Tuesday, 29 October 2013

look back : reflection

Sekian lama tak mencoret, tetiba malam yang hening ni, terlintas pulak nak menyinggah jap.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk mengubat perasaan sendiri. Kadang2 bila hati tetiba je terusik, mungkin disebabkan kita dah lama pendam perasaan. Tak kisah pada siapa atau sebab apa. Kalau dah selalu sangat dipendam, mestilah akan meletup jugak . Manusia kan, bukan malaikat. Tapi hakikat sebenar, untuk ubat hati ni satu je, pada DIA. Mungkin  kita selalu rasa banyak perkara yang tak adil berlaku, tapi mungkin itu ujian. Syaitan dan hawa nafsu akan sentiasa mendorong amarah kita supaya rasa kurang bersyukur, buat hati rasa tak tenang dan sebagainya.

Bila terasa kurang, ringankan tangan memberi, bila terasa sedih dan hati disakiti, layan orang lain seikhlas hati. Itulah yang terbaik, tapi susah untuk dilakukan. Cakap bolehla. Refleks diri, buat checklist.  Hubungan dengan ALLAH? Ibu bapa? Family? Kawan2 dan orang sekeliling?

”Wahai manusia,sesungguhnya kamulah yang memerlukan Allah,dan Allah yang maha kaya,tidak memerluakn apa-apa.Jika Dia mahu nescaya,Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk lain (sebagai ganti)”.-(Al - Fatir:15 -16.)

*sesungguhnya kitalah yang memerlukanNYA*

 Terlalu banyak merungut pun tak dapat selesaikan masalah, tapi dengan meluah perasaan dapat meringankan jiwa, melegakan hati. Dan sebaik2 tempat adalah pada DIA. Keyakinan kita yang tak cukup kuat, dan membuatkan kita sombong dan angkuh, lupa nak mengadu padaNYA. Lebih yakin pada manusia. Kalau benar sahabat, Alhamdulillah. Tapi sukar sekali ditemui. Yakinkah kita pernah menyentuh hatinya? Atau pernahkah dia menyentuh hati kita?

Perkara2 lalai dan lagha pun membawa kita melupakan Dia……Lupa kita akan berakhir dan ada penghujungnya.  Terlalu banyak berhibur, berseronok. Bimbang bila direfleks balik apa yang sering dilakukan. Malu padaNya. Sedangkan daun2 dan rumput2 dijalanan sekalipun lebih banyak berzikir padaNYA.


*Mungkin disebabkan kelalaian, Dia mengusik hati ini, mengingatkan kembali apa destinasi hakiki* 

No comments:

Post a Comment