Showing posts with label RANDOM. Show all posts
Showing posts with label RANDOM. Show all posts

Tuesday, 19 April 2016

Babies.. ๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž

Okay sebab bosan so nyinggah lagi..

Cam pelik tetiba tajuk entri ni kan? Haha..tetiba terlintas nak buat cane..

Well, extremely jeles dengan orang yang ada baby ni.. Bukan anak sendiri pun, anak sedara lah kan. Dah macam musim orang ada anak sedara pulak. Semua nak show off anak buah memasing๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’. And sebab kat rumah dah lama takde baby.. Ada sepupu je, tu pun jarang jumpa. And anak sepupu *sigh*.
Kalau aku boleh jumpa selalu bestlah jugak, hmm..

Dah ah tetiba randomly mesej along tanya
"along, takde berita baik ke?"
"Berita apa pulak dah?"
"Erm..saje tanya... Bosannn"
"Sengal lah awak ni.....Mana ada papela, kacau orang je keja"


Haha so she knows what I meant I guess. Padahal rasa cam tak obvious pun. Sebab tengok status wasap dia gambar baby. Kotlah kan. Tapi maybe tu semata- mata keinginan dia. Dah kalau aku yang tak kawinn lagi pun meroyan cam hape je nak anak sedara (nak anak kang cam melampau pulak) apa lagi dia yang dah kawin hampir 2 tahun... Hmmm..
Nak- nak bila sepupu sepapat yang kawen lepas dia pun dah ada anak.
Pastu sedara mara duk tanya
"Dah ada isi ke?"
Huh. Stress jugak dah kawin orang tanya anak pulak.

But, it's all about rezeki. Dia nak bagi, Dia akan bagi.
Cuma kena doa, and sabar *cakap kat diri seniri"

Siap berazam ni kalau along pregnant nih aku nak jaga dia bebaik kakaakah. Belum lahir pun dah sayang, over pulak.

Rindu nak jaga budak kecik nih.
Yela aku jaga adik2 start umur 9 tahun kot.
Mandikan, suap makan, buat susu. Depa membuang pun siap basuhkan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
Dedulu buat rasa cam dah besar. Sekarang pikir balik, woi matangnya ai. Muahahahahhaha.
No wonder umi kata aku keibuan padahal kecik lagi kot.

Tapi ingat jugak dedulu along kata taknak ada anak sebab tak suka bebudak. Tapi tu mungkinlah pikiran tak matang 10 tahun dulu, sekarang tak kot. Hahahaha.

Mungkin sebab kalau buat nakal je umi kata "Ha, nanti dah ada anak, anak awak buat menda sama taulah perasaan ibu tu macam mana"

Sebab tu along kata taknak ada anak, dia tahu dia nakal๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚





Okay tengok Song Triplet nih memang tak pernah tak melting ๐Ÿ˜๐Ÿ˜






Dedulu suka betul tengok kembar. Siap berangan nak anak kembar, so kena cari laki yang ada genetik kembar tu jugak. HAHAHA.
Okey sekarang dah kuburkan angan-angan. Bai kembar๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Tapi ada dua pupu yg triplet..
Hmmmm๐Ÿค”๐Ÿค”
Jauh gak ah relation dia tuh. Anak sepupu ayah๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ok saja mengarut baii.

Monday, 18 April 2016

Rindu?

   ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงِู†ِّู‰ْ ุงَุณْุฆَู„ُูƒَ ุญُุจَّูƒَ ูˆَ ุญُุจَّ ู…َู†ْ ูŠُّุญِุจُّูƒَ ูˆุญُุจَّ ุนَู…َู„ٍ ูŠُّู‚َุฑِّุจُ ุงِู„ู‰ ุญُุจِّูƒَ 

Ya Allah, kurniakanlah kepada ku Cinta terhadap Mu dan Cinta kepada mereka yang Mencintai mu, dan Cinta pada amalan  yang membawa aku hampir kepada CintaMu 

Rasa rindu itu bahaya.
Boleh jadi ia suatu rindu yang melalaikan, yang membuat hati jauh dari Tuhan.

Kata Syaikh Aidh Al Qarni di dalam sebuah karangannya:

Jangan pernah merindukan sesuatu secara berlebihan. Karena, yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tak pernah padam. Seorang muslim akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluh kesah, kesedihan dan kerinduan. Demikian pula ketika ia dapat mengatasi keterasingan, putus asa dan keterpisahan yang dikeluhkan para penyair. Betapapun yang demikian itu adalah tanda kehampaan hati.

“Tidakkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Rabbnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”
 (Surah Al Jaasiyah: 23)

Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.

Maka teruji lagi hati ini.

Mungkin juga disebabkan rasa-rasa yang berlebihan.

Kata Ibnu Qayyim perasaan yang berlebihan mungkin disebabkan:

1. Hati yang tidak terisi oleh rasa cinta, rasa syukur, zikir, dan ibadah kepada Allah.

2. Membiarkan mata liar. Mata yang tidak dijaga adalah jalan yang menghantarkan pada kesedihan dan keresahan :

“Katakanlah kepada orang2 lelaki yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya..” (Surah An Nur:30)

Rasulullah juga bersabda: ‘Pandangan (mata) itu adalah satu dari sekian banyak anak panah iblis’

-Jika kau liarkan matamu kepada semua mata, maka semua pemandangan akan membuatmu lelah.
Kaulihat pemandangan, tapi tak seluruhnya mampu kau lihat dan kau tatap-

3. Meremehkan ibadah, zikir, doa, dan solat sunat.
 “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan2 keji dan munkar”
(Surah Al Ankabut : 45)

Maka ini membuatku lebih rindu kpd tarbiah, nasihat dan kata2 yang boleh membimbing jiwa dan menghidupkan hati.

Aku perlu lebih berusaha sendiri untuk mencarinya.

Dan penawarnya,

“Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih” 
(Surah Yusuf: 24)

1. Berusaha untuk selalu berada dipintu ibadah dan memohon kesembuhan kepada Yang Maha Agung.

2. Merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan. 
“..mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya..”(QS An Nuur : 30),
 ” Dan orang2 yang menjaga kemaluan mereka” (QS Al Mu’minun : 5)

3. Menjauhkan hati dari hal2 yang bisa mengikatnya dan berusaha melupakannya.

4. Menyibukkan diri dengan amal sholeh dan berguna. ” Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas ” (QS. Al-anbiya : 21)

5. Menikah secara syar’i. ” Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ” (QS. An Nisa : 3)

” Dan, diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya “. (QS. Ar Rum : 21)

Tapi yang last ni applicable untuk yang dah berkemampuan jelah.
Untuk yang tak mampu ni memang jalan dia dekatkan diri dengan Allah, dan amal2 soleh dan serius aku rindu tarbiyah. 

Sumber: http://tintafalastini.blogspot.my/2012/09/menghilangkan-rasa-rindu-yang-melalaikan.html

Friday, 15 April 2016

Saje nyinggah

Dah jadi hobi pulak nyinggah sini
Since that day. *eh*

Well, harini kitorang buat DR Assessment.
Disaster Recovery Simulation Assessment.

Dia cam kena blakon and practiced ah bebetul kalau memang ada disaster berlaku, for example kebakaran, so apa yg IT Department ni kena buat.

Tapi actually citer dia kat sini aku nak balik je, kakakakah
Dah pukul 0530 and dijangka simulation ni habis pukul 0800.

Choy agak agak ah nak kena stay sampai pukul 8. HUHUHUHUHU.

Aku dah mula rasa kebosanan dan keserabutan bekerja, and rasanya memang nak sambung study lah lepas ni. Maybe aku akan lebih distract diri dari berfikir yang bukan2 bila belajar kot. Kot.

Tapi aku tak submit lagi woi application untuk further study tu. Bukan saje, tapi sebab ada banyak menda tak lengkap lagi. For example, ic in pdf file, guarantor letter, financial ke hape tah. Banyak pulak cekadak dia nak mintak macam2, ponin den. Huhuhu.

Since Prof pun tak layan wasap aku, aku kena cari inisiatif lain. Tapi tulah, aku ni ada penyakit yang kronik iaitu M.A.L.A.S.

Aku seriusly MALAS gila bila kena isi form, or buat keja remeh temeh gini. *huks*
Sekarang lagi kronik, nak bukak lappy tengok cerita pun malas.

Aku rajin berjalan je kot. Dengan masak tapi kalau kat rumah jelah. Masak untuk orang. Diri sendiri masak menda tak sedap je, semua tak cukup rasa *dietlah katakan*.

Housemate aku kata dia rimas dengar aku nak diet. Haih.
Aku tak buat apa pun kat dia kot. Aku nak jugak merasa jadi kurus. Salah ke?

Even aku tahu orang terima je aku camni pun, aku yang takleh terima. Aku ada keinginan sendiri gak. Huhuhu.

Aku kena cari hobi dan cara untuk isi masa dari melayan perasaan yang bukan-bukan ni. Hmmm. Mostly isi dengan tarbiyah diri lah kot. Huh baru nak bina diri balik. Tolonglah Syams, jangan lemau macam ni!!๐Ÿ˜ฒ๐Ÿ˜ฒ

M*#$^h je yang tinggal dengan aku kat sini. T#$% dengan B$#@! pegi data centre.

I'm super duper bored in this long Fridayyhhh!
Jumaat kot orang balik kampung sob sobsss..
Nak balik bosss! Pelishh!!

And that particular moments you saw everybody else left and went offline๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Thursday, 14 April 2016

Thursdays Blues

Blue is the favorite color of all people. It’s nature’s color for water and sky, but is rarely found in fruits and vegetables. Today, blue is embraced as the color of heaven and authority, denim jeans and corporate logos. It is cold, wet, and slow as compared to red’s warmth, fire, and intensity.
Blue has more complex and contradictory meanings than any other color.  These can be easily explained by pinpointing by the specific shade of blue.Blue is the favorite color of all people. It’s nature’s color for water and sky, but is rarely found in fruits and vegetables. Today, blue is embraced as the color of heaven and authority, denim jeans and corporate logos. It is cold, wet, and slow as compared to red’s warmth, fire, and intensity.
Blue has more complex and contradictory meanings than any other color.  These can be easily explained by pinpointing by the specific shade of blue.
This color is one of trust, honesty and loyalty. It is sincere, reserved and quiet, and doesn't like to make a fuss or draw attention. It hates confrontation, and likes to do things in its own way.
From a color psychology perspective, blue is reliable and responsible. This color exhibits an inner security and confidence. You can rely on it to take control and do the right thing in difficult times.It has a need for order and direction in its life, including its living and work spaces.
This is a color that seeks peace and tranquility above everything else, promoting both physical and mental relaxation.
It reduces stress, creating a sense of calmness, relaxation and order - we certainly feel a sense of calm if we lie on our backs and look into a bright blue cloudless sky. It slows the metabolism. The paler the blue the more freedom we feel.
In the meaning of colors, blue relates to one-to-one communication, especially communication using the voice - speaking the truth through verbal self-expression - it is the teacher, the public speaker.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
All that from Google,
for me,
Blue is the color of sadness, deep inside like an ocean.
Cold as ice,
A mystery,



I dunno why all this gloomy feeling and sadness suddenly ?*huh tipu kata taktau*
Well, let's be cheerful again dear self!
This is baby blue!
Hopefully it can make us more cheerful hahaha*fake laugh*






Well, I did my colour personality test and these are the result:


YOUR RESULT:

GREEN (helper/supporter)

You have a GREEN (helper/supporter) personality. You like to improvise and you do not believe in getting tangled up with details. You are imaginative and creative, and you like to come up with innovative solutions to problems. You are good at reading other people's emotions, and you are supportive and loyal. You can be inclined to rest on your laurels, and you do not always challenge others when you should. However, your people skills will make you a popular and valuable colleague.
OR

BLUE (analyser/organiser)

You have a BLUE (analyser/organiser) personality. You like to collaborate with others and you avoid conflict. People trust you to get jobs done, and will often give you responsibility. You like to be accepted in social and professional circles. You listen to your emotions and are good at observing situations and creating solutions. You can be inclined to get too caught up with detail and be unwilling to improvise. However, in the right situation you can be a very valuable team member.

I may have both since I really don't think I am creative nor people trust me that much haha.

Wednesday, 13 April 2016

Gather up and get up!

Alhamdulillah..
Alhamdulillah,

Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah ingin tunjukkan kita sesuatu. 
Aku manusia biasa yang tak sempurna. Mungkin kadangkala aku mentaksir manusia. Sedangkan tidaklah selayaknya aku berbuat demikian.

Kita akan diuji dan terus diuji,
Kadangkala tanpa sedar kita rasa kita sempurna,
Tanpa sedar kita rasa kita sentiasa benar,
Kita merasakan kitalah yang terbaik,

Maka saat itu DIA menguji kita,
Mungkin ujian itulah yang menyedarkan kita,
Mengeluarkan segala penyakit hati yang kita sangka tiada,
Sedangkan ia sedang bernanah dan tumbuh subur di jiwa,

Jiwa-jiwa yang kosong,
Jiwa-jiwa yang lalai
Yang jauh dari Tuhan,
Maka segala godaan datang dan bersoraklah syaitan kegirangan,

Allah menguji kita dengan cara dan bentuk yang berbeza,
Namun apabila diuji dengan titik kelemahan kita itulah sebenarnya ujian,
Titik kelemahan?
Mungkin kepada sesuatu yang kita cintai,
Yang mungkin tanpa sedar melebihi cinta kita kepadaNya,

Maka bangkitlah,
Muslim itu tidak akan jatuh kelubang yang sama dua kali,
Aku tidak punya kekuatan,
Tetapi memohon kekuatan dariNya,
Dan dari mereka yang aku cinta,

Moga apa yang kita lakukan ini keranaNya,
Kerana cinta kpdNya,
Kerana takut akan kemurkaanNya,

Mungkin berpisah keranaNya,
dan bertemu kembali dengan izinNya,
KeranaNya,

Maka bangkitlah,
Kumpulkan kembali kekuatan,
Untuk menjadi salah seorang yg membawa panji-panji Islam,
Fikirlah lebih jauh,
Untuk Islam,
Untuk UMMAH,

UMMAH kian tenat, 
Seperti tenatnya keadaan iman kita,
Nauzubillah,
Astaghfirullah,




Sunday, 2 June 2013

Bored..

*amaran : entri ini membosankan*

Welcome June!!
I bet this month this is the first and only entry I would write. It will be a nerve wrecking and super duper busy month, I think. The exam is just around the corner and the study week is here. The mood to study just not here yet, so I just want to brag about my English…(erk, apakah?)

K, malas nak continue English tadi..hahaha..

       Memandangkan tengah sibuk2 nak study week ni, sepatutnya study, tapi tengah mencari mood pulak.. Manusia, bila ada waktu lapang, selalu nak sia- siakan. Betullah tu.



 Sabda Rasulullah SAW : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]

Hopefully, dapat study sungguh2 lepas ni...



       Dalam tempoh free time yg aku bazirkan ni, aku nak brag pasal nama sendiri jela..
Since my childhood, I think my name is weird and I never like it before. In my hometown, maybe I am the only Noor Syamsina 'Adawiyah which is many people cannot spell and pronounce it right. And I hate it.

Cikgu sekolah tadika sampai sekolah rendah selalu salah sebut, dah salah, jadi pelik pulak tu. Inner self complexion, I think. Sampai lah aku sekolah menengah aku start appreciate dan suka nama sendiri. Sebab dah belajar bahasa arab dan mula faham makna nama sendiri.. ^_^

Tapi selalu je tanya umi, kenapa bagi nama panjang sangat? Erm, penat tulis dan orang lain pun susah nak ejakan, asyik salah je, nama ayah pun tak muat. Umi pulak jawab, "ada ke tanya macam tu? Orang bagi nama dah elok tu, tak suka nama sendiri pulak". Kadang2 keadaan sekeliling menyebabkan kita rasa rendah diri dengan nama yang mesti diulang2 bila nak introduce diri sendiri.

        Bila umi dah start bukak cerita, baru aku suka sangat sebab rupa2nya memang makna namaku sangat mendalam..hehe ^_^.

Umi kata mula2 nak namakan Rabiatul Adawiyah, tapi sebab dah biasa, umi tukar sikit (unikla kot). Lagipun,   maksud nama tu "Cahaya Matahari Penyembuh". Sesuailah cahaya matahari dengan aku yang lahir pukul 7.02 a.m. pada 20 Januari 1993 bersamaan 27 Rejab 1413. Umi pun lalui macam2 sepanjang tempoh mengandungkan aku selama 10 bulan, so aku lahir pengubatla kot (perahsan sikit). That's why I bear in mind, my mom sacrified a lot for me, I must never forget.

#Kadang2 terpikir, kalaulah nama aku Rabiatul Adawiyah...srikandi yang sangat aku kagumi. Yang tak mungkin dapat diganti sesiapa. Lambang cinta agung kepada pengabdi. Hidup matinya benar2 kerana Ilahi, mengabdi diri. Walaupun tak dapat jadi seperti beliau, sepatutnya cuba mencontohinya, Insyaa Allah (untuk semua muslimah, khasnya). #

        Time paling best waktu sekolah menengah, ustaz ustazah suka mention nama aku or makna nama aku, tu lah untung belajar bahasa arab, baru faham. Dengan orang yang tak faham suka letak Syamsinar, pastu ejek2 sinar.fm bagai. Saya Na, bukan Nar (ุงู„ู†ู„ุฑ). Yang tu dah maksud lain (neraka). Dulu pun orang tanya nak panggil apa, aku tak tau sebab setiap pecahan namaku panjang, bila dah faham, aku letak Syams sebab ada maksud. Umi suruh panggil Adawiyah, aku rasa janggal je, hehe..^_^..rasa lembut sangat je. Dan rasa kurang serasi kot..haha..

     So, moral of the story?? Let's love and appreciate our own name. Tak kisah orang lain tak faham atau tak tahu, yang penting diri sendiri memahaminya dan jagalah nama sendiri. Nama kita tu yang akan dipanggil saat dibangkitkan semula selepas tiupan sangkakala kedua. Nama itu juga mnjadi lambang harapan ibu bapa yang menamakan kita.
#mungkin umi ayah nak aku jadi matahari yang menyembuhkan~membahagiakan diorang lah kot~#
 Wallahu'alam...k, jom studi.. ^_^.





Friday, 24 May 2013

Musibah atau hikmah..?

       Home sweet home..alhamdulillah, akhirnya selamat tiba ke rumah ter"chenta". Mulanya, memang dah plan malas balik, tapi last minute punya plan tetiba nak balik, memang balik jugakla. Lagipun, memang biasanya last minute planning tu la yang menjadi. Yang dah plan berminggu2 hatta berbulan2 tu la yang selalu banyak sangat halangan. Ni semua berpunca dari mesej my bro yang tetibe mesej tanya balik ke tak. Hehe, baru tau rupanya budak2 sekolah tengah cuti 2 minggu, ditambah pulak along yang kat uitm pun break seminggu. Bila yang duduk kat ipt ni, memang timing tak sehaluan. Nama je 7 beradik, tapi tiap kali balik, yang ada cuma parents dengan adik last. Tu yang jadi makin malas nak balik, tambah2 dah dekat final exam, menimbun assignment kena submit (bajet stay kat kampus buat sangatla). Ikutkan, weekend ni ada program, pastu next week ada 2 test (digital elektronik + java). Bila pikir2, pegi program pun aku tak studi jugak. So, baik balik rumah. Dah 2 bulan lebih tak balik (last balik bulan 3 tak silap). Nanti takde free dah nak balik, alamatnya memang tunggu habis final jugak, bulan 7. Lama sangat tu. Takut tak berkesempatan........(we never know what will happen). Lepas abang (adik laki) mesej tu, terus rasa nak balik. Sangat2. Sebab sebelum tu ada dapat mimpi pelik yang tak elok untuk diceritakan dan memang doa mintak jauh sangat2.

            Okey, back to the main topic. Musibah atau hikmah? Aku rasa bila dah makin dekat nak final ni, makin banyak dugaan yang datang. Dugaan masa lapang, dugaan hubungan dengan ALLAH, dugaan hubungan dengan manusia dan beberapa lagi dugaan. Sebenarnya bukan dugaan apa yang kita hadapi yang jadi soalnya, tapi bagaimana kita hadapinya...Yang tak elok bila kita asyik nak slahkan orang lain atau diri sendiri bila dugaan datang. Kalau asyik nak menyalahkan, sampai bila pun kita tak dapat selesaikan masalah tu. So, yang terbaik adalah kita cari jalan camane nak hadapi sesuatu masalah tu. Contoh, kalau rasa tak faham belajar subjek tu, cari orang untuk bagi tunjuk ajar kat kita. Jangan jadi bodoh sombong. Dah tak tau tapi tak usaha.( Tapi sebenarnya aku sendiri pun kesian nak tanya kat orang tu, sebab aku ni susah nak paham)..hehe..

           Aku jenis yang memang tak suka sakit (ada ke yang suka?). Aku rasa ada kot, sebab dia boleh skip kelas, berehat etc. Tapi aku rasa bila sakit, kemampuan kita terbatas, dan kita akan memerlukan pertolongan orang lain utk melakukan sesetengah pekerjaan. Bagi aku itu menyusahkan orang lain. Mungkin mereka ikhlas, tapi aku tak mahu membebankan. Cukuplah pengalaman masuk wad waktu form 3 mengajar aku dan buat aku serik nak masuk hospital lagi..(err..kalo teringat je pun dah terasa berair mata ni). Even demam pun skarang ni aku akan ikhtiar macam2 cara nak bagi kebah segera. Telan panadol 2 biji pastu selubung ke, basuh kepala ke, pakai koolfever or minum air badak (air dalam botol kecik jernih gambar badak sumbu-untuk sejukkan badan). Insyaaa ALLAH bila dah try semua cara ni boleh sembuh dengan cepat. Kalau terasa gastrik nak datang pun aku akan cari susu ke, minum eno utk buang angin or makan sumting utk alas perut. Sebab kalo time dia da serang memang tak leh nak buat apa, muntah2 jela seharian sampai lembik..=='..





         Tapi tulah dugaan. Dan disebabkan dugaan2 tu kita matang dan lebih kuat untuk menghadapi hari- hari  mendatang. Orang yang hidup senang tanpa dugaan tu lah yang lemah. Baru diuji sikit, dah mengeluh macam2. Kita tengok loveletter:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
[al-Ankabut: 2-3]


Lagipun, waktu sekolah dulu ada sorang sahabat ni yang selalu ingatkan, bila kita diberi dugaan tu maknanya ALLAH sayangkan dan pedulikan kita. Dengan ujian yang Dia bagi tu lah tahap iman kita ditingkatkan. Dengan sakit tu jugak Allah hapuskan dosa- dosa kita. So, kenapa nak mengeluh? Yang penting kita sabar.

 Allah SWT berfirman:
 “Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” 
[Asy-Syura: 30]

                                   
                              
#tengah hari tadi nak pindahkan bihun yang baru direbus ke dalam bekas, tapi sebab gopoh sangat, sampai terjirus tangan sendiri dengan air rebusan tu. Memang jerit jugaklah kan. Bila umi suruh letak kicap, terus lari basuh (kalau dah degil tu mmg tak makan samanla orang suruh tu). Nasib bukan minyak panas, alamatnya memang dah mengelembung dah. Bila dipikir balik, mungkin terkena air rebusan tu dpt hapus dosa jugak#

Lagipun, waktu dugaan tu lah kesabaran kita diuji. Adakah kita melatah, marah2 atau bersabar dan merenung balik hikmah di sebalik dugaan yang kita rasakan musibah tu. Kalau kita bersabar, insyaa ALLAH ada ganjarannya.^_^. Bila sebut soal marah ni, memang susah nak kawal, sebab tu bila marah Rasulullah dah ajar macam2 cara untuk redakan. Kalau tengah berdiri, kita duduk, kalau tengah duduk kita baring, ambil wudu' dan sebaiknya kita solat ( semua orang tahu, tapi bukan mudah untuk jayakan). Sebab kalau amarah menguasai kita, segala keputusan atau tindakan yang kita lakukan dah jadi tak rasional dan mungkin akan memberi kesan yang buruk kepada diri kita sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

                                       

Petang tadi tetiba nak sangat buat kek chocolate moist sebab asyik jual je kat kampus. Pastu sedap pulak, terusla google resepi bila dah sampai rumah ni. Adik yang memang tengah cuti jadi assistant utk kakaknya yang first time nak buat ni.

             Sebelum letak topping moist. Fresh from the oven.

                                      Tengah letak topping.


Tadaa...the chocolate moist cake is done!!
#tengok tadi dah separuh yang dimakan. Kalau ada lebih nak bawak balik hostel, untuk member2 yang sering "kelaparan"#^_^

*TOMORROW AGENDA : TRIFLE PUDING*
(Memang balik ni takde niat langsung nak bukak buku studi kan....) 

Sunday, 19 May 2013

Hipokrit?......jangan cakap je..


      Jangan memandang permulaan seseorang kerana kita tidak pernah tahu akan pengakhirannya. Mungkin hari ini kita lihat dialah orang yang paling baik di antara mereka, namun belum pasti pengakhirannya juga begitu. Sebaliknya, jangan mudah menghukum seseorang. Boleh jadi, esok lusa dia menjadi seseorang yang jauh lebih baik daripada kita. Siapa kita untuk menghukum? Sebaiknya, carilah keburukan diri sendiri untuk diperbaiki, bukan kelemahan orang lain untuk dicaci..





       Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
       (As Saff : 2)

      Bila dibaca dan dihayati berulang kali ayat ni, terasa tanggungjawab yang berat dipikul saat kita mengeluarkan sebarang nasihat atau kata- kata kepada orang lain. Kadangkala, mudah untuk kita berkata- kata, namun untuk perlaksanaannya, bukan semudah itu. Mudah untuk bagi nasihat, "Jangan mengumpat orang, mengumpat itu ibarat makan daging saudara sendiri", ATAU "Solatlah jemaah, banyak pahala, 27 kali ganda". Namun bila refleks diri, adakah kita konsisten laksanakan? Adakah kita buat apa yang kita war- warkan? Kita sibuk suruh orang jaga ikhtilat, tapi adakah kita kota apa yang dikata? Cukuplah, fahami ayat di atas dan refleks..*noteuntukdirisendiri*.

      Tapi itu bukan alasan untuk kita berdiam diri tanpa menyampaikan apa- apa langsung ilmu ALLAH yang Maha Luas ni.

 Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda:

 “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban) 

         So, aku pun cari alternatif untuk tanya orang yang lebih arif insyaa ALLAH, dan bertanya pasal hal ni. Konsep dakwah itu mudah dan indah. Bila kita praktik, barulah orang lain akan mudah untuk mengikutnya. Contoh mudah, kalau mak ayah kita buat larangan tak boleh makan kat depan tv, tapi diorang pun buat, mesti kita akan persoalkan, "nape mak dengan ayah boleh?". Kita akan rasa tak adil dan takkan buat apa yang disuruh dengan ikhlas pun. The same goes with da'wah. Paling kurang, waktu kita ingatkan orang lain tu, atau bagi nasihat kat orang, kita niatkan untuk memperingatkan diri sendiri dan tanamkan azam dalam diri untuk laksanakan apa yang diperkata. Bukan sekadar nak menunjuk- nunjuk dengan kepandaian kita berkata- kata atau hebatnya ilmu yang kita ada. Ingatlah, tiada apa pun milik kita di dunia ni. Hatta udara yang kita hirup saban waktu ni pun cuma pinjaman Khaliq sang pencipta.




      Sebenarnya, bila kita ada rasa benci dengan orang lain, itu menandakan kotornya hati kita. Tapi sebaliknya jika kita benci dengan kemaksiatan dan dosa yang berlaku di depan mata. Aku bukan membenci atau menghukum, cuma aku sendiri alergi dengan orang yang hipokrit. Tolong jangan pandai cakap saje okay. Sila laksanakan. Bila bercakap kedengarannya hebat, nampak tawaduk, tapi bila dilihat dalam perlakuannya, tampak berbeza sekali. Well, after all, people change. It's the best if we change for the best, but it's a waste if we change to the worst. Kadangkala, ujian dunia sekeliling menyebabkan kita lupa dan alpa. Kita hanyut dalam kenikmatan yang ALLAH pinjamkan seketika ni. Aku cuma doakan yang terbaik, kerana Dia yang MAHA MENGETAHUI segalanya.. 

                               


Sunday, 5 May 2013

choices..and marriage?


Antara 2….
                HIDUP merupakan suatu pilihan. Setiap hari merupakan pilihan buat kita. Untuk membuat entri ini juga merupakan pilihan. Semalam hari yang bersejarah buat rakan sebilikku kak Aisyah di mana dia selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati. Barakallah, semoga cinta sampai syurga,berkekalan dengan redhaNya. Manakala hari ini tarikh pilihanraya  untuk menentukan bakal pimpinan negara. Aku membuat pilihan untuk mencoret tentang semalam kerana aku masih belum layak mengundi untuk memilih bakal pengemudi negara. Pilihan yang aku ada cuma berdoa agar Allah bersama mereka yang berjuang atas namaNya. Yang akan membawa negara ke arah yang jauh lebih baik, yang dilimpahi rahmat dan redhaNya. Amin…
  

                                            DAH KAHWIN DAH.. <3

                                           TUNANG SEKEJAP JE...


              Ramai yang bercakap soal jodoh dan kahwin awal. Seolah- olah menjadi suatu trend. Manakala bagiku apabila menyebut KAHWIN, yang terlintas adalah persediaan. Persediaan ke arah mengemudi sebuah keluarga. Aku menyokong bagi mereka yang sudah punya pilihan untuk mendirikan rumahtangga kerana saat bercinta merupakan saat- saat paling mudah menambah saham dosa. Aku juga tak sempurna, cuma pandangan peribadi dan melalui pembacaan serta ilmu yang tidak sehebat mana. Tapi perkahwinan itu aku yakin bukan sesuatu yang mudah atau ringan. Tetapi memerlukan persediaan dan pengorbanan yang bukan sedikit. Walaubagaimanapun, pilihan yang terbaik bagi dua yang saling mencintai adalah perkahwinan. Rasulullah yang kata, bukan aku.

                Baik lelaki mahupun perempuan, keduanya perlu bersedia. Bagi aku tak adil jika dikatakan perempuan yang  tak pandai masak tak boleh kahwin. Adakah perempuan sahaja yang perlu pandai masak? Perempuan bukan berkahwin untuk jadi tukang masak. Tapi bukanlah aku menyangkal kepentingan keperluan “perempuan kena pandai masak” namun bagiku lelaki juga kena sekurang- kurangnya tahu masak. Tanggunggjawab lelaki jauh lebih besar apabila berkahwin. ALLAH itu maha adil. Semakin aku fikir semakin aku takjub dengan keadilan dan kebijaksanaanNya mengatur percaturan alam. ALLAH menyuruh hambaNya sebagai anak mengutamakan ibu tiga kali melebihi ayah. Manakala perempuan yang sudah berkahwin perlu mengutamakan suami dalam segala hal selagi tidak bercanggah dengan syariat. Nampak betapa adilnya aturan DIA? SUBHANALLAH…

                Kebanyakan keluarga yang aku lihat, ada pelbagai ragam dan kerenahnya.  Ada yang kulihat menjadikan isteri seperti orang gaji. Bukanlah bagi aku apabila menguruskan rumahtangga itu bermakna dia orang gaji. Aku dan adik- beradikku juga dididik untuk menguruskan segalanya. Kata ummi, semua tu latihan. Suami yang melayan isteri  seperti orang gaji adalah mereka yang langsung tak pandai menghargai dan hanya mengarah semata- mata. Menjadi diktator rumahtangga. Yang mana isteri tidak boleh langsung berkata tidak dan perlu melaksanakan segala arahan tanpa bantahan. Jadi, bukanlah perkahwinan itu segalanya indah. Perkahwinan seperti itu adalah yang  paling aku takuti.  Isteri yang TAKUT suami. Segala yang dilakukan bukan atas dasar hormat atau kasih.

                Selalu aku dengar, lelaki suka perempuan baik- baik untuk dijadikan isteri . Tapi adakah mereka cukup baik? The same goes with the women, actually. So, pokok pangkalnya baik lelaki atau perempuan perlu bersedia. Rasulullah selalu membantu isteri dalam hal rumahtangga. Aku tak bersetuju sekiranya segalanya diletakkan atas tangan isteri semata- mata. Suami perlu membantu isteri dan sebaliknya. Isteri perlu menjadi air dan penyejuk, bukan sebaliknya. Bayangkan suami yang kepenatan bekerja seharian pulang kerumah. Sebaiknya tiba dirumah, terus sahaja dileteri, diadukan masalah- masalah rumahtangga. Sudah tentu suami akan terasa panas dan tidak rasa tenang apabila pulang. Sebab itulah kedua lelaki dan perempuan perlu bersedia sebelum membuat keputusan berumahtangga. Bukan bersedia material semata- mata. Ilmu, kemahiran dan pemikiran yang matang juga.

                So, perkahwinan bukan untuk seronok atau suka-suka semata. Ia menjadi sesuatu yang baik sekiranya dibentuk dengan cara yang baik. Melalui jalan yang baik, yang diredhaiNya. Bukan dari percintaan yang atas dasar nafsu duniawi semata- mata dimana landasannya tersasar jauh dari destinasi sebenar. Apapun, tiada apa milik kita melainkan DIA lah yang meminjamkan kepada kita atas dunia ini. Sekiranya cinta kita kepadaNya tidak setebal mana, bagaimana kita ingin mencintai seseorang keranaNya? Wallahu’alam..