Sunday, 9 February 2014

Seriously ready?

KAHWIN.
Satu perkataan. Cukup simple. Tapi tidak sesimple dan semudah itu untuk kita hurai dan simpulkan.

“Mak, kita nak kahwin.” Pinta Peah kepada ibunya.

      Perkara FIRST paling basic tahap gaban ni, kena tanya diri atas sebab dan alasan apa kita nak kahwin tu. Adakah sebab tengok ramai kengkawan mula kahwin, pastu mula terasa nak kawin jugak? Atau rasa memang wajib kahwin dan perlu kahwin? Dan seterusnya, tanya pulak, adakah kita betul2 dah bersedia ke arah sebuah bahtera perkahwinan tu.

      Persediaan yang paling penting, semua orang sedia maklum, tentulah diri sendiri. Apa makna bersedia tu? Em, agak- agak jenis stay up tengok movie or main game and whatsoever sampai tengah malam or pagi buta, pastu terlajak subuh tu, rasanya belum kot. Tu paling basic tahap kritikal. Pastu tengok hubungan dengan ALLAH macam mana. Yang wajib cukup sifat ke tak, sempurna ke ala2 kadar je. Qiamullail. Bangun malam. Paling koman seminggu sekali ada tak? Terasa dekat ke jauh dengan ALLAH. Rasa atau tidak nikmat mencintai ALLAH. Tepuk dada, tanya iman.

     Duhai HAWA,
Hawa sememangnya makhluk yang lemah. Dicipta untuk dilindungi. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita sengaja melemahkan diri dengan nafsu, godaan dunia yang membutakan hati. Disebabkan kelemahan itu kita perlu mencari kekuatan, mencari diri sendiri. Sekali hati HAWA disentuh sang ADAM, memang mudah cair. Mudah sekali hanyut. Godaan tidak mengenal status berpendidikan agama atau tidak, warak atau tidak, tudung labuh mahupun singkat, menjaga aurat atau sebaliknya. Iman yang senipis kulit bawang itulah yang mampu melindungimu duhai HAWA. Carilah kekuatan disetiap bangun malammu. Disetiap sujudmu. Disetiap doamu, zikirmu. Carilah pemilik cinta. Yang ESA. 

     Hati yang kosong memang mudah terbuai, mudah leka dan hanyut. Maka hidupkan hati itu. Jangan mudah memberi cinta, kelak sendiri derita. Ok, let's get back to the point. Kadang- kadang kita rasa cemburu dengan parents orang lain yang boleh support anak2 kahwin awal. Sporting and go on je. Bak kata orang, perkara baik buat apa dilengah- lengahkan lagi. Ok, takde masalah nak kahwin kalau dalam kes macam tu. Ni untuk kisah2 perkahwinan yang dihalang pulak.

    Perkahwinan terhalang tu camane pulak dah?
Biasalah, mak ayah, ibu bapa, abi ummi dan papa mama sekalian sudah tentulah mahukan yang terbaik buat anak- anak. Kalau niat nak kahwin tu ditolak, ditangguh dan sebagainya, itu normal (berpengalaman je gaya). Sebenarnya kalau untuk anak perempuan, sememangnya mereka sayang untuk melepaskan anak2 yang dibesarkan dalam tempoh 20 tahun (dan keatas). Tambah yang masih muda. Tak bersedia mungkin. Maka duhai HAWA, janganlah kau desak2 kedua orang tuamu. Jangan kerana perkara sebegitu kau membawa hatimu, menunjuk perasaanmu. Mereka telah menjagamu sejak lahir. Mengenal luar dalammu. Cantik hodohmu. Sedangkan orang yang kau cinta?

     Tanpa kita sedar, kita lukai hati kedua orang tua. Kahwin memang perkara baik. Tetapi biarlah dimulai dengan langkah yang baik jugak.

   Apabila datang laki-laki (untuk meminang) yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya maka kawinkanlah dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang meluas. (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

     Bukannya mak ayah tak tahu hadith ni. Tahu. TAHU. Tapi ada sebab mengapa mereka menghalang. Mungkin atas orang yang meminta izin untuk kahwin itu sendiri. Dan mungkin itu juga satu jalan ALLAH tunjuk bahawasanya kita masih belum bersedia kearah itu. Bercakap soal agama, bukan bila nak kahwin baru kita buka Quran, bukan bila nak kahwin baru kita cari hadith, cari ceramah Ustaz Azhar Idrus dan sebagainya. Itu cuma mencari jalan untuk mendesak dan membenarkan keinginan kita sebenarnya.

     Sebaliknya kalau betul mahu kahwin, biarlah dengan rasa mencintai ALLAH, dan keinginan ingin berkahwin jugak disebabkan ALLAH, untuk menyempurnakan separuh agamanya lagi. Untuk menyempurnakan separuh agama, mestilah kita dah kena ada separuh, kan? Kalau yang separuh pun macam nampak tak nampak je, nak buat camane tu?

     Bukan mak ayah zalim sangat takde sebab, tapi sengaja nak halang. Kadang- kadang mereka tahu apa yang kita tak tahu. Mereka nampak apa yang kita tak nampak. Kalau betul kerana ALLAH, maka insyaa ALLAH, Dia akan memberi jalan. Berdoalah, pintalah kepadaNya. Tapi jangan kau campur adukkan perkara halal dan haram, baik dan buruk. Tak perlu dicemari dengan keluar berdua- duaan. Tak perlu bergayut berjam2 saban malam. Setiap langkah dan detik kau perlu laporkan. Semua itu tidak perlu. Dia bukan muhrimmu. Tidak ada tanggungjawab keatasmu. Bahkan kalau sudah tunang sekalipun ia bukan tiket untuk kau berbuat demikian.

      Perkara yang ALLAH redha, yang tak dicemari dengan perkara buruk akan dipermudah, dengan izinNYA. Berbalik kepada mak ayah tadi. Kadang- kadang ada sebab kenapa pilihan kita dia tak terima. Sebab tu HAWA sekalian kena pandai pilih supaya ada sesuatu yang buat mak ayah suka. Pertama, agama. Dan sebenarnya memang tipulah kalau kata orang tua belah perempuan tak pandang harta atau kedudukan. Nak buat camane, mungkin macam tu baru mereka yakin untuk serahkan anak perempuan mereka. Tapi yakin dengan ALLAH, kadang2 tak perlu dengan harta yang banyak atau kedudukan yang tinggi, tapi mampu membuat mereka yakin sang ADAM mampu menjaga permata hati mereka sebaiknya.

"Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuan lalu ia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka" (HR Al-Bukhari no 1418 dan Muslim no 2629).
     
     Setiap kali orang tua marah itu bersebab, ada maknanya. Mana ada mereka nak marah sebab benci. Semua sebab sayang. Risau sebab sayang. Semua sebab sayang. Jangan terbawa perasaan, sebaliknya pujuklah perlahan- lahan melalui perbuatan dan tingkah laku. Tunjuk bahawa kau sememangnya sudah bersedia. Dengan cara menjaga hati mereka, mengurus rumah tangga. Tnpa disuruh atau dibebel, boleh sempurnakan segala kerja rumah. Senangkan hati ibu bapa. Indahkan akhlak dan tingkah laku. Lama- lama mereka akan yakin. Yakin bahawa anak mereka sudah matang dan bersedia melayari bahtera rumahtangga.

     Rasanya memang impian setiap insan yang normal adalah untuk berkahwin sekali je seumur hidup. Tu yang normal la. Special case dan kes2 terpencil lain kot. Untuk memastikan ia cuma sekali tu yang susah. Sebab tu persediaannya pun susah. Tapi hasilnya, Insyaa ALLAH manis.

     So, kesimpulannya, kalau agak2 masih belum bersedia untuk sebuah perkahwinan, maka buatlah persediaan tu secukupnya dulu. Baru boleh sebut pasal kahwin. Dan sebenarnya, jangan sesekali lupa bahawa kahwin tu belum pasti, tapi mati itu pasti. Maka sebaik- baiknya adalah persiapkan diri untuk MATI. Kita tak pernah dan takkan tahu bila kita akan mati, tapi ia janji yang pasti. Destinasi hakiki. Sebelum cinta insan, cintalah DIA, Pemilik Cinta, Yang Mencipta.

Friday, 24 January 2014

Kek Pandan

Waah..memang duduk rumah jadik fulltime housewife a.k.a penganggur ni sangatlah bosan. Buat mende yang sama hari2,tapi at least adalah tv, boleh jugak tengok citer best2. Pastu tiap hari nak pikir masak apa pun penat jugak. Sebab tu gatal cuba resepi lain pulak. Muehehe...Tapi bila dah kekurangan bahan tu, mestilah kena kreatif sikit. Memasak kena fleksibel. GITUU..

          Memandangkan kebosanan di rumah, maka kerajinan untuk membuat kek pun tiba. Tambah2 kat rumah memang ada microwave, pemukul telur, pendek kata peralatan untuk buat kek memang ada. Cuma rajin dengan tak je. Zaman segalanya dihujung jari ni, sekelip mata je nak google resepi bagai ni. Umi pulak memang supportive, cakap nak buat kek je, terus tanya bahan apa takde. Maka rajin2 kanlah diri. Jumpe pulak resepi paling simple ni,apa lagi, mesti try lah.



Maka ini adalah bahan2 nya



Kalau tak clear, mai ceq habaq. Bahan kek pandan sempoi:
 1 1/2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Cawan Minyak Jagung
- 1 Cawan Gula Kastor
- 5 Helai Daun Pandan 
- 1 Cawan Susu Cair 
- 1 Biji Telur
- Sedikit Pewarna Hijau
- 3 Sudu Coklat Rice

*tapi yang ni aku tambah letak coklat chip + gula urai (gula yg warna warni tu). Sukatan pun guna cawan, maka mudah kalau takde penimbang nak kira 500 g tu banyak mana etc. Cawan yang agak2 buat cawan hidang teh tulah.

Cara - Cara :
1. Blend daun pandan bersama secawan susu.
                             2. Tapis susu pandan dan asingkan dalam bekas lain.
Ginilah rupa dia. Aroma bau pun wangi.

                              3. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
Buih tu menandakan kembang

                                 4. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
                             5. Masukkan minyak dan susu pandan. Gaul sebati.

                   6. Masukkan tepung dan sedikit pewarna hijau. Gaul sebati lagi.
*actually, rasa macam terlebih kaler ni..muehehe*

                7. Masukkan coklat rice dan gaul, kemudian tuang ke dalam loyang.
8. Kukus selama 1 jam / Bakar (180'c) selama 45 minit.
(boleh jenguk sini utk resepi lanjut)

Tak pernah buat kek kukus sebenarnya. Sebab rasa dia lain sikit daripada bakar. Bakar lebih kelas gitu. (tuu bagi akula). Kalau try entah jadi entah tak. Ni pun,aku salah masuk sebenarnya. Termasuk tepung dulu, baru minyak jagung, so maybe dia jadi kurang kembang sikitlah.

*kualiti gamba kurang memuaskan*harap maklum*

Ni pun kira resepi paling asaslah nak buat kek sebenarnya. Pastu tak payah guna telur banyak. Biasa guna resepi 3-5 biji telur gitu. Lepas dah siap ni, jumpa pulak resepi kek death coklat. Baca komen macam ala2 Secret Recipe gitu. Ni pantang nih. Tapi memandangkan duduk kat umah pun 4 orang je kan, sape pulak nak bantai semua tu. KEKEKE. Tapi kalau ada peluang, memang nak buat.

Tulah, ada angan2 jugak nak bukak bakeri sendiri. Memandangkan dah ambik bidang komputer ni, just go on dulu. Manalah tau dah kahwin nanti, husband suruh duk umah je ke, boleh buat bisnes dari rumah.#amboi hangan2 tu# .erk~takpun sekadar hobi dimasa lapang jelah. Tapi kalau boleh buat duit utk cuti sem seterusnya ni, cantik jugak. Yelah, memandangkan cuti sem ni, 2 minggu je kat rumah kan, kampung sendiri pun dah tak kenal ni.





















Tuesday, 21 January 2014

21 years breathing in this world

Alhamdulillah..

   21 tahun. Mungkin hari lahir tu sekadar angka. Semua manusia akan bertambah usia di dunia, menandakan semakin berkurang waktu yg berbaki untuk dipinjamkan kepada kita. Apa yg aku sudah lakukan sepanjang 21 tahun ni? Untuk diri sendiri? Keluarga? Masyarakat? Ummah?

         Hakikatnya aku sendiri sedang mencari jawapan tu. Usia 21 tahun, sudah layak mengundi pun. Dan aku berharap untuk menjadi lebih matang, lebih baik. Lebih bersyukur, lebih menghargai segalanya yg dipinjamkan sementara ini. Keluarga, sahabat2 yg sentiasa disisi, peluang untuk belajar, membina masa depan. 

         Tak perlu mengharap yang indah2. Bangun dan hadapi realiti. Realiti bukan seindah mimpi. Kalau hidup hanya mengharap yang indah2, dilayan dengan baik oleh semua orang, tentulah mustahil. Hidup ada jatuh bangunnya. Manusia tidak akan pernah sentiasa berpuas hati dengan apa yg dimiliki atau apa yg orang lain miliki. Ada yang iri hati, yang cuba menjatuhkan, sama ada dalam kita sedar atau tidak. Tapi yang penting kita masih kuat untuk berdiri. Menghadapi hari- hari mendatang.

        


Someone wishing me this. I'm just like..am I awesome?hahaha...biasala wish kan..maybe nothing big. Its nothing much for being older year by year. But when someone really remembers it, just makes me smiling. Thanks for that thought. Makes me feel appreciated by someone, which makes me stronger too. Every person have it own story. Every family too. No need to search for perfection. You're not gonna find it. Instead, you will be in greater disappointment. Be grateful as you have the whole world. haha..that's cool..!

*Cute wish from my sis*

Kadang- kadang kita cemburu dengan kelebihan orang lain. They have perfect family. Their parents taught them so well, so sporting, so understanding and blah3... But there is no need to feel that as your lacking. Just think as the parents want you to be independent, strong enough to face the tough world. Allah takkan menguji hambanya melainkan yang mampu kita hadapi. Be tough. Be strong. ALLAH loves you.

Haha. Umur 21 ni, mulalah ramai yang wish2 pasal jodoh, kahwin bagai ni. TIPIKAL. Haha. Memang senang semua urusan kalau kita boleh tahu sape jodoh ni. Tak payah bazir2 masa. Ramai sangat tak sabar nak aku kahwin ye. HAHA..Kalau ada umur, ada jodoh, maka adalah.


Ya..yang penting cari cinta ALLAH dulu. Tak sesuai cakap pasal jodoh kalau diri sendiri masih jauh dariNya. Hati kosong, perlu diisi dengan cinta DIA, Sang Pemilik cinta. Moga DIA redha. People says the best comes late, but never hoping actually. The right thing will comes at the right time, Insyaa ALLAH.

   




Saturday, 18 January 2014

Goodbye sem 3!!

Alhamdulillah.....wahh...

Lega betul rasanya bila dah tamat final exam untuk sem ni...and it's 2014!! Rasa macam baru sedar sebab sepanjang hujung tahun 2013 & awal tahun 2014 ni terlalu busy kot (ayat bajet skit). Memang lejen sangat, musim exam & study week yg paling banyak dugaan. Mana taknya, start study week je demam smpai suhu pun 40 degree. Dah kene inject + masuk air, stil naik balik suhu. Pegi klinik, doktor suruh ke Hospital Seremban terus, sebab dah demam seminggu, suspect denggi. Nasiblah, time tu kebetulan umi ayah memang datang Nilai, so diorang yang bawak (serba salah sebab menyusahkan). Dalam hati terbayang macam2 dah. Paling risau pasal tak dapat ambik exam la. Mau kene repeat satu sem ke, naya jugak tu. Doa je byk2 takde ape, ayah & umi pun nampak yakin dan meyakinkan cakap insyaa Allah takde ape. Ayah ingatkan selawat banyak2.


Alhamdulillah, platlet darah normal cam biasa. Just viral fever. Nak tau pasal viral fever, boleh klik
http://health.india.com/diseases-conditions/viral-fever-how-to-recognize-diagnose-and-treat-it/

Memula tu macam pelik jugaklah, kenapa doktor tak bagi antibiotik. Dah 3 org doktor jumpe, semua bagi ubat yang sama je (kecuali jenis ubat makin bertambah). Actually kalau viral fever, boleh rosakkan buah pinggang dgn hati kalau ambik antibiotik sebab menambah kadar asid dalam perut. Dan sebenarnya, tujuan antibiotik diberi adalah untuk bunuh bakteria, bukan virus, so kalau viral fever, lebih baik check klinik ye. Bahaya rawat sendiri je. But after that, almost all of my housemate get infected. Demam blake. Tapi sorang dikejarkan ke Hospital Serdang sebab denggi. Alhamdulillah sehari je kat sana. SCONErs (classmate) datang nak lawat je, mana tau alang2 terus dapat bawak balik. Sweet betul datang sekelas pastu buat kecoh dalam wad kan (senyum sorang2). Tapi even demam dah kebah, naik ruam dekat tangan kaki. Sendiri tengok pun dah takut kot. Macam corak ape je ruam2 tu, banyak sangat. Then pegi jumpe doktor lagi skali. 

Doktor soal siasat cam biasa and once again, ambik darah lagi. Baru 2 hari lepas amik darah, ni nak kena amik lagi sekali. Nasiblah bukan jenis trauma terhadap jarum ke kan. Memang viral fever je, tapi gatal ruam tu melampau tahap maksima. Kalau boleh, nak berendam kat Laut Mati time tu jugak. Sobs :'(.

Dugaan, adalah hikmahnya tu, Insyaa ALLAH. 

After that, the most hectic weeks began! Bermulalah kisah exam week yg sangat padat, cam tak cukup nafas pun ade. Muka pun agaknya ada iras2 zombie sikit, cuma version ada darah je lagi. Kalau aku study sengsorang, tak tau la smpai camtu ke tak, ni dah ade kawan2 yang menguat dan menggalakkan untuk berusaha sehabis upaya gitu..huish..dasat..


Tapi apapun, jangan sampai kita mendahulukan dunia dari akhirat. Kalau study sampai 3- 4 pagi pun, then termissed Subuh, mana keberkatannya? Khusyuk sangat study. sampai solat lewat, sama jugakla tu. #reminderForMyself#. 


Yang penting usaha sehabis upaya, sebaik mungkin. Jangan lupa tawakal dan berdoa, mintak Allah bagi yang terbaik. Dekan tak semestinya yang terbaik. Kadangkala tu ujian untuk kita, tanpa kita sedari.


Tapi lain pulak kisahnya kalau tak usaha langsung, terus nak bertawakal dan redha je, memang tak kenala tu, tetibe nak bertawakal mintak result gempak.

Oratio, enough with all the stories.
Jom throwback!! memandang SCONErs ni dah memang hantu gambar kan, pantang nampak kamera. Dah ala2 model gitu.
#let the pictures tells stories# :)




     Information Security Assurance (ISA) Student 8th batch *after Comp Architecture class*

Family Day at Lembah Pangsun *abaikan kanak2 terlebih eksaited tu*

After jungle trekking, dah berwangi2an dan bersedia untuk pulang ke Nilai. *masih mood eksaited*.

SUFAST (Sukan Fakulti Sains Teknologi). Tolong jual untuk tambah dana kuliah.*abaikan jugak senyum iklan colgate tu*


                            Duk adjust tempat, lightning bagai pun sampai 2 orang.

                                            Gurlss*incomplete without Kak Yat*

                                                   #Express yourself#
               
                                         *Buatlah gaya apepun, janji bahagia*





Hangout time!!

                                           Movie time! The craziness of us..

                                             Influence Mockingjay blake ni

                               Kepala berat sebelah semua, terlentok lentok dah.


                                                         Selfie time!

                         Pantang ada peluang, pasti snap~sebelum lecture pun bolehh~



                                                   BBQ time for SCONErs!!

                                      Last class DISCRETE MATH. Dr. layan skali

                      Last Lab Data Structure & Algorithm with Miss Wafa the cutest

Last class Linear Algebra. Sir Rusli tanya banyak kali, "memang every class camni ye?". Untuk SCONErs ye.hehe

Last but not least, after final exam!!


Muka cam nak senyum tak nak senyum, sebab tetibe demam nak exam Linear Algebra, demi gambar, bertahan jugak.

And the book closed for this semester. Let's open a new one for next semester. Insyaa ALLAH kalau diberi pinjaman waktu lagi oleh DIA.

#SCONErs are good to be together#gonna miss the moment#

 





Wednesday, 18 December 2013

Tasbih kaffarah or kifarah?

Pengertian KIFARAH:
Kifarah bererti balasan Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya.

Pengertian KAFFARAH:
Kaffarah dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.

Konklusinya, dari zaman sekolah menengah sampai skang ni pun still ramai yang keliru antara kedua2 penggunaan ni. Bukan nak tunjuk pandai ke hape, just membetulkan, diri sendiri pun banyak jahilnya lagi ni.

Kenapa baca tasbih kaffarah lepas selesai majlis?

Fahami pengertian istilah pulak:
Bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.

So, baca tasbih kaffarh ni, untuk mengampunkan dosa2 kita, atau kesalahan yg kita lakukan sepanjang majlis tu berlangsung.

Untuk rujukan dari yg lebih arif, klik http://zikrihusaini.com/tasbih-kaffarah-bacaan-selepas-majlis-ilmuzikir/

Wallahu'alam.

Monday, 11 November 2013

Muharam : A starting point ?

Esok lusa dah 9 dan 10 muharam, elok sangatlah sama2 kita puasa esok ye.

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)

Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.

Ringkasnya, yang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.

Untuk info lebih padat, sila klik
 http://yusofembong.blogspot.com/2011/12/puasa-sunat-bulan-muharram-91011hb.html
ataupun klik
http://www.islamituindah.my/fadhilat-puasa-sunat-asyura

Ok, minggu ni memang sangat2 mencabar jiwa raga memandangkan dipenuhi midterm test. Baru lepas test Data Structure & Database Management, so nak ambil nafas jap sebelum mengharungi Computer Architecture jumaat ni.

Memandangkan manusia memang pantang dapat masa lapang, akan disia- siakan. Dah selalu pun buat camtu. Terdetik nak mencoret pun sebab tiba2 dapat mesej dari organisasi universiti ni untuk hadir mesyuarat katanya. But, actually, I'm expecting an interview. Memang diri sendiri yang mohon. Mula2 teragak- agak nak isi, takut tak dapat penuhi kriteria, tak dapat galas tanggungjawab tu and bla bla bla...

  Bila difikir balik, aku belum buat apa2 untuk diri sendiri dan komuniti. Bukan kejar nama atau jawatan, tapi pengalaman tu lah yang paling berharga. Tak boleh dibayar dengan apa pun. Untuk masa depan jugak. At least ada sesuatu yang lebih, bukan di bilik kuliah semata- mata. Memang pasti akan sibuk kalau terpilih nanti. Kalaulah. Sebab yakin DIA dah aturkan yang terbaik, redha dengan segala keputusan. Tak dapat pun takpe, cuma mencuba. Lagipun, kalau tak sibuk dengan program2 macam ni sekalipun, masa lapang yang ada selalu nya lah, akan buat mende2 lagha jugak. Layan movie, berjalan, wayang etc. Mungkin ni yang akan jadi turning point, lebih pandai urus masa mungkin? Tak sia2kan masa lapang yang ada ni camtu je. 

     Tiba2 terdetik nak hidupkan mode aktifkan diri sejak buat resume untuk mohon satu kursus ni. Rasa macam "kalau macam ni resume, ada ke orang teringin ambik aku?". Hm hm. Mula risau dengan masa depan. Tak nampak jalan lagi ni. Kena banyak istighfar kot. *reflect*.

Oraitio. Sambung assignment.

p/s : jom puasa! ^^

Tuesday, 29 October 2013

look back : reflection

Sekian lama tak mencoret, tetiba malam yang hening ni, terlintas pulak nak menyinggah jap.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk mengubat perasaan sendiri. Kadang2 bila hati tetiba je terusik, mungkin disebabkan kita dah lama pendam perasaan. Tak kisah pada siapa atau sebab apa. Kalau dah selalu sangat dipendam, mestilah akan meletup jugak . Manusia kan, bukan malaikat. Tapi hakikat sebenar, untuk ubat hati ni satu je, pada DIA. Mungkin  kita selalu rasa banyak perkara yang tak adil berlaku, tapi mungkin itu ujian. Syaitan dan hawa nafsu akan sentiasa mendorong amarah kita supaya rasa kurang bersyukur, buat hati rasa tak tenang dan sebagainya.

Bila terasa kurang, ringankan tangan memberi, bila terasa sedih dan hati disakiti, layan orang lain seikhlas hati. Itulah yang terbaik, tapi susah untuk dilakukan. Cakap bolehla. Refleks diri, buat checklist.  Hubungan dengan ALLAH? Ibu bapa? Family? Kawan2 dan orang sekeliling?

”Wahai manusia,sesungguhnya kamulah yang memerlukan Allah,dan Allah yang maha kaya,tidak memerluakn apa-apa.Jika Dia mahu nescaya,Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk lain (sebagai ganti)”.-(Al - Fatir:15 -16.)

*sesungguhnya kitalah yang memerlukanNYA*

 Terlalu banyak merungut pun tak dapat selesaikan masalah, tapi dengan meluah perasaan dapat meringankan jiwa, melegakan hati. Dan sebaik2 tempat adalah pada DIA. Keyakinan kita yang tak cukup kuat, dan membuatkan kita sombong dan angkuh, lupa nak mengadu padaNYA. Lebih yakin pada manusia. Kalau benar sahabat, Alhamdulillah. Tapi sukar sekali ditemui. Yakinkah kita pernah menyentuh hatinya? Atau pernahkah dia menyentuh hati kita?

Perkara2 lalai dan lagha pun membawa kita melupakan Dia……Lupa kita akan berakhir dan ada penghujungnya.  Terlalu banyak berhibur, berseronok. Bimbang bila direfleks balik apa yang sering dilakukan. Malu padaNya. Sedangkan daun2 dan rumput2 dijalanan sekalipun lebih banyak berzikir padaNYA.


*Mungkin disebabkan kelalaian, Dia mengusik hati ini, mengingatkan kembali apa destinasi hakiki*