Action speaks louder than words.
Tentulah, berkata2 lebih mudah, mengetahui namun mungkin tak menyedari. Redha. Mungkin mudah namun payah. Redha itu sabar dan ikhlas, redha itu juga menerima dan mungkin juga memaafkan. Dengan redha hati lebih tenang, lebih bersyukur tatkala merasai kekurangan. Tanpa redha payahlah untuk bahagia.
Nobody is perfect. Kadangkala kita rasa sudah cukup berusaha, namun hasilnya tidak seberapa. Redha. Mungkin Dia hendak menguji kita. Dia Sang Pencipta. Sang Pencinta yang merindui rintihan hambaNya. Mungkin kita sudah mulai menjauhiNya tanpa sedar. Mungkin mulai alpa. Walaupun sedar namun masih dibiar berlalu tanpa berusaha kembali padaNya. Refleks. Kadangkala kita rasa tiada yang menyayangi. Dengan ibu bapa, terasa berbeza layanan yang diberi. Redha. Ikhlaskan hati. Dengan redha dan ikhlas hati tetap akan bahagia dengan kebahagian insan2 yang disayangi. Ikhlas itu tak mengharapkan balasan. Jadi, jika hati sendiri tak yakin akan keikhlasan diri, tak usahlah sibuk memberi. Khuatir ikhlas itu sekadar dibibir, bukan dihati.
Bukanlah redha itu membiarkan segalanya berlalu pergi. Tanpa diperbaik apa yang terkurang atau membetulkan apa yang tersalah. Redha itu menerima dengan hati terbuka. Namun, apabila ada kesempatan yang seterusnya, lakukan yang lebih baik. Jika rasa diri disisih, diperlakukan tidak adil oleh insan lain, redha dengan cara memaafkan. Seterusnya, carilah dimana silapnya kita. Kadangkala kita terlalu mementingkan diri, mahu diri difahami, namun tak cuba memahami. Sekiranya benar2 rasa tiada yang menyayangi, mengapa lupakan Dia? Diakan ada, Sang Pencipta. Pemilik segalanya. Pemilik hati dan cinta. Sekali kita cuba mendekatiNya, berkali2 lagi Dia mendekati kita. Cuma kita yang masih ego, yang bongkak diatas muka bumi yang sementara dan palsu ini..
Redha tidak bermakna menyerah kalah. Tapi redha itu menerima ketentuanNya. Kita cuma hamba yang dicipta untuk diuji oleh Sang Pencipta. Tanpa redha, hati dipenuhi rasa tamak, tak puas hati, dengki, iri hati dan sebagainya. Disebabkan itulah pentingnya memaafkan semua orang sebelum tidur. Tanpa kemaafan, kita yang tidak bahagia. Bukan orang yang tidak dimaafkan. Kita yang terus mengingati perkara2 yang menyakitkan hati dan perasaan. Bukannya mereka. Dan kita masih tetap akan belajar di sepanjang kehidupan ini untuk redha. Untuk bahagia. ~moga ALLAH redha~
No comments:
Post a Comment