Friday, 22 March 2013

Atas Nama Cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Tiap kali aku dengar lagu ni, aku akan "ter"refleks balik diri aku..untuk apa aku hidup?

Dan aku tak mahu hanyut dibuai perasaan sendiri dan akhirnya aku yang terleka. Aku tak mahu terbang tinggi, takut diri sendiri jatuh dan tak bisa bangun lagi.

Lagu ni betul- betul buat aku berfikir sendiri. Kita cuma hidup sebentar, terlalu singkat untuk disia- siakan.

AKU CUMA MAHU REDHANYA. 

Maafkan aku yang terleka dan terlupa. 

Saturday, 16 March 2013

officially 20..

*ni entri lama yang bukan dimaksudkan tarikh ia dipublish*

hadiahkan lah doa sebab doa itulah hadiah terbaik, termahal dan paling bermakna disisiNya..

Umur yang meningkat menandakan usia di atas muka bumi ni pun semakin singkat..
Usia yang dipinjamkan terlalu singkat untuk disia- siakan, terlalu singkat untuk dibazirkan...Entah bila ajal akan datang memanggil, tapi yang pasti ia akan datang menghampiri dan tiap yang hidup pasti mati.


     Dah 20 tahun ke? Macam tak caye je..tp itulah hakikatnye. Membayangkan nombornye saje dah cukup untuk buat aku seram. Makin banyak tanggungjawab yang aku bakal galas dan aku perlu menjadi lebih matang. Bukan hidup sekadar hidup. Tanpa arah tujuan yang pasti lagi. Apa yang cukup jelas sekarang, semakin dewasa, semakin banyak keputusan yang perlu aku lakukan. Untuk melakukannya bukan mudah tanpaNya. Tanpa redhaNya.

    Selalu aku pikir, betul ke kputusan aku untuk amek bidang ni? Bukan jiwa aku sangat pun, tapi aku dah amek, dan aku pasti ada hikmahnya yang aku sendiri masih belum nampak. IN SHAA ALLAH. Aku yakin DIA bersamaku ..^_^

  Aku cuma berazam untuk menjadi seseorang yang baik dari semalam. Dari masa lalu aku yang tak mungkin akan diulang lagi..Terima kasih ALLAH kerana aku masih bernafas hingga hari ini..