Bayangkan, kita masuk kesyurga, yang mana kelazatan nikmatnya 99 kali ganda daripada kesedapan isi dunia. Kau teringat akan sahabat- sahabatmu. Yang menjadi teman gelak tawamu. Yang menjadi pengubat duka laramu. Lalu, kau mencari- cari mereka di dalam syurga yang penuh kenikmatan itu. Kau cari dan terus mencari, namun kau tidak temui sahabat yang kau cinta. Lalu kau bertanyakan tentangnya kepada ALLAH, dimana sahabatmu. Rupa-rupanya, sahabatmu itu, tidak dapat bersamamu di syurga, sebaliknya ada di tempat yang penuh azab, neraka yang maha pedih seksanya.
Kata cinta, tapi kau tidak menariknya saat dia mula tersalah langkah, kau tidak membantunya berdiri saat dia jatuh. Dan kau meninggalkannya saat dia mulai hilang arah. Begitu nilai cinta kau? Betapa murahnya. Betapa ceteknya..!! Semurah itu sahaja nilai persahabatan kau. Sekadar teman diwaktu sunyi, sekadar teman untuk bergelak tawa. Sekadar teman untuk menonoton wayang, sekadar teman kau bersiar- siar.
Betapa "selfish"nya kita. Bandingkan waktu kita menyiapkan diri untuk ke kelas. Menggosok pakaian, memadankan baju dengan tudung, kemeja dengan tali leher. Berbanding masa yang kita luangkan untuk solat,baca Al- Quran dan beribadah. Kita mengaku Islam. Kita yakin, cukup dengan solat, puasa, zakat dan haji itu untuk membeli tiket ke syurga. Betul yakin?Masa kita bazirkan selamA 20-30 tahun hidup meminjam udara ALLAH yang diberi PERCUMA ini dengan bersuka ria semata ini cukup sebagai bekalan kita?
AMARAN:
Kalau rasa sudah tahu apa yang bakal diperkatakan selepas ini, mohon jangan teruskan pembacaan. Kalau terasa ini poyo mahupun ekstremis, sila tekan close tab okey.
Mana lagi kau mahu sembunyi wahai manusia?? Sampai bila lagi kau nak menyorok? Memberi alasan tak bersedia berubah. Tak bersedia untuk itu, untuk ini. Sampai bila?? 2 tahun? 5 tahun? 10 tahun? Nescaya sampai kiamat sekalipun jawapan tak bersedia itu akan menjadi ratiban bibirmu.
Aku juga jahil sepertimu. Aku juga lalai dengan kesedapan isi dunia ini. Aku juga tidak bersedia. Percayalah. Aku rapuh dan mudah goyah, dan kerana itulah aku memerlukan kekuatan. Kekuatan dari orang- orang yang aku cinta, dan yang mencintaiku. Dan yang paling penting, kekuatan dari Yang Maha Kuat, Sang Pencipta. Betapa kita ni pentingkan diri. Selfish. Sibuk memikirkan jodoh kita dengan siapa, sibuk memikirkan betapa sunyinya hidup kita. Sibuk memikirkan tiada insan langsung yang memahami kita atas muka bumi ni. Sibuknya. Seolah- olah kitalah manusia paling malang, paling sayu kisah hidupnya. Sedangkan, kita tak sedar ada sesuatu yang lebih besar dari tu. Lebih penting dan bermakna.
Kehidupan. Islam ialah agama kehidupan. Bila kita jauh dengan Islam yang sebenarnya, maka matilah jiwa. Bila dengar nasihat, tazkirah mahupun peringatan, hati rasa sebal, rasa bosan, rasa jemu. Hati- hati, something went wrong with your heart already. Titik-titik hitam mula membentuk menjadi tompokan hitam, dan sekiranya tidak diubati, maka ia akan menutupi seluruh hatimu. Maka hitamlah ia, dan susahlah hidayah yang ibarat cahaya di atas cahaya itu untuk menghampirimu.
Mula rasa sebalkah? Belum terlambat untuk close tab. Silakan.
Apa kaitan dengan "aku cinta kau" ni? Okey. Kaitannya mudah. Sungguh, aku cinta kau yang digerakkan hati untuk klik pada entri ini. Kerana itulah, kita perlu mencari erti kehidupan sebenar. Apa tjuan hidup ni? Semata- mata pergi kuliah, balik kuliah, makan, tidur, jalan2 sematakah? Kitaran yang sama hari2? Kau ulang dan ulang lagi. Sampai bila hidup dalam kitaran bodoh ni? Sampai bila.? Dapat result bagus, anugerah dekan setiap semester. Maka cukupkah? Sudah lengkapkah hidupmu? Sudah "hidup"kah jiwamu?
“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Hud:112)
Hanya kau yang mampu menjawab persoalan tu. Aku bukan alim ulama'. Sungguh. Kalau mengira kelayakan, sampai bila pun aku tak layak. Sampai bila pun aku tak sedia. Tanggungjawab membawa kalimah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ tanggungjawab setiap yang bergelar Islam. Bukan pelajar jurusan agama semata, mahupun yang pernah bersekolah agama sahaja. Untuk kembali kepada fitrah, kita perlu berkorban. Perlu kuat. Fitrah kita sukakan kebaikan. Fitrah kita mendekati pencipta, ALLAH yang Esa. Maka, jadilah golongan yang asing bermula dengan mencari ALLAH.
“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. (dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).
No comments:
Post a Comment