Doaku untuk sahabat-sahabat :
Ya ALLAH,tatkala bahang mahsyarMU menjilat tubuh.
izinkan kami sama-sama berteduh.. Tatkala mizanMU teliti mengira,
beratkan neracanya atas setiap jasa.. Naungi kami di sana,
berkat kasih keranaMU semata..
Andai aku berdosa di dunia ini,
ku mohon sahabat-sahabat memaafkan
agar aku tak terhina pada hari pembalasanNYA..
ku mohon sahabat-sahabat memaafkan
agar aku tak terhina pada hari pembalasanNYA..
Andai pula kulayak ke Syurga,
kupinta bukan hanya ibu bapa dan keluargaku sahaja bersama..
Tetapi juga sahabat-sahabatku ini bersama.. Aminnn..
[ Pakar Diari Hati ]kupinta bukan hanya ibu bapa dan keluargaku sahaja bersama..
Tetapi juga sahabat-sahabatku ini bersama.. Aminnn..
http://pakarcinta.com/blog/aku-mencintai-sahabat-sepertimu/
First of all, alhamdulillah. Akhirnya boleh jugak aku nak menarik nafas lega selepas berjaya mengharungi segala onak dan duri (unsur bombastic + sarkastik di situ ye). Berakhir sudah final exam sem 2 which means tamatlah sudah tahun 1 sebagai mahasiswa Computer Science ( walaupun x nampak cam budak komputer pon). Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik dah dua tahun aku di bumi usim ni..hee ^ ^ Soo many bittersweet already (oh my English!).. ^^.
Wokeh, dapat jugak peluang nak menyinggah & menconteng + mencoret segala mak nenek yang terlintas di kepala ni. Of course wanna write about things happen around me. Lagi2 time study week yang sangatlah panjang dan menguji kesabaran..hoho..dah macam kena redah ribut taufan je. ^^
Aku sebenarnya sangat2lah jeles dengan orang yang dapat istiqamah dalam melakukan sesuatu (of course mende baik). Sorang sahabat ni citer yang sepanjang time study week itulah dia dapat rasa manisnya ukhuwah tu. Studi sama2, solat jemaah 5 kali cukup, qiam sama2, makan pun jemaah. Pendek kata, study week tu jadi tarbiyah week untuk dia & sahabat2 disana. Subhanallah, jeles sangat.!! Bukanlah maknanya time study week je dekat dengan Allah, waktu tu je nak baik dengan semua orang, tapi dilakukan istiqamah & mungkin starting point adalah study week tu sendiri.
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Nak berubah perlukan kekuatan, kita tak kuat kalau sorang2. Sebab tu kita perlukan sahabat sebagai penguat, pendorong. Macam dalam loveleter, surah AS-SAFF:
[4] Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka
sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Manusia..selalu
lupa. Mungkin kadang2 kita teringat pasal mati, cukup ke amalan aku ni? Takpe
ke aku buat cam ni? & pelbagai persoalan lagi bermain di minda. Tapi
selalunya, kita tak mencari, dan sekadar menanti seseorang atau
"sesuatu" datang depan mata untuk bawa kita ke pangkal jalan. Lebih
menyedihkan, kita kemukakan seribu satu alasan yang menghalang diri kita
sendiri mendapat kemanisan iman tu sendiri. Ayat cliche "aku tak bersedia
lagi la..".
Bila tanya diri sendiri balik, apa yang aku tak sedia lagi? Nak tunggu ikhlas untuk berubah, baru buat? Stop lying to yourself. Kita boleh tipu orang sekeliling, tapi kita tak boleh tipu ALLAH, & diri SENDIRI. Katalah umur kita tak panjang mana. Tak sempat pun nak capai amalan yang lebih apatah lagi kemanisan iman tu, Allah tanya kenapa kita tak berubah jadi lebih baik dalam waktu yang Dia pinjamkan, kita nak jawab tak bersedia? Tak bersedia jadi baik, tak sedia sebarkan Islam, tak sedia tegakkan agama ALLAH?!!
Senang tengok waktu solat jela..kita solat di awal waktu tak? Kalau solat lambat rasa serba salah atau rasa biase2 je cam takde ape berlaku. Kita rasa apa2 tak waktu solat? Atau solat tu cuma rutin harian yang memang kita kena buat hari2? Atau waktu solat tulah aku nak ingat semua mende yang hilang ada kat mana, lupa nak bayar hutang kat si PEAH ke.. Atau AKU PUN TAK TAHU KENAPA KENA SOLAT?? Why? Buat penat + bosan je solat..
Tepuk dada tanya iman..
*someone asked me "KALAU tiba2 ada situasi yang tertentu yang memerlukan awak untuk berjuang dijalan ALLAH, awak bersedia tak untuk serahkan harta dan jiwa untuk agama ALLAH?"*
AS-SAFF :
[10] Wahai orang-orang yang
beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu
dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
So, after that the thought begin to play in my mind...how should I
answer that? That question is just like a timer bomb...unexpected
....hohohoho.....Pasal sape yang tanye aku tu aku dah tak kisah...sebab kita
tak perlu tengok sape yang menyampaikan, tapi apa yang disampaikan...bila
difikir2 balik, tanpa soalan yang ditanya oleh PEAH (bukan nama sebenar) ni
maybe aku takkan pernah terdetik pun untuk tanya diri sendiri pasal ni. Yelah,
dalam Malaysia yang merdeka dan aman damai lagi indah permai ni, apa nak
perang2 pulak kan? Tapi betul ke kita ni merdeka? Aigooooo...seriously my head
wanna burst to answer that one particular question.
Tapi aku takdela sempitkan fikiran semua pasal nak pegi berperang
je kan..at least apa sumbangan kita untuk Islam...lepas 20, 30, 40 tahun hidup
atas muka bumi ni??? Mestilah dilema, diri sendiri masih jahil dan ntah pape,
pastu tetibe nak cakap pasal dakwah etc..argh....
ALHAMDULILLAH....
ALLAH
datangkan soalan tu untuk buat kita berfikir dan renung balik apa yang kita
buat selama ni...brape banyak waktu kita sia2 kan, brape banyak dosa kita
lakukan..terasa kerdil sangat2.....
Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang
jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang
menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian
atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat
juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar
atau anda mendapat bau yang hapak."
(Riwayat Abu Daud)
That's what friends for..bukan waktu senang semata....bukan jugak yang hanya boleh berkongsi masalah peribadi. Tapi yang tak memisahkan kita dengan kekasih abadi, yang mendekatkan lagi kita denganNya. Memang betul, kadangkala kita tak boleh sekadar menanti, tapi harus mencari. Maksud mencari bukanlah kita tinggalkan sahabat2 yang dah lama kenal kita semata2 nak cari sahabat yang baik, yang boleh bimbing kita. Tapi dalam masa yang sama, kita cuba ajak sama2 kat sahabat2 tersayang untuk mendekatkan diri kepadanNya.
*of course, action speaks louder than words. Senang
cakap, susah buat. Lebih senang buat sesuatu yang baru berbanding nak baiki
yang dah lama.*Sebab diorang dah kenal kite camane, giler2nye kite, segala
keburukan diorang tahu, kalau tetibe nak ajak buat baik of course lah
awkward..#itulah cabaran untuk kita, perlu dibuat dengan teliti, ibarat menarik
rambut dalam tepung#
Walau
sejuta alasan diberi untuk menggambarkan ketidaksediaan kita, ALLAH lebih tahu
tentang segalanya. Samalah macam jawapan aku untuk soalan yang ditujukan tu..
ONLY HE KNOWS MY ANSWER..
This ayat
really means a lot:
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا
فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا
كَثِيرَةً وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُون
Barang
siapa meminjami Allah pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah),
maka Allah akan melipat gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Dan Allah menahan dan melapangkan
(rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.(QS. Al- Baqarah:245)
Pinjaman
tu bukan terhad untuk material je. Even masa yang kita luangkan untuk agama
ALLAH cam pegi usrah, majlis ilmu etc tu pun samelah. Sebab kadang2 kita rasa
macam 24 jam tu tak cukup untuk uruskan segala mak nenek kita, apa lagi nak
pegi usrah, daurah segala bagai. Tapi yakinlah dengan janjiNya..sape tahu, masa
yang singkat untuk kita buat assignment tu, idea keluar mencurah2, kita dapat
buat dengan lebih perfect berbanding orang yang ade lebih masa dari kita.
Itulah hebatnya berkat. Kadang2 waktu exam kita rasa tenang sangat walaupun kita
rasa tak tahu pun nak jawab camane....erk..^^
Amnya,
kita tak pernah sempurna sebab kita adalah manusia penuh khilaf. Sahabat adalah
orang yang rapat dan dekat dengan kita. Yang mengenali sifat dan perilaku kita.
Disebabkan tu jugaklah kita perlukan sahabat untuk menguatkan, saling
mengingatkan. Bukan yang hanya bercakap perkara yang kita ingin dengar, tapi
perkara YANG PERLU kita dengar & tahu. Biarpun pahit, biarpun perit, tapi
niatnya untuk membetulkan kita, menarik kita saat kita mula melencong ke lorong
yang gelap penuh duka dan bahaya.
Sincerely,
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment