muka dulu kay.
First thing orang pandang. Orang tengok. So kena lah jaga muka kan? Boleh argue atau abaikan kalau tak setuju. Take it or leave it. Gitu.

1. Don't touch your face using your dirty hands.
- Kadang tu kita nak garu lah, nak belek mukalah, apalah. So kita tend untuk directly sentuh je muka kita kan? Tapi mesti diingat tangan kita ni sentuh macam2. Banyak bakteria yang boleh sebabkan bertambahnya jerawat kat muka tu. Ok?
- Solusinya mesti cuci tangan sebelum sentuh muka. Better dengan sabun lah. Tapi kalau takde sabun memadai cuci dgn air but make sure yakin dia bersih kay?

2. Don't wipe your face using the same towel you used to wipe your body.
- Jangan guna tuala yg sama dengan badan sebab muka ni sangat sensitive. So sediakan tuala khas untuk muka sahaja. Kalau rasa leceh sangat, takyah lap muka. Tunggu dia kering sendiri. Or satu lagi cara, lap dengan tisu yang diyakini bersih. Gitu.

3. Pastikan sarung bantal, cadar, tudung, telekung sentiasa bersih.
-Tudung telekung tu untuk girls je yang pastinya. Meaning kat sini, apa2 yang sentuh pipi or muka kita mesti bersih. Depends korang nak verify bersih tu macam mana. Tudung guna sekali or dua je contohnya. Telekung cuci every week. Sarung cadar dan sarung bantal every month or every two weeks. Depends la takyah sampai menyusahkan. HUHU.
- Pendek kata jagalah kebersihan. Kebersihan sebahagian dari iman. Orang jaga kebersihan ni bagi nice impression kat orang sekeliling dan begitulah sebaliknya. 

4. Minum air kosong.
- Ternyata ini fakta bukan auta. Minum air ni sangat byk benefit okayyyy, Minum air yang cukup boleh melembapkan kulit, cuci buah pinggang dan menurunkan berat badan. Bila cuci buah pinggang, dia buang toksin dalam badan and efek dia muka pun bersih glowing gitu. Tapi kena kurangkan manis dalam makanan dan minuman jugak baru nampak kesan kayh? *info tambahan : 25kg berat bersamaan 1 liter air kosong.
 Contoh berat 50 kg: 50kg/25kg = 2 liter air

Tapi lebih pun takpe sebab dia lembapkan kulit dan detox badan okay?

5. Kurangkan manis.
- Yang ni dah hurai sekali dengan atas tu.

6. Amalkan gaya hidupaktif!
- Rajin2 lah keluar peluh. Tak kena duit pun. Kemas rumah ke berjoging ke skipping ke. Seriusly buat kulit glowing dan cantik. 
- Bila badan sihat, maka wajah pun berseri. Gitu.

Hmm tu je kot untuk kali ni. Nak cuba buat report pulak. Huhuhu.

Adios.

Tuesday, 24 May 2016

Muka Berseri Part 2- Pati Delima

Tengah bosan maka kita update. No idea what to write actually.

Dalam entri muka berseri haritu, terlupa nak include amalkan pati delima ni. So, baru nak tambah dalam entri kali ni. -Mungkin bosan kot??


Pati delima ni tak kisah pun nak guna brand apa. Pamoga Qu Puteh ke, apa ke. Tapi yang aku minum adalah yang ni :



Nar Eksisi Gulsan. Yang ni harga biasa2 je tak mahal sangat. Satu botol range harga dalam RM 11-RM17.

Aku amalkan setiap malam sebelum tidur 1-2 sudu. Tengok mood. Haha. Ada org suka bancuh dengan air, tapi sebab tak boleh tambah gula, aku lagi suka minum macam tu je. Hehe.

Aku consume pati delima ni bukanlah sebab nak jaga muka ke apa sebenarnya.
Actually aku start consume sebab roommate waktu belajar dulu yang suggest sebab aku ada sindrom PMS yg agak teruk. HUHUHU. Kalau senggugut sampai tak gi kelas pun ada sebab over sangat. So, dia suggest sebab elok untuk perempuan katanya. Aku cam anggap ni macam ubat jelah kan tapi natural. Tak sanggup tiap kali senggugut nak consume panadol je. Drugs tu. Sangat tidak sihat. HUHUHU.

Jadi kalau betul2 amal secara konsisten barulah nampak kesan. Senggugut kurang teruk. Masih mampu tersenyum ah even stil ada kakakah. Tapi memang lebih baik dari sebelum consume.

Kalau google memang banyak sangat kelebihan dia. Even along (kakak aku) belikan untuk umi ayah consume. Umi pulak mention ada cikgu2 tegur dia nampak lain, makin berseri kot. Haha ni sama macam cerita aku sikit. So bila cakap dengan umi dia kata mungkin jugak sebab pati delima tu. Mungkin. HAHAHA. Sebab tu jugak umi belikan pati delima ni untuk adik aku sekali. Since masalah kulit dia agak kritikal.

 So, antara kelebihan pati delima (banyak lagi tapi yang ni selected je):

1. Menstabilkan paras kolesterol
2. Melancarkan peredaran darah- elak penyakit jantung
3. Sumber antioksidan yang tinggi- baik untuk kulit
4. Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
5. Merendahkan tekanan darah
6. Menguatkan gigi
7. Mencerahkan kulit
8. Membaik pulih fungsi hati dan limpa.
9. Mencuci buah pinggang dan salur kencing
10. Membantu penghadaman
11. Membuang lemak berlebihan.
12. Menambah tenaga.

So, cukuplah 12 kot banyak2 tak terbaca pulak.

You are what you eat.
You are what you read.

Pernah dengar dedua ni?

Actually dedua betul.

Physical appearance is "you are what you eat".
Inner self is "you are what you read".

But basically, memang pati delima ni sangat2 baik terutama untuk perempuan. Memang betul macam rommate aku cakap. So, selamat mengamalkan pati delima gaiss.

No idea what to write actually.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Haha.
Adios.

Friday, 6 May 2016

Muka Berseri?

Faktor wajah berseri ni ada banyak. Selain dari pemakanan. lifestyle, penjagaan diri ada jugak faktor lain untuk membuat muka berseri nih.

Aku share jelah kat sini tanpa apa2 intention. Just merely spending my time to write.

Jeng jeng jeng.

Dulu aku ingat lagi time form 4 cikgu Fizik aku suka cakap solat tahajud boleh bersihkan muka, hilangkan jerawat. Aku pun tak pernah pulak kaji tapi korang boleh google untuk baca sendiri since aku baca macam takde bukti saintifik sangat pun. Hehehe.
Takde bukti saiintifik tapi aku tak nafikan menda ni betul tau.
Cikgu kata molekul air pada satu per tiga malam tu sangat cantik dan baik. So, bila kita ambik wuduk dengan air bermolekul cantik tu, maka kulit kita pun dapat khasiat sekali. And selalu kan kita dengar, even muka orang tu gelap, kita rasa tenang tengok dia. Erm, tu mungkin faktor2 macam tu lah kot. Ada nur. Eheh.

Mungkin sebab tu orang kata mandi sebelum subuh banyak manfaat dia.
 Antaranya:
1. Awet muda
2. Melancarkan peredaran darah
3. Mengurangkan stress

Banyak lagi boleh google seniri kot.

Tapi jangan pulak korang bangun tahajud terpesong niat nak muka berseri pulak. ERK. (Peluh besar)😰😰😰


Okay yang ni menda lain yang aku rasa ada kaitan dengan tips nak muka berseri.

1. Kurangkan minuman berais dan bergula
- Actually amal tips ni untuk turunkan berat tapi sebenarnya memang kalau kita kurang minum manis ni, kulit kita jadi lebih bersih sebab kurang toksik mungkin. Yang berais tu pulak lebih kepada stamina. Aku rasa kalau minum ais ni cepat letih, tapi taktaulah ada bukti saintifik ke tak.

2. Green tea
-Yang ni bape kali dah ulang rasanya. Paling penting, green tea tanpa gula. Aku biasa minum sebelum tidur sebab time tu je free. Sekali aku search tenet rupanya memang elok sebelum tidur so, esok bangun muka glowing je. Ececeh.

3. Minum air kosong
- Aku pernah consume Herbalife and since then aku memang banyak minum air. Aku boleh minum 3-5 liter sehari. Wahaha memang tong air betul aku ni.

4. Workout
- Believe it or not, realitinya kita workout memang jadi lebih glowing. Buang toksik kot. HAHAHAA. 

5. Rutin penjagaan muka.
- Cuci muka tiap kali mandi n sebelum tidur.
- Aku wajibkan toner sebab ikut pembacaan toner ni wajib untuk bersihkan muka dari sisa sabun etc.
- Pakai pelembab- sebab muka jenis kering and kadang tu menggelupas
- Pakai krim pelindung UV kalau keluar rumah- sunlight sekarang bahaya, boleh sebabkan kanser kulit kayh.
- Kalau rasa jerawat naik or ada blackhead n whitehead, penjagaan muka aku lebih sikit- aku wapkan muka. 
Cara: Jerang air. Lepas mendidih tu masukkan dalam bekas yang agak2 muat untuk seluruh muka. Pastu hadapkan muka dekat air tu dan tutup kepala guna tuala untuk halang wap panas keluar. Lebih kurang gambar bawah ni. Buat 5-10 minit. Biasanya mmg tak tahan smpai 10 minit sebab panas bohh. After wap tu, bilas dengan air sejuk untuk tutup balik pori, kalau ada ais boleh jugak letak tapi aku bilas guna air sejuk biasa je.


- Since aku punya facial masks dari Korea bulan 9 tahun lepas tak abis lagi, aku still pakai dalam seminggu sekali or 2 minggu sekali or bebila teringat. Tapi bagi aku mask ni takde pun takpe kot. Sebab rasa takde efek sangat pun. Kahkah. Tapi nak mulus cam orang Koghea aku tak tahu lah kot memang kena pakai ke. Hahaha. Tapi rasanya kalau dah abis pun aku x beli dah kot.. Hehehe.

Ok tu je kot tips dari orang yang tak layak pun tapi sekadar share dari pembacaan dan pengamalan sendiri. Whahahaha. 

Adios.



Thursday, 5 May 2016

Jom tingkatkan metabolisme!

Why kena tingkatkan metabolism?

Well, one of the reason is, the higher your metabolism, the higher amount of calories you burnt.
That's why ada orang yang makan banyak, tapi maintain je kan. Jealous much. Makanlah ikut suka tapi berat tak pernah naik pun. 

Dan sememangnya mereka yg ada jumlah otot yang banyak ni lebih tinggi metabolism nya berbanding mereka yang ada banyak lemak. Sebab, kalori lebih banyak dibakar oleh otot berbanding lemak. Jadi, kesimpulannya, metabolisme yang tinggi boleh menjana keberkesanan diet atau lebih efektif membakar kalori untuk menurunkan berat badan.

So, after I did my own reading, this is the summary that I've come up with.

Cara meningkatkan metabolisme:

1. Breakfast 
- sarapan sememangnya wajib untuk mereka yang berdiet sebab kadar kalori yang dibakar untuk sehari lebih tinggi bagi orang yang bersarapan. Sebab tu kalau kita sarapan, kita lagi cepat lapar sebenarnya. Eh. Ni kalau akulah.

2. Jangan berlapar
- Kalau kita berlapar, metabolism kita akan menjadi lebih rendah. Hal ni samalah macam waktu kita berpuasa. Badan kita akan slowkan aktiviti untuk bertahan dengan energi yang ada dalam tubuh. Dan kalau kita berlapar, tubuh akan menggunakan otot sebagai bahan tenaga dan bukannya lemak.

3. Tidur
- Tubuh memerlukan tidur yang cukup untuk membakar lemak. Believe it or not, orang yang tidur lewat lebih cenderung untuk overweight! Lagipun semakin lambat kita tidur, semakin rasa lapar lah, nak makanlah. Disiplinkan diri untuk berhenti makan 3 jam sebelum tidur. Dan biasakan tidur pada waktu yang sama dan bangun pada waktu yang sama setiap hari untuk pembakaran kalori secara konsisten.

4. Jangan stress!
- Kadang tu semua benda kita ikut sebab nak turunkan berat, tapi sebab terlalu obses dan tertekan nak turun berat, dia jadi faktor penghalanag pulak. So, jangan stress kayh.

5. Minum air 
-Bangun je pepagi hari sebelum berus gigi cuci muka tu, terus capai segelas air. Yang ni memang dah jadi amalan harian aku. Kalau mampu 600 ml, boleh lah minum sebab lagi banyak, lagi bagus. Ada jugak pendapat kata minum air sejuk. Tapi aku tak suka sangat air sejuk nih. So, sukahati lah. One more thing, Minum air sejuk sebelum makan amatlah digalakkan sebab dapat memberi isyarat kenyang kepada perut dan mengelakkan kita dari terlebih makan.

7. Kafein
- Ada pendapat mengatakan, minum kopi tanpa gula sememangnya baik untuk penghadaman dan meningkatkan metabolism. Untuk perut sensitif macam aku ni, lepas minum kopi memang asyik ke toilet lah jawabnya. Sangat lawas dan efektif.

8. Zat besi
- Zat besi diperlukan untuk membantu otot membakar lemak dalam badan. So, banyakkan makan bayam, daging tanpa lemak dan kekacang.

9. Minum susu
- Minumla susu berkalsium tinggi dan rendah lemak sebab memang sangat membantu meningkatkan metabolism tubuh. Kalau tak suka susu, boleh try yogurt rendah lemak. Kalau tak boleh telan jugak, lupakan jelah. HAHAHA.

10. Cahaya matahari
- Dedahkan diri kat matahari pagi sekejap boleh meningkatkan metabolism! Tapi kalau tengah El Nino ni tak pastilah pulak πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

11. Sentiasa aktif!
- Yang ni kena rajinkan diri sikit. Rajin berjalan. Rajin guna tangga. Rajin bersenam!!! At least buatlah sit up ke push up ke plank ke dalam sehari tu kalau tak sempat nak buat full workout. Untuk maintain metabolism.

Makanan/ Minuman yang meningkatkan metabolism:
1. Green Tea- penah citer kebaikan dia kat blog
2. Epal
3. Makanan pedas
4. Tauhu atau ayam tanpa lemak
5. Makanan berprotein

Hmm.. okay tu jelah untuk entri kali ni. Adios!

Monday, 25 April 2016

1001 Khasiat Green Tea

Since green tea ni sangat2 lah baik untuk kesihatan, so memang jadi favourite buat masa ni. Tapi kena tahu yang bagi benefit tu bila kita minum tanpa gula mahupun susu. Yang dah tambah gula dengan susu tu bukan green tea original lagi tau. So toksah nak claim green tea lover sangatπŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š

Okay, kalau korang google pun khasiat green tea ni amatlah banyak tak terkira. Tapi antara yang menarik bagi aku sendiri:
1. Meningkatkan metabolisme
2. Melegakan stress.
3. Baik untuk kulit.- antioksidan dalam green tea boleh elakkan jerawat
4. Mencegah osteoporosis (penyakit tulang)
5. Meningkatkan kecerdasan otak.
6. Menurunkan kadar kolesterol.

Okay yang lain korang gugel sebab aku tengok function ni je dah cukup sebab untuk aku consume hari-hari. Kakakah.
Btw, lepas aku consume green tea secara rutin ni, aku boleh rasa lah yang jerawat tak senang nak hinggap sangat. Tapi kalau dah stress, or PMS tu lain cerita lah kan. Sebab jenis kulit ni normal je bukan kalis jerawat πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Since orang lain ada minat masing- masing kan, aku rasa aku minat bab-bab penjagaan diri macam ni instead of kosmetik or make up/ make over thingy.

Bab penjagaan diri ni orang kata aku rajin betul jaga itulah inilah. Okay, logically, badan ni Allah bagi pinjam kat kita dalam keadaan yang sempurna sihat je, so takkan kita nak pulangkan balik dengan macam2 penyakit, kan? Hmm actually aku siap pikir nak create resepi yang sihat2 je untuk family since makanan Melayu memang banyak guna santan, minyak, menumis etc.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Jaga pemakanan tu basic. Dengan pemakanan tu, inner outer cantik dah. Pastu exercise. Yang ni siap orang kata makin glowing lagi 😳😳😳😳. Takyah pakai bedak sampai berlapis- lapis inci. Primer, base apatah lagi nama lapisan bedak aku pun tak tau. HEHEHE.

Tapi aku tak kata aku tak pakai skincare untuk jaga muka kay. HAHAHA.
Skincare dengan make up tak sama. Skincare bagi aku memang perlu sebab nak elak jerawat, muka berminyak etc tu. Even orang kata hati tu yang penting, rupa tak penting, tapi first appearance muka jugak, betul tak? And orang akan tengok muka jugak akhirnyaπŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Umi siap suruh adik aku ikut hampir semua rutin skincare aku semata- mata sebab jerawat aku berkurang. Even aku sendiri mengaku aku pun tak flawless kakakaka. But, to be honest, aku kesian dekat adik sebab dia ade alergik teruk so masalah jerawat dia agak kritikal jugak. Lupa pulak nak suruh dia consume green tea hari-hari. 

Eh, panjang pulak bebel. Ok pasal green tea sikit je.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Okay sambung sikit.
Actually untuk dapatkan kesan maksimum green tea ni kena ambil dalam 5-6 kali sehari. Hmmmmm.
Aku pun ambik sekali je kot. Kakakakah.
And tak elok minum waktu perut kosong. Maybe boleh menyebabkan sembelit. Kot.
Tapi long story cut short, green tea ni boleh membakar kalori dengan lebih efektif dan mengurangkan selera makan jugak. So, memang eloklah kalau tengah nak turunkan berat badan tu. Hehehehe.

Ok adios.








Diet update #1

Huh diet lagi.
Kakakah kisah pulak. Tak suka takyah baca.

Okay since aku balik last week, so aku pun bertemu lah dengan weighing scale yang amat disayangi (okay tipu je) tu kan. Punya eksaited Jumaat malam sampai rumah kul 12++ tu terus timbang.

Oh ya, info tambahan: Jumaat malam tu aku makan bihun sup jam 11 malam sebab abang ipar berenti makan sebelum sampai rumah so makan jela since mmg lapar.(padahal ingat nak skip dinner je terus).
Then tengok2 turrun lah rupanya berat aku setelah 2 minggu mengamalkan berbagai gaya diet kakakah. Ok turun 1.5kg je tak banyak pun. Or 1.8 centu lah since dia jenis jarum je gerak2 kan aku pun suka hati jela agak. Esok pagi pun aku timbang lagi sampai ahad aku timbang and memang bukan mimpi. Berat turun sikit. Pastu punya hepi bagitau umi, umi boleh jawab "alah setakat 2 kg umi dalam seminggu bape kali turun naik banyak tu"
"Ala. umi ni tak supportive la. Orang nak turun 4kg je lagi ni"
"Ingat senang ke nak turun 4 kg?"
"Okay takpe, kita tengok nanti eh mi"😌😌😌

Haha based on apa yg aku baca, kita mana boleh timbang selalu sangat, sebab normal la berat naik turun lepas kita makan contohnya. Sebab tu tips dia nak timbang kena timbang waktu pagi. Bangun tidur selepas buang air dan sebelum sarapan. Okay?

So, untuk meraikan, aku pun cheat ah untuk sabtu ahad tu. KAKAKAKAH tak beragak turun 1 kg cheat 2 hari kan.
Ye, Sabtu ahad dedua aku makan nasi and huh pendek kata memang cheat ah sebab aku teringin nak makan asam ah, buah ah, mister potato la.

Well..Along cerita dia buat atkin memang jadi. Even tak penah berjaya sampai 2 minggu induction tu sebab mesti kena buat balik. So aku macam...tergoda?

Tergoda lah nak buat atkin balik... Tapi azam dia memang kena beli lauk lain selain telur and banyak2 kan sayur. Sebab nak kontrol kolestrol.

Haha lawak betul nak decide buat diet jenis apa pun pening.
Setakat yang aku buat research lah sesikit:
1. Diet Atkin
2. Diet Calorie.
3. Diet Oatmeal.
4. Diet 3 hari.
5. Diet seminggu.

Wahahaha hari2 baca pasal diet je aku ni. Dengan exercise. Bukan obses, tapi more on sangat serius. Yelah, takkan nak diet main taram je kan. Karang penyakit lain pulak datang. Mestilah nak buat yang mana kita rasa mampu dan sesuai dengan kita. Gituu.

And target aku skarang 4kg je nak turunkan lagi. Diet ni kena disiplin, tak disiplin 4 kg tu 2 bulan pun tak jadi. Aku tak target melampau sebab lepas dah turun 4kg baru aku akan slow down kalau nak turun lagi 1-2kg. Haa centu lah lebih kurang.

So citer dia skang aku nak buat clean diet atkin iaitu 20g carbs je sehari.

Pastu, along duk suggest buat exercise plank. Haa.. Aku pun first time dengar and terus jatuuh cinta gitu..
Baru sekali buat hari Sabtu. Balik hari Ahad roommate tegur "Syam, kau exercise ke hape kat rumah?"
"Syam nampak lain ah"
Uuuu.

Wahahaha. So, aku pun tak taulah kan kot efek baju ke lighting ke hape tetiba je aku balik rumah duk cheat dia kata aku nampak kurus. So kelainan dia aku buat plank je lah.


Plank exercise

Okay, untuk beginner aku belum buat lagi ah yang side plank bagai tu. Tu macam kena tangan kuat dulu tak mampu woi hahahaha. Since push up pun aku try buat tapi aku takleh nak buat dengan cara yang betul sangat so aku rasa tak best kakakah. Duk belajar dengan budak palapes housemate baru kau tahu payah kot push upπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.
Tapi still buat ah even stail perempuan punya yang menekuk lutut tu. (boleh kot google seniri kalau nak tau cane)

That's enuf.
So, citer dia sekarang aku start atkin balik. Since diet calorie aku kena kira and macam payah je pastu diet oatmeal pulak aku kena makan oatmeal hari2..KAKAKAKAH memang bosan kot. So aku decide atkin balik untuk 2 minggu ni. Balik rumah hujung minggu ni kita timbang balik.
Diet oatmeal ni aku plan nak start lepas turun at least 3 kg. Sebab diet oatmeal ni paling sihat bagi aku. Turunkan kolesterol, ambik serat etc.