Monday, 23 May 2022

Ours- Part Two II

 23 Mei 2022


Walaaweh dah 6 bulan berlalu baru nak sambung weh hahhaa. 

Anak kedua pun dah keluar, 6 bulan dah Dak Uwais tu.

Life di dunia nyata bukanlah macam drama kan. Ada turun naiknya, ada pasang surutnya. Tapi asalkan suami dan isteri tahu tanggungjawab masing-masing, dan sanggup mengemudi bahtera rumahtangga, segalanya akan baik-baik sahaja.

Sudah 4 tahun 6 bulan usia perkahwinan, melewati tahun kelima bersama-sama. Alhamdulillah untuk segalanya.

Bermula dengan 12k wang hantaran yang suamiku tabungkan setiap bulan. Disamping aku sendiri menabung amaun yang lebih kurang sama. Amaun duit yang hangus untuk majlis, dan aku pula membuat tabungan untuk kehidupan selepas berkahwin. Duit tabungan ku digunakan untuk honeymoon, untuk deposit rumah sewa dan apa2 yg diperlukan untuk kehidupan kita yang baharu sahaja dimulakan. 

Good old days. Bermula dengan rumah kosong tanpa apa-apa. Rumah di Pangsapuri Mutiara Jalan Klang Lama.

Tahun pertama perkahwinan, 2017- December 2018. Mood honeymoon, masih dalam mengenali hati budi masing masing. Pergaduhan yang besar semua dalam tahun pertama ni. Menangis tersedu sedan. Sebab yang biasa muncul sebab balik kampunglah, kahwin dengan orang jauh kan. Duit pun byk habis.

Terfikir macam-macam, darah muda lagi. Tambah pulak dengan orang-orang baru yang kita kenali. Rasa macam lepas kahwin ni semua terpaksa ikut suami etc. Hehehe. Bergaduh je kejenya. Pastu masuk bulan keenam asyik sedih tak mengandung pulak. Begitulah.

Tapi one thing I always make sure, jangan gaduh tu lebih dari 1 hari. Malam2 sebelum tidur kena maafkan satu sama lain. Tapi masuk tahun kelima ni ada terbabas jugak. Dah sahur baru setel luls. Nanti kita cerita sampai sini.

Masuk Tahun kedua, 2018-2019, dah mengandungkan 3 bulan anak sulung. Banyak tak banyak kerenah kena tnya suami lah.

Tahun ini masih kuingat, cabaran paling besar dari segi mental. Waktu ni aku sangat stress dengan kerja. Burnout dgn kerja is real. Kemuncak stress paling tinggi waktu ni lah, berapa kali kuucapkan nak berhenti kerja kpd encik suami. Biasanya encik suami diam je, atau cakap 'Ikut yang la' as usual. Sangat tak memberangsangkan jawapan tu ye hahahha. Waktu ni dah menetap di PPA1M Bukit Jalil. Pindah sini sebab Mrs Law (owner rumah sewa Pangsapuri Mutiara) dah jual rumahnya hahaha. Berpindah lah kita waktu ibu baru je tau pregnant hhahaha.

Banyak kali jugak kita bergaduh sebab isu kerja, isu nafkah perbelanjaan etc. Yelah, sepatutnya suami sediakan, tapi kita bahagi half-half. Aku pun takdelah kejam sangat nak suruh suami tanggung everything, kita pun tahu duit dia banyak mana, perbelanjaan isi rumah banyak mana, nak2 pulak ahli keluarga bakal bertambah lagi.
Masa ni banyak kali jugak persoalkan keputusan kami kahwin tu terlalu awal kah. Haaa tulah dulu mengeletis nak kawen awai kan hahahhaha.

Tahun 2019. Waktu ni lah aku terpecah air ketuban awal dan melahirkan Umar. Emosi diuji lagi dengan anak. Hikmahnya, Allah mungkin menguatkan kami berdua dengan ujian ini. Umar dilahirkan pramatang 32 minggu. Umar banyak ajar ibu abi jadi orang-orang yang bersyukur dengan nikmatNya. Masih kuingat, aku doa sungguh2 Allah janganlah uji kami sesuatu yg kami tak mampu, jangan ambil Umar lagi dari kami. Waktu tu, aku rasa kalau aku kehilangan Umar, mungkin aku tak macam harini. Maybe I will go crazy. Wallahualam.
Tahun perkahwinan kedua ni, boleh kata 80% is all about Umar. We keep going strong because of him. 

Disambung pada September 2022  (Uwais dah 10 bulan hahaha)
Tahun 2019-2020. Masuk tahun ketiga perkahwinan, rasanya dari segi ekonomi mungkin bertambah baik. Start tu sedikit boleh la menabung sedikit sebanyak. December Tahun 2019. Tahun aku meninggalkan Theta Service Partner (first job). 3 bulan tak kerja beb. Duk rumah jaga anak. Tapi time ni mmg aku rasa aku takleh la jadi housewife. Mungkin sbb takde duit seniri pun ye. Aku nak beli baju untuk anak pun rasa sesak. 3 bulan tu la stop shopping. Alhamdulillah lepas 3 bulan Allah masih bagi rezeki untuk bekerja. Dapat la masuk tempat baru pada March 2020.


Tahun ke 4, 2021
Unexpected Pregnancy of Uwais.
Mengandungkan Uwais bulan Februari. Time tu mmg dalam hati terasa instict mengandung tu. Aku ni susah nak detect sebab menstrual cycle bukannya betul sangaat. Pastu bukan ada alahan mual2 jugak. Cuma instinct sebab aku nak terkucil tengah2 malam, pastu duk rasa sakit ari2. 

Awal2 tu memang take time untuk terima. Sebab fikirkan condition Umar, perlukan perhatian etc. Waktu tu masih belum tahu lagi keadaan Umar yang sebenar. Cuma tau dia global developmental delay je. Long story cut short,

Allah mmg bagi sesuai dengan keperluan kita. Umar perlukan kawan. BFF. Masa Uwais dah lahir, mmg nampak besar sgt2 hikmah. 

Tahun ke 5, 2022,
Surprisingly, lepas Uwais lahir, bertambah2 rezeki. Aku cuma cerita kat sini lah. Dapat masuk rumah baru, alhamdulillah beli kereta baru, gaji abi pun dah naik 2 kali. (Sekarang kemungkinan naik kali ketiga). Kalau naik kali ketiga ni, almost double gaji dia drpd tahun 2021. Luas kan rezeki Allah ni?

Rasa syukur dgn apa yg Allah bagi. Ada masanya marah jugak dengan suami bila kita letih, rasa kita buat mcm2 kat rumah. Tapi bila fikir balik, suami pun buat banyak jugak, tolong jaga anak, helps with chores and everything. Cuma yelah, mungkin kadang tak sama expectation kita as women. Nak cepat, nak bersih nak itu ini.

Oh ye, nak cerita pasal waktu sahur baru berbaik tu kan. 
Actually bergaduh sebab Umar. Abi nak beli tilam dan katil untuk rumah baru. Pastu dia duk kusyuk tgok katil, ibu dalam kedai katil tu dgn Umar and Uwais. Dijadikan cerita, Umar buat perangai cheeky, nak merangkak satu kedai tu. Ibu taktaulah kenapa, tapi ibu rasa marah sgt. Mungkin sbb ibu beria nak suruh Umar berdiri sambil dukung Uwais. 
Waktu tu mungkin ibu rasa tak selesa orang tgok Umar dah besar, tapi merangkak. Camtu lah lebih kurang. 

Then time bergaduh dgn abi, abi boleh sebut 'Ibu malu dengan Umar ke?'. Sentap noks. Terasa gila2.
Pastu dedua pun mmg bermasam muka sepanjang hari. Dahla bulan puasa. Bila sahur barulah menangis2 luahkan apa yang terpendam. That words hurts sooo much. Maybe it was partly the truth. 

Mungkin betul, waktu tu ibu ada rasa malu dengan Umar. Sebab tu ibu rasa terpukul. Tapi it is a wake up call to me. Mungkin Allah rencanakan supaya ibu boleh luahkan dan takde rasa malu lagi dengan Umar. I have to let it all go. Alhamdulillah.

Ibu sayang sangat dengan Umar, dan ibu tak akan malu atau terasa hati orang pandang Umar macam mana pun. Ibu will always get your back, Umar. Ibu minta maaf sebab pernah terasa macam tu. Ibu rasa ibu ni ibu yang jahat sangat. Maafkan ibu ye, my forever baby.

Kadang ada rasa kurang syukur tu datang. Sebab yg pelbagai. Tapi cepat2 ingatkan diri, Allah dah bagi baanyak sangat. Kita cuma pelakon diatas pentas dunia. Allah sudah skripkan semuanya. Cuma, macam mana kita react dengan skrip itu sahaja yang membezakan.

Semoga Allah meluaskan lagi rezeki keluarga kita, supaya kita boleh berkongsi lebih lagi dengan org sekeliling. Keluarga, rakan2 dan orang2 terdekat. 

Alhamdulillah for now. Thank you Allah, for lending me an amazing soul to be my life partner, Hasan Salimi. Kalau omputih sebut 'Till death do us apart'. Tapi kalau kita kata 'Til jannah'. Sebab kat Jannah nanti pun kita nak jumpa balik kan? InsyaaAllah. Moga Allah berkati kita selalu, kuatkan kita selalu. 
Amiinnn. Uhibukkafillah, zauji.










No comments:

Post a Comment