Everything start from our final year for sure.
Since then, we became closer. We argue on the simplest thing, we fighting over nothing, you asked me all kind of things.
It just that way.
When we are looking for internship, you asked me where did I apply, you gave me the details of the company you wanted to apply. It's odd, and I feel it, but I will not be weaken.
Don't want to be mistaken, Don't want to be heartbroken.
Alkisah,
Waktu presentation thesis permulaan cerita.
First round present, kena bash teruk dgn Dr Q. Seteruk mana tu tak berapa ingat sebab dah genap setahun kejadian. Huhu sedar x sedar je. Yang pasti aku keluar dari present tu, terus bercucuran air mata. Mungkin berfikir betapa berhari2 bersengkang mata, berhari- hari membuat research, memahami segala isi. Tapi hasilnya begitu sia2 ditambah ayat2 menusuk dan berbisa Dr. Q (maklumlah, hati tisu).
Waktu tu air mata keluar tanpa dapat ditahan, cuba menyorok dari orang lain, tapi mana tahu mencuri perhatian org lain. Kebetulan, evaluator yg sama, dan dia antara org menyaksikan kejadian aku dimaki Dr. Q.
Tiba2 dia menjadi begitu bertimbang rasa dgn aku. Kelakar bila teringat masa tu. Baiknya budak nih. Bisik hati.
Kemudian dalam tempoh presentation sebenar, kitorang byk saling membantu. Tak pasti macam mana, tapi, dia yang membantu untuk template poster presentation. Lebih lawak lagi, dia memberi bermacam alasan, dan akhirnya berkongsi board presentation yang sama. Alasannya, memudahkan evaluator.
Dipendekkan cerita, disebabkan mmg kitorang selalu share mana yg kitorang apply, and akhirnya kitorang ditakdirkan dapat intern sekali ditempat yg sama- PwC.
Part Two-
Internship-
Susah gak nak throwback nih, tapi sebab dah janji dgn dia, akan tulis balik apa yg aku ingat~aku harap aku takkan lupa semua ni, mungkin anak cucu boleh baca (kot)
Alkisah kitorg kena intern, tapi kena stay kat client, and waktu tu, kitorg intern di area yg sama-Damansara. Nak kata dekat sgt antara company dia dgn aku tu taklah sangat, tapi dia kata dekat.
So bermula lah episod kereta Viva si Buraq yg buat hal. Semuanya bermula bila tetiba kereta aku berasap waktu tu kat Jalan Istana-masih ingat tempat tu, di lorong kecemasan aku pun berenti. Waktu tu cuak takpayah cakap, laju je tgn ni call si dia ni. Macam nak menangis dah waktu call tu bgtahu. Panic attack menjelma, sampai nak on hazard signal pun tak jumpa. Memang kelakar tapi waktu tu aku bayang kereta tu nak meletup dah sebab berasap kan.
Tunggu berjam jugaklah sebelum si dia ni muncul. And dia datang tu terus rasa lega even tak solve apa pun lagi kan. Macam2 org datang claim dorang ni mekanik suruh itu ini, tapi akhirnya aku tggu mekanik yg along suggest sbb abg ipar aku kenal. Workshop dia kat serdang, jauh dari kl. So nak taknak, kena lah tunggu. So time tu bila masuk magrib, nasib baik ada wudhuk lagi, aku pun solat kat celah2 pokok situ, and dia jaga kat kereta. Kitorang take turn, lepastu dia pulak solat, aku jaga kereta tggu tow truck.
Smpai tow truck dtg, dialah yg teman aku. Then kitorg balik kl dgn kereta dr workshop tersebut. LAMA GAK NAK TUNGGU SIAP.
Esoknya, disebabkan kereta aku masuk bengkel, dia ni lah dtg ambik aku gi kerja, memandangkan kitorang satu area.
Hari yang sama tu, beliau ni tweet 'Rasa mcm hantar isteri gi kerja;.
Aku baca tweet tu sebelum masuk kereta dia. And i'm blushing k. AHHAHAHAHA GEDIKK.
Sapa suruh dia tweet mcm tu.
After this ada 2-3 episod lagi kereta rosak tp nnti cerita ni jadi bosan, so kita terus pegi ke point penting k.
Nak dijadikan cerita, waktu pinjam kereta ni, kitorang ada lunch sekali beberapa kali. So time tu aku dah mula rasa lain. Yelah rasa sukalah sbb kita rasa dia mcm ada feeling kat kita. Tapi masalah nya dia ni tak cakap2. Terseksa. Yelah aku admit, aku rasa suka kat dia. Mana tak suka kalau dah dia baik gila kat aku weh.
Actually aku pun dah buat istikharah, aku buat solat hajat kalau dia ni bebetul jodoh aku maka mudahkanlah, beri aku petunjuk.
Tapi disebabkan dia ni tak de nampak cahaya nak confess aku terpaksa bercerita 'indirectly nak tanya perasaan dia kat aku' muahahahah.
Aku cerita pasal Siti Khadijah, cerita pasal perigi cari timba. Hmm bila pikir balik lawaklah jugakkkkk. Kakakakakakakah maluuuu.
Aku tanya pandangan dia tentang Siti Khadijah yg meminang Rasulullah. Dia kata ok je, xperlu nak close minded sangat. Sama je memana pun. Argh stress aku waktu tu. Maka aku pun ckap terus 'Kalau aku, lebih rela tak dapat lelaki tu daripada kena confess. Sebab aku rasa macam hurt my pride je. And Siti Khadijah tu boleh lah buat macam tu, dia ada harta, rupa, ada segalanya.'
Dia memang tak setuju pun dengan aku kahkah. Aku pun tak tahu dah aku merapu apa waktu tu. Aku nak dia paham je tapi tak sangka beliau ni amatlah slow still tak dapat hint aku. Sedih woooo.
Jeng jeng jeng~~~
Skip all that~~
Maka tiba lah hari berlaku nya semua ini....Confession Day~~
Hari Rabu, 02 March 2016, aku pakai baju kurung hijau dgn tudung merah gelap-
Lepas lunch-
Kitorang just borak macam biasa, tapi kitorang memasing tahu itu kali last dia akan hantar aku sbb kereta dah elok and dia pun dah nak abis project so xkan ada kat situ dah.
So, tiba2~~
Dia drive area ofice client aku tu, dah nak sampai dah , tapi tiba2 dia lajak ke roundabout dekat ikea tu. Siap pusing 2 kali. Aku dah gelak apahal ni? Dia kata ada benda nak tnya.
"Aku ada menda nak tanya hang nih."
"Tanyalah"
"Layakkah aku...sebagai seorang suami...?"Aku dah gelabah tapi still try utk cover.
"Awat tak layak plak dah.. semua orang layak jela"
"Dak, maksud aku untuk hang"
Gulpppp.
"Hmmmmm. InsyaaAllah kot"
Hahaha laju gila aku jwab insyaAllah kot ye pun.
"Serius? Tapi aku nk cakap awal2 la aku nak mintak 2 tahun. Sebab aku takdak apa pun, harta pun takdak. Tapi itu maksimum lah. InsyaaAllah aku usaha bagi kurang'
Aku dengar je 2 tahun dah rasa berat sebenarnya. Yelah lama kot, macam2 boleh jadi.
"Hmmm ok. Bagi aku pikir dulu lah. Hang ni duk tanya aku nih dah istikharah belum?"
"Aku hari2 istikharah"
Of course la aku lega dia jawab gitu. Tak sangka dia pun sama macam aku kan.
Itulah hari yg berwarna warni bagi aku. KAKAKAKAH OVER. SENYUM SAMPAI TELINGA TAU TAK.....
~~Please Allah, help me remember that day~~
Ini bukan mimpi, katanya
Tapi satu rasa yang nyata
Bukan juga rasa biasa, biasa
Takkan boleh terus begini
Ku tak mahu terus bermimpi
Hanya mahu menjadikanmu milikku
Setiap saat yang kau berikan
Bagai memetik bintang di langit
Setiap saat kau berikan padaku
Setiap kali kau pergi, separuhku mati
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati
Kerna Tuhan saja tahu
Apa yang baik 'tuk kau dan aku
'Cause everytime I say, "Goodbye"
You say, "Hello" (ow-oh-yeah)
Ini bukan lagi, bukan lagi mimpi, kini berbeza
Dugaan yang kita lalui
Banyak lagi yang kan menanti
Genggam erat tanganku kini, isteri
Setiap saat yang kau berikan
Bagai memetik bintang di langit
Setiap saat kau berikan padaku
Setiap kali kau pergi, separuhku mati
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati
Oh, kerna Tuhan saja tahu
Apa yang baik 'tuk kau dan aku
'Cause everytime I say, "Goodbye"
You say, "Hello", oh-yeah
Kau saja yang selalu aku nantikan, kudoakan
Kau yang selalu aku ceritakan pada Tuhan
Saat dua menjadi satu
Moga Tuhan mencurah restu, hu-uh, oh-oh
Setiap kali kau pergi, separuhku mati
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati
Kerna Tuhan saja tahu
Apa yang baik 'tuk kau dan aku
'Cause everytime I say, "Goodbye"
You say, "Hello"
Part Two- 1 November 2021
Demi melangsaikan hutang kepada encik suami, maka selepas hampir 3 tahun barulah sambung menjengah dan mencari masa nak menulis disini hahahahha.
Maaf encik suami. Tapi nak dijadikan cerita, diri sendiri pulak tak sanggup nak baca kisah part one tu. Rasa macam gedik nau ekk :D
Nak sambung part perkenalan, tapi macam dah ingat2 lupa. Nak sambung part bertunang dan kahwin pun tak pasti apa yang betul2 melekat kat otak ni. Bak kata suami, nanti mereka2 cerita je lebih hahahaha.
Part One ditulis pada 18/12/2017, hanya 2 minggu lepas kahwin, sekarang dah nak masuk tahun keempat kahwin pun, anak pun bakal bertambah lagi seorang hahahah.
Apa yang boleh dikata, alhamdulillah for the blessing.
Takde manusia yang sempurna, perkahwinan pun ada ups and down, ada masa berbalah juga. Tapi yang paling penting bila dua-dua sanggup work on the relationship. Bila baca pasal perkahwinan, kisah rumah tangga etc, memang takut sangat. Sejak dulu lagilah memang rasa risau je memanjang sebab takut salah pilih suami. Tapi alhamdulillah, allah aturkan jodoh terbaik buatku.
Yang boleh bersabar bila isteri dia ni malas, tak larat dan mengada-ngada. Takdelah macam drama tv3 sangat, tapi kalau malas masak, kita order je hahaha.