Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
Tiap kali aku dengar lagu ni, aku akan "ter"refleks balik diri aku..untuk apa aku hidup?
Dan aku tak mahu hanyut dibuai perasaan sendiri dan akhirnya aku yang terleka. Aku tak mahu terbang tinggi, takut diri sendiri jatuh dan tak bisa bangun lagi.
Lagu ni betul- betul buat aku berfikir sendiri. Kita cuma hidup sebentar, terlalu singkat untuk disia- siakan.
AKU CUMA MAHU REDHANYA.
Maafkan aku yang terleka dan terlupa.
No comments:
Post a Comment