Thursday, 5 September 2013

Let's start again!

Moving forward..there's not turn back!

Kadang2 kita rasa ragu dengan jalan yang kita pilih. Kita rasa tersalah laluan dan tiada arah tujuan..tak pasti apa yang menanti di hadapan..just follow the flow..




Rasa macam dah lost diri sendiri. Untuk ape aku buat semua ni? Kenapa aku pilih mende ni?Ini bukan jiwa aku*keliru+serabut* menyesal pun ade~

Alkisah suatu ketika dahulu: *passionnate buat sesuatu*determined*set a goal*
Sekarang : follow the flow punye pasal~tengok result sendiri, hasil sendiri pun takde perasaan.



Rasa macam tak tau nak start dari mane...Actually, rasenye diri sendiri je boleh bagi jawapan tu~find yourself first~cari diri sendiri~

Dulu aku semangat buat mende ni sebab aku suka, aku bla bla bla & sekian sekian...
Betullah, sebenarnya memang bahaya kalau takde target dalam hidup ni..memang hasilnya sekadar hidup segan mati tak mahu..(suam2 kuku gitu)..

Sangat jeles tengok orang yang ade goal dalam hidup~ade matlamat~ade cite2~at least dah pasti dengan jalan yang dipilih~ 

So, why not me? Better late than never..Find a reason so I could rise and shine again.

Honestly, takde ape pun erti result tu sebenarnya. Itu cuma atas dunia yg orang akan judge tahap kecerdikan kita , orang nak rasa kagum or underestimate diri kita. Sekeping kertas or slip mampu mengawal minda manusia ni. Kalau dapat 5A UPSR, orang rasa kita pandai, boleh masuk skolah bagus2 etc. Dpt 8A/9A orang pandang tinggi. Dapat SPM best, masuk uni yang ada nama, skali lagi orang pandang tinggi. Orang puji melambung. Sedar atau tak riak mula ada. Bajet best. Bajet pandai etc. Paling kurang pasti ada walau secebis.

Tapi sebenarnya, terpulang kepada matlamat dan niat asal kita. Kadangkala kita berjaya sebab seseorang atau sesuatu. Mungkin untuk banggakan keluarga especially ibu bapa. Nak bantu keluarga atau mungkin ada sebab yang lebih besar. Demi agama & negara. (patriotik plak tetibe). Bukan senang boleh ada matlamat macam ni. Kalau setakat cakap mulut tu bolehlah.

Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari

So, konklusinya, dua2 kene seimbang..Dunia memang dunia. Tanpa kuasa dan nama, tak siapa pedulikan kita. Dengar kisah Sultan Muhammad Al Fateh dah cukup buat satu dunia gerun. Tertegaknya Islam tu disebabkan kuasa yang baginda ada. Pengaruh yang besar kerana pencapaian dan diri baginda yang luar biasa. Hasilnya pun luar biasa. ( Zaman dimana rajanya baik, rakyatnya baik dan tenteranya baik). Menakluki Contantinopel dengan cara tak terjangkau akal. Tapi dalam masa yang sama akhiratnya masih dalam hati walaupun dunia di tangan. Cuma salah satu buktinya iaitu tak pernah sekalipun tinggalkan bangun malam sejak baligh sudah cukup untuk kita menilai diri sendiri. Terlalu kerdil rasenye nak dibandingkan kita ni....

Curahlah banyak mane nasihat, pegi motivasi or ceramah agama sana sini sekalipun, kalau diri sendiri yang takde kesedaran atau keinginan tu, semuanya sia2. Ibarat mencurah air kedaun keladi. That's why kena cari diri sendiri. Walaupun orang lain boleh jadi penyebab, tapi yang paling penting diri sendiri. Mungkin memang kena mula semula. 


So, paling penting bulatkan tekad dan buat perancangan...Cukup2lah dengan follow the flow tu..


Get up! Rise and shine again!



Tuesday, 3 September 2013

Belajar untuk redha..

Action speaks louder than words.
        Tentulah, berkata2 lebih mudah, mengetahui namun mungkin tak menyedari. Redha. Mungkin mudah namun payah. Redha itu sabar dan ikhlas, redha itu juga menerima dan mungkin juga memaafkan. Dengan redha hati lebih tenang, lebih bersyukur tatkala merasai kekurangan. Tanpa redha payahlah untuk bahagia.



        Nobody is perfect. Kadangkala kita rasa sudah cukup berusaha, namun hasilnya tidak seberapa. Redha. Mungkin Dia hendak menguji kita. Dia Sang Pencipta. Sang Pencinta yang merindui rintihan hambaNya. Mungkin kita sudah mulai menjauhiNya tanpa sedar. Mungkin mulai alpa. Walaupun sedar namun masih dibiar berlalu tanpa berusaha kembali padaNya. Refleks. Kadangkala kita rasa tiada yang menyayangi. Dengan ibu bapa, terasa berbeza layanan yang diberi. Redha. Ikhlaskan hati. Dengan redha dan ikhlas hati tetap akan bahagia dengan kebahagian insan2 yang disayangi. Ikhlas itu tak mengharapkan balasan. Jadi, jika hati sendiri tak yakin akan keikhlasan diri, tak usahlah sibuk memberi. Khuatir ikhlas itu sekadar dibibir, bukan dihati. 




        Bukanlah redha itu membiarkan segalanya berlalu pergi. Tanpa diperbaik apa yang terkurang atau membetulkan apa yang tersalah. Redha itu menerima dengan hati terbuka. Namun, apabila ada kesempatan yang seterusnya, lakukan yang lebih baik. Jika rasa diri disisih, diperlakukan tidak adil oleh insan lain, redha dengan cara memaafkan. Seterusnya, carilah dimana silapnya kita. Kadangkala kita terlalu mementingkan diri, mahu diri difahami, namun tak cuba memahami. Sekiranya benar2 rasa tiada yang menyayangi, mengapa lupakan Dia? Diakan ada, Sang Pencipta. Pemilik segalanya. Pemilik hati dan cinta. Sekali kita cuba mendekatiNya, berkali2 lagi Dia mendekati kita. Cuma kita yang masih ego, yang bongkak diatas muka bumi yang sementara dan palsu ini..

       Redha tidak bermakna menyerah kalah. Tapi redha itu menerima ketentuanNya. Kita cuma hamba yang dicipta untuk diuji oleh Sang Pencipta. Tanpa redha, hati dipenuhi rasa tamak, tak puas hati, dengki, iri hati dan sebagainya. Disebabkan itulah pentingnya memaafkan semua orang sebelum tidur. Tanpa kemaafan, kita yang tidak bahagia. Bukan orang yang tidak dimaafkan. Kita yang terus mengingati perkara2 yang menyakitkan hati dan perasaan. Bukannya mereka. Dan kita masih tetap akan belajar di sepanjang kehidupan ini untuk redha. Untuk bahagia. ~moga ALLAH redha~