Monday, 24 February 2014

Actions Speak Louder than Words!!

Zaman sekarang, ayat mencintai seseorang kerana ALLAH tu dah jadi satu common words. Tapi, perkara yang lebih merisaukan, kalau2 ayat tu cuma mainan di bibir. Bukannya lahir dari hati yang tulus ikhlas. Kalau benar cinta, maka kau akan menariknya dari jurang neraka. Kalau benar cinta, kau ingin berpimpin tangan dengannya, sampai syurga..!

         Bayangkan, kita masuk kesyurga, yang mana kelazatan nikmatnya 99 kali ganda daripada kesedapan isi dunia. Kau teringat akan sahabat- sahabatmu. Yang menjadi teman gelak tawamu. Yang menjadi pengubat duka laramu. Lalu, kau mencari- cari mereka di dalam syurga yang penuh kenikmatan itu. Kau cari dan terus mencari, namun kau tidak temui sahabat yang kau cinta. Lalu kau bertanyakan tentangnya kepada ALLAH, dimana sahabatmu. Rupa-rupanya, sahabatmu itu, tidak dapat bersamamu di syurga, sebaliknya ada di tempat yang penuh azab, neraka yang maha pedih seksanya.

         Kata cinta, tapi kau tidak menariknya saat dia mula tersalah langkah, kau tidak membantunya berdiri saat dia jatuh. Dan kau meninggalkannya saat dia mulai hilang arah. Begitu nilai cinta kau? Betapa murahnya. Betapa ceteknya..!! Semurah itu sahaja nilai persahabatan kau. Sekadar teman diwaktu sunyi, sekadar teman untuk bergelak tawa. Sekadar teman untuk menonoton wayang, sekadar teman kau bersiar- siar.

        Betapa "selfish"nya kita. Bandingkan waktu kita menyiapkan diri untuk ke kelas. Menggosok pakaian, memadankan baju dengan tudung, kemeja dengan tali leher. Berbanding masa yang kita luangkan untuk solat,baca Al- Quran dan beribadah. Kita mengaku Islam. Kita yakin, cukup dengan solat, puasa, zakat dan haji itu untuk membeli tiket ke syurga. Betul yakin?Masa kita bazirkan selamA 20-30 tahun hidup meminjam udara ALLAH yang diberi PERCUMA ini dengan bersuka ria semata ini cukup sebagai bekalan kita?

AMARAN:
Kalau rasa sudah tahu apa yang bakal diperkatakan selepas ini, mohon jangan teruskan pembacaan. Kalau terasa ini poyo mahupun ekstremis, sila tekan close tab okey.

Mana lagi kau mahu sembunyi wahai manusia?? Sampai bila lagi kau nak menyorok? Memberi alasan tak bersedia berubah. Tak bersedia untuk itu, untuk ini. Sampai bila?? 2 tahun? 5 tahun? 10 tahun? Nescaya sampai kiamat sekalipun jawapan tak bersedia itu akan menjadi ratiban bibirmu.

         Aku juga jahil sepertimu. Aku juga lalai dengan kesedapan isi dunia ini. Aku juga tidak bersedia. Percayalah. Aku rapuh dan mudah goyah, dan kerana itulah aku memerlukan kekuatan. Kekuatan dari orang- orang yang aku cinta, dan yang mencintaiku. Dan yang paling penting, kekuatan dari Yang Maha Kuat, Sang Pencipta. Betapa kita ni pentingkan diri. Selfish. Sibuk memikirkan jodoh kita dengan siapa, sibuk memikirkan betapa sunyinya hidup kita. Sibuk memikirkan tiada insan langsung yang memahami kita atas muka bumi ni. Sibuknya. Seolah- olah kitalah manusia paling malang, paling sayu kisah hidupnya. Sedangkan, kita tak sedar ada sesuatu yang lebih besar dari tu. Lebih penting dan bermakna.

           Kehidupan. Islam ialah agama kehidupan. Bila kita jauh dengan Islam yang sebenarnya, maka matilah jiwa. Bila dengar nasihat, tazkirah mahupun peringatan, hati rasa sebal, rasa bosan, rasa jemu. Hati- hati, something went wrong with your heart already. Titik-titik hitam mula membentuk menjadi tompokan hitam, dan sekiranya tidak diubati, maka ia akan menutupi seluruh hatimu. Maka hitamlah ia, dan susahlah hidayah yang ibarat cahaya di atas cahaya itu untuk menghampirimu.

           Mula rasa sebalkah? Belum terlambat untuk close tab. Silakan.
Apa kaitan dengan "aku cinta kau" ni? Okey. Kaitannya mudah. Sungguh, aku cinta kau yang digerakkan hati untuk klik pada entri ini. Kerana itulah, kita perlu mencari erti kehidupan sebenar. Apa tjuan hidup ni? Semata- mata pergi kuliah, balik kuliah, makan, tidur, jalan2 sematakah? Kitaran yang sama hari2? Kau ulang dan ulang lagi. Sampai bila hidup dalam kitaran bodoh ni? Sampai bila.? Dapat result bagus, anugerah dekan setiap semester. Maka cukupkah? Sudah lengkapkah hidupmu? Sudah "hidup"kah jiwamu?

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Hud:112)


            Hanya kau yang mampu menjawab persoalan tu. Aku bukan alim ulama'. Sungguh. Kalau mengira kelayakan, sampai bila pun aku tak layak. Sampai bila pun aku tak sedia. Tanggungjawab membawa kalimah  لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ  tanggungjawab setiap yang bergelar Islam. Bukan pelajar jurusan agama semata, mahupun yang pernah bersekolah agama sahaja. Untuk kembali kepada fitrah, kita perlu berkorban. Perlu kuat. Fitrah kita sukakan kebaikan. Fitrah kita mendekati pencipta, ALLAH yang Esa. Maka, jadilah golongan yang asing bermula dengan mencari ALLAH.

“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. (dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).


Sunday, 9 February 2014

Seriously ready?

KAHWIN.
Satu perkataan. Cukup simple. Tapi tidak sesimple dan semudah itu untuk kita hurai dan simpulkan.

“Mak, kita nak kahwin.” Pinta Peah kepada ibunya.

      Perkara FIRST paling basic tahap gaban ni, kena tanya diri atas sebab dan alasan apa kita nak kahwin tu. Adakah sebab tengok ramai kengkawan mula kahwin, pastu mula terasa nak kawin jugak? Atau rasa memang wajib kahwin dan perlu kahwin? Dan seterusnya, tanya pulak, adakah kita betul2 dah bersedia ke arah sebuah bahtera perkahwinan tu.

      Persediaan yang paling penting, semua orang sedia maklum, tentulah diri sendiri. Apa makna bersedia tu? Em, agak- agak jenis stay up tengok movie or main game and whatsoever sampai tengah malam or pagi buta, pastu terlajak subuh tu, rasanya belum kot. Tu paling basic tahap kritikal. Pastu tengok hubungan dengan ALLAH macam mana. Yang wajib cukup sifat ke tak, sempurna ke ala2 kadar je. Qiamullail. Bangun malam. Paling koman seminggu sekali ada tak? Terasa dekat ke jauh dengan ALLAH. Rasa atau tidak nikmat mencintai ALLAH. Tepuk dada, tanya iman.

     Duhai HAWA,
Hawa sememangnya makhluk yang lemah. Dicipta untuk dilindungi. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita sengaja melemahkan diri dengan nafsu, godaan dunia yang membutakan hati. Disebabkan kelemahan itu kita perlu mencari kekuatan, mencari diri sendiri. Sekali hati HAWA disentuh sang ADAM, memang mudah cair. Mudah sekali hanyut. Godaan tidak mengenal status berpendidikan agama atau tidak, warak atau tidak, tudung labuh mahupun singkat, menjaga aurat atau sebaliknya. Iman yang senipis kulit bawang itulah yang mampu melindungimu duhai HAWA. Carilah kekuatan disetiap bangun malammu. Disetiap sujudmu. Disetiap doamu, zikirmu. Carilah pemilik cinta. Yang ESA. 

     Hati yang kosong memang mudah terbuai, mudah leka dan hanyut. Maka hidupkan hati itu. Jangan mudah memberi cinta, kelak sendiri derita. Ok, let's get back to the point. Kadang- kadang kita rasa cemburu dengan parents orang lain yang boleh support anak2 kahwin awal. Sporting and go on je. Bak kata orang, perkara baik buat apa dilengah- lengahkan lagi. Ok, takde masalah nak kahwin kalau dalam kes macam tu. Ni untuk kisah2 perkahwinan yang dihalang pulak.

    Perkahwinan terhalang tu camane pulak dah?
Biasalah, mak ayah, ibu bapa, abi ummi dan papa mama sekalian sudah tentulah mahukan yang terbaik buat anak- anak. Kalau niat nak kahwin tu ditolak, ditangguh dan sebagainya, itu normal (berpengalaman je gaya). Sebenarnya kalau untuk anak perempuan, sememangnya mereka sayang untuk melepaskan anak2 yang dibesarkan dalam tempoh 20 tahun (dan keatas). Tambah yang masih muda. Tak bersedia mungkin. Maka duhai HAWA, janganlah kau desak2 kedua orang tuamu. Jangan kerana perkara sebegitu kau membawa hatimu, menunjuk perasaanmu. Mereka telah menjagamu sejak lahir. Mengenal luar dalammu. Cantik hodohmu. Sedangkan orang yang kau cinta?

     Tanpa kita sedar, kita lukai hati kedua orang tua. Kahwin memang perkara baik. Tetapi biarlah dimulai dengan langkah yang baik jugak.

   Apabila datang laki-laki (untuk meminang) yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya maka kawinkanlah dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang meluas. (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

     Bukannya mak ayah tak tahu hadith ni. Tahu. TAHU. Tapi ada sebab mengapa mereka menghalang. Mungkin atas orang yang meminta izin untuk kahwin itu sendiri. Dan mungkin itu juga satu jalan ALLAH tunjuk bahawasanya kita masih belum bersedia kearah itu. Bercakap soal agama, bukan bila nak kahwin baru kita buka Quran, bukan bila nak kahwin baru kita cari hadith, cari ceramah Ustaz Azhar Idrus dan sebagainya. Itu cuma mencari jalan untuk mendesak dan membenarkan keinginan kita sebenarnya.

     Sebaliknya kalau betul mahu kahwin, biarlah dengan rasa mencintai ALLAH, dan keinginan ingin berkahwin jugak disebabkan ALLAH, untuk menyempurnakan separuh agamanya lagi. Untuk menyempurnakan separuh agama, mestilah kita dah kena ada separuh, kan? Kalau yang separuh pun macam nampak tak nampak je, nak buat camane tu?

     Bukan mak ayah zalim sangat takde sebab, tapi sengaja nak halang. Kadang- kadang mereka tahu apa yang kita tak tahu. Mereka nampak apa yang kita tak nampak. Kalau betul kerana ALLAH, maka insyaa ALLAH, Dia akan memberi jalan. Berdoalah, pintalah kepadaNya. Tapi jangan kau campur adukkan perkara halal dan haram, baik dan buruk. Tak perlu dicemari dengan keluar berdua- duaan. Tak perlu bergayut berjam2 saban malam. Setiap langkah dan detik kau perlu laporkan. Semua itu tidak perlu. Dia bukan muhrimmu. Tidak ada tanggungjawab keatasmu. Bahkan kalau sudah tunang sekalipun ia bukan tiket untuk kau berbuat demikian.

      Perkara yang ALLAH redha, yang tak dicemari dengan perkara buruk akan dipermudah, dengan izinNYA. Berbalik kepada mak ayah tadi. Kadang- kadang ada sebab kenapa pilihan kita dia tak terima. Sebab tu HAWA sekalian kena pandai pilih supaya ada sesuatu yang buat mak ayah suka. Pertama, agama. Dan sebenarnya memang tipulah kalau kata orang tua belah perempuan tak pandang harta atau kedudukan. Nak buat camane, mungkin macam tu baru mereka yakin untuk serahkan anak perempuan mereka. Tapi yakin dengan ALLAH, kadang2 tak perlu dengan harta yang banyak atau kedudukan yang tinggi, tapi mampu membuat mereka yakin sang ADAM mampu menjaga permata hati mereka sebaiknya.

"Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuan lalu ia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka" (HR Al-Bukhari no 1418 dan Muslim no 2629).
     
     Setiap kali orang tua marah itu bersebab, ada maknanya. Mana ada mereka nak marah sebab benci. Semua sebab sayang. Risau sebab sayang. Semua sebab sayang. Jangan terbawa perasaan, sebaliknya pujuklah perlahan- lahan melalui perbuatan dan tingkah laku. Tunjuk bahawa kau sememangnya sudah bersedia. Dengan cara menjaga hati mereka, mengurus rumah tangga. Tnpa disuruh atau dibebel, boleh sempurnakan segala kerja rumah. Senangkan hati ibu bapa. Indahkan akhlak dan tingkah laku. Lama- lama mereka akan yakin. Yakin bahawa anak mereka sudah matang dan bersedia melayari bahtera rumahtangga.

     Rasanya memang impian setiap insan yang normal adalah untuk berkahwin sekali je seumur hidup. Tu yang normal la. Special case dan kes2 terpencil lain kot. Untuk memastikan ia cuma sekali tu yang susah. Sebab tu persediaannya pun susah. Tapi hasilnya, Insyaa ALLAH manis.

     So, kesimpulannya, kalau agak2 masih belum bersedia untuk sebuah perkahwinan, maka buatlah persediaan tu secukupnya dulu. Baru boleh sebut pasal kahwin. Dan sebenarnya, jangan sesekali lupa bahawa kahwin tu belum pasti, tapi mati itu pasti. Maka sebaik- baiknya adalah persiapkan diri untuk MATI. Kita tak pernah dan takkan tahu bila kita akan mati, tapi ia janji yang pasti. Destinasi hakiki. Sebelum cinta insan, cintalah DIA, Pemilik Cinta, Yang Mencipta.