Wednesday, 18 December 2013

Tasbih kaffarah or kifarah?

Pengertian KIFARAH:
Kifarah bererti balasan Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya.

Pengertian KAFFARAH:
Kaffarah dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.

Konklusinya, dari zaman sekolah menengah sampai skang ni pun still ramai yang keliru antara kedua2 penggunaan ni. Bukan nak tunjuk pandai ke hape, just membetulkan, diri sendiri pun banyak jahilnya lagi ni.

Kenapa baca tasbih kaffarah lepas selesai majlis?

Fahami pengertian istilah pulak:
Bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.

So, baca tasbih kaffarh ni, untuk mengampunkan dosa2 kita, atau kesalahan yg kita lakukan sepanjang majlis tu berlangsung.

Untuk rujukan dari yg lebih arif, klik http://zikrihusaini.com/tasbih-kaffarah-bacaan-selepas-majlis-ilmuzikir/

Wallahu'alam.

Monday, 11 November 2013

Muharam : A starting point ?

Esok lusa dah 9 dan 10 muharam, elok sangatlah sama2 kita puasa esok ye.

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)

Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.

Ringkasnya, yang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.

Untuk info lebih padat, sila klik
 http://yusofembong.blogspot.com/2011/12/puasa-sunat-bulan-muharram-91011hb.html
ataupun klik
http://www.islamituindah.my/fadhilat-puasa-sunat-asyura

Ok, minggu ni memang sangat2 mencabar jiwa raga memandangkan dipenuhi midterm test. Baru lepas test Data Structure & Database Management, so nak ambil nafas jap sebelum mengharungi Computer Architecture jumaat ni.

Memandangkan manusia memang pantang dapat masa lapang, akan disia- siakan. Dah selalu pun buat camtu. Terdetik nak mencoret pun sebab tiba2 dapat mesej dari organisasi universiti ni untuk hadir mesyuarat katanya. But, actually, I'm expecting an interview. Memang diri sendiri yang mohon. Mula2 teragak- agak nak isi, takut tak dapat penuhi kriteria, tak dapat galas tanggungjawab tu and bla bla bla...

  Bila difikir balik, aku belum buat apa2 untuk diri sendiri dan komuniti. Bukan kejar nama atau jawatan, tapi pengalaman tu lah yang paling berharga. Tak boleh dibayar dengan apa pun. Untuk masa depan jugak. At least ada sesuatu yang lebih, bukan di bilik kuliah semata- mata. Memang pasti akan sibuk kalau terpilih nanti. Kalaulah. Sebab yakin DIA dah aturkan yang terbaik, redha dengan segala keputusan. Tak dapat pun takpe, cuma mencuba. Lagipun, kalau tak sibuk dengan program2 macam ni sekalipun, masa lapang yang ada selalu nya lah, akan buat mende2 lagha jugak. Layan movie, berjalan, wayang etc. Mungkin ni yang akan jadi turning point, lebih pandai urus masa mungkin? Tak sia2kan masa lapang yang ada ni camtu je. 

     Tiba2 terdetik nak hidupkan mode aktifkan diri sejak buat resume untuk mohon satu kursus ni. Rasa macam "kalau macam ni resume, ada ke orang teringin ambik aku?". Hm hm. Mula risau dengan masa depan. Tak nampak jalan lagi ni. Kena banyak istighfar kot. *reflect*.

Oraitio. Sambung assignment.

p/s : jom puasa! ^^

Tuesday, 29 October 2013

look back : reflection

Sekian lama tak mencoret, tetiba malam yang hening ni, terlintas pulak nak menyinggah jap.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk mengubat perasaan sendiri. Kadang2 bila hati tetiba je terusik, mungkin disebabkan kita dah lama pendam perasaan. Tak kisah pada siapa atau sebab apa. Kalau dah selalu sangat dipendam, mestilah akan meletup jugak . Manusia kan, bukan malaikat. Tapi hakikat sebenar, untuk ubat hati ni satu je, pada DIA. Mungkin  kita selalu rasa banyak perkara yang tak adil berlaku, tapi mungkin itu ujian. Syaitan dan hawa nafsu akan sentiasa mendorong amarah kita supaya rasa kurang bersyukur, buat hati rasa tak tenang dan sebagainya.

Bila terasa kurang, ringankan tangan memberi, bila terasa sedih dan hati disakiti, layan orang lain seikhlas hati. Itulah yang terbaik, tapi susah untuk dilakukan. Cakap bolehla. Refleks diri, buat checklist.  Hubungan dengan ALLAH? Ibu bapa? Family? Kawan2 dan orang sekeliling?

”Wahai manusia,sesungguhnya kamulah yang memerlukan Allah,dan Allah yang maha kaya,tidak memerluakn apa-apa.Jika Dia mahu nescaya,Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk lain (sebagai ganti)”.-(Al - Fatir:15 -16.)

*sesungguhnya kitalah yang memerlukanNYA*

 Terlalu banyak merungut pun tak dapat selesaikan masalah, tapi dengan meluah perasaan dapat meringankan jiwa, melegakan hati. Dan sebaik2 tempat adalah pada DIA. Keyakinan kita yang tak cukup kuat, dan membuatkan kita sombong dan angkuh, lupa nak mengadu padaNYA. Lebih yakin pada manusia. Kalau benar sahabat, Alhamdulillah. Tapi sukar sekali ditemui. Yakinkah kita pernah menyentuh hatinya? Atau pernahkah dia menyentuh hati kita?

Perkara2 lalai dan lagha pun membawa kita melupakan Dia……Lupa kita akan berakhir dan ada penghujungnya.  Terlalu banyak berhibur, berseronok. Bimbang bila direfleks balik apa yang sering dilakukan. Malu padaNya. Sedangkan daun2 dan rumput2 dijalanan sekalipun lebih banyak berzikir padaNYA.


*Mungkin disebabkan kelalaian, Dia mengusik hati ini, mengingatkan kembali apa destinasi hakiki* 

Thursday, 5 September 2013

Let's start again!

Moving forward..there's not turn back!

Kadang2 kita rasa ragu dengan jalan yang kita pilih. Kita rasa tersalah laluan dan tiada arah tujuan..tak pasti apa yang menanti di hadapan..just follow the flow..




Rasa macam dah lost diri sendiri. Untuk ape aku buat semua ni? Kenapa aku pilih mende ni?Ini bukan jiwa aku*keliru+serabut* menyesal pun ade~

Alkisah suatu ketika dahulu: *passionnate buat sesuatu*determined*set a goal*
Sekarang : follow the flow punye pasal~tengok result sendiri, hasil sendiri pun takde perasaan.



Rasa macam tak tau nak start dari mane...Actually, rasenye diri sendiri je boleh bagi jawapan tu~find yourself first~cari diri sendiri~

Dulu aku semangat buat mende ni sebab aku suka, aku bla bla bla & sekian sekian...
Betullah, sebenarnya memang bahaya kalau takde target dalam hidup ni..memang hasilnya sekadar hidup segan mati tak mahu..(suam2 kuku gitu)..

Sangat jeles tengok orang yang ade goal dalam hidup~ade matlamat~ade cite2~at least dah pasti dengan jalan yang dipilih~ 

So, why not me? Better late than never..Find a reason so I could rise and shine again.

Honestly, takde ape pun erti result tu sebenarnya. Itu cuma atas dunia yg orang akan judge tahap kecerdikan kita , orang nak rasa kagum or underestimate diri kita. Sekeping kertas or slip mampu mengawal minda manusia ni. Kalau dapat 5A UPSR, orang rasa kita pandai, boleh masuk skolah bagus2 etc. Dpt 8A/9A orang pandang tinggi. Dapat SPM best, masuk uni yang ada nama, skali lagi orang pandang tinggi. Orang puji melambung. Sedar atau tak riak mula ada. Bajet best. Bajet pandai etc. Paling kurang pasti ada walau secebis.

Tapi sebenarnya, terpulang kepada matlamat dan niat asal kita. Kadangkala kita berjaya sebab seseorang atau sesuatu. Mungkin untuk banggakan keluarga especially ibu bapa. Nak bantu keluarga atau mungkin ada sebab yang lebih besar. Demi agama & negara. (patriotik plak tetibe). Bukan senang boleh ada matlamat macam ni. Kalau setakat cakap mulut tu bolehlah.

Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari

So, konklusinya, dua2 kene seimbang..Dunia memang dunia. Tanpa kuasa dan nama, tak siapa pedulikan kita. Dengar kisah Sultan Muhammad Al Fateh dah cukup buat satu dunia gerun. Tertegaknya Islam tu disebabkan kuasa yang baginda ada. Pengaruh yang besar kerana pencapaian dan diri baginda yang luar biasa. Hasilnya pun luar biasa. ( Zaman dimana rajanya baik, rakyatnya baik dan tenteranya baik). Menakluki Contantinopel dengan cara tak terjangkau akal. Tapi dalam masa yang sama akhiratnya masih dalam hati walaupun dunia di tangan. Cuma salah satu buktinya iaitu tak pernah sekalipun tinggalkan bangun malam sejak baligh sudah cukup untuk kita menilai diri sendiri. Terlalu kerdil rasenye nak dibandingkan kita ni....

Curahlah banyak mane nasihat, pegi motivasi or ceramah agama sana sini sekalipun, kalau diri sendiri yang takde kesedaran atau keinginan tu, semuanya sia2. Ibarat mencurah air kedaun keladi. That's why kena cari diri sendiri. Walaupun orang lain boleh jadi penyebab, tapi yang paling penting diri sendiri. Mungkin memang kena mula semula. 


So, paling penting bulatkan tekad dan buat perancangan...Cukup2lah dengan follow the flow tu..


Get up! Rise and shine again!



Tuesday, 3 September 2013

Belajar untuk redha..

Action speaks louder than words.
        Tentulah, berkata2 lebih mudah, mengetahui namun mungkin tak menyedari. Redha. Mungkin mudah namun payah. Redha itu sabar dan ikhlas, redha itu juga menerima dan mungkin juga memaafkan. Dengan redha hati lebih tenang, lebih bersyukur tatkala merasai kekurangan. Tanpa redha payahlah untuk bahagia.



        Nobody is perfect. Kadangkala kita rasa sudah cukup berusaha, namun hasilnya tidak seberapa. Redha. Mungkin Dia hendak menguji kita. Dia Sang Pencipta. Sang Pencinta yang merindui rintihan hambaNya. Mungkin kita sudah mulai menjauhiNya tanpa sedar. Mungkin mulai alpa. Walaupun sedar namun masih dibiar berlalu tanpa berusaha kembali padaNya. Refleks. Kadangkala kita rasa tiada yang menyayangi. Dengan ibu bapa, terasa berbeza layanan yang diberi. Redha. Ikhlaskan hati. Dengan redha dan ikhlas hati tetap akan bahagia dengan kebahagian insan2 yang disayangi. Ikhlas itu tak mengharapkan balasan. Jadi, jika hati sendiri tak yakin akan keikhlasan diri, tak usahlah sibuk memberi. Khuatir ikhlas itu sekadar dibibir, bukan dihati. 




        Bukanlah redha itu membiarkan segalanya berlalu pergi. Tanpa diperbaik apa yang terkurang atau membetulkan apa yang tersalah. Redha itu menerima dengan hati terbuka. Namun, apabila ada kesempatan yang seterusnya, lakukan yang lebih baik. Jika rasa diri disisih, diperlakukan tidak adil oleh insan lain, redha dengan cara memaafkan. Seterusnya, carilah dimana silapnya kita. Kadangkala kita terlalu mementingkan diri, mahu diri difahami, namun tak cuba memahami. Sekiranya benar2 rasa tiada yang menyayangi, mengapa lupakan Dia? Diakan ada, Sang Pencipta. Pemilik segalanya. Pemilik hati dan cinta. Sekali kita cuba mendekatiNya, berkali2 lagi Dia mendekati kita. Cuma kita yang masih ego, yang bongkak diatas muka bumi yang sementara dan palsu ini..

       Redha tidak bermakna menyerah kalah. Tapi redha itu menerima ketentuanNya. Kita cuma hamba yang dicipta untuk diuji oleh Sang Pencipta. Tanpa redha, hati dipenuhi rasa tamak, tak puas hati, dengki, iri hati dan sebagainya. Disebabkan itulah pentingnya memaafkan semua orang sebelum tidur. Tanpa kemaafan, kita yang tidak bahagia. Bukan orang yang tidak dimaafkan. Kita yang terus mengingati perkara2 yang menyakitkan hati dan perasaan. Bukannya mereka. Dan kita masih tetap akan belajar di sepanjang kehidupan ini untuk redha. Untuk bahagia. ~moga ALLAH redha~


Thursday, 15 August 2013

Syawal 1434 H

1 Syawal 1434 H~

  Kali pertama merayakan kemenangan ini dalam bentuk yang berbeza. Seawal 7.00 pagi, keluargaku sibuk bersiap- siap dari Salak Tinggi  untuk bertolak ke KLIA memandangkan flight kami ke Miri adalah pada jam 10.30 pagi. Kami bertolak dari Pahang pada malam raya ke Salak Tinggi. Tidur pun Cuma 2- 3 jam je malam tu gara2 nak menyiapkan bju raye punye pasal.

Walaupun jadi orang last, alhamdulillah kitorang tak terlepas flight. 


                                 # solat raye di KLIA#

                                          #with along#      


                                       #Izwan~youngest cousin~

Kapal terbang berlepas dalam jam 10.45 a.m & tiba di Miri jam 1.00 p.m. (lebih kurang).

                                     
 ~ Airport Miri, Sarawak.~

Nama pun raya, so mestilah tak sah kalau takde gambar2 kenangan ni kan,,





Raya selama 5 hari di Miri, keluarga Mok Teh je yang duduk sana, tapi sebab dah lama tak jumpa dan beraya dengan family diorang ni, so, adik beradik umi yang ade ni memanjangkan hajat depa dengan berkunjung ke sana. Memandangkan family kitorang dah memang takde atuk nenek kan...
~adik beradik umi yang ade ni pun tinggal 5 yang bawah, selain mak ngah yang dah ade family besar sendiri (anak menantu & cucu2 sendiri), yang lain semua ada kisah tersendiri~membuatkan semua orang lebih menghargai erti keluarga dan darah daging sendiri sementara mereka masih ade~

# Agenda:

 * Sesi bermaaf- maafan dan duit raye time!*

Pada sebelah malamnye, majlis khatam Quran untuk tadarus waktu bulan Ramadhan pulak diadakan. Semua anak2 sedare je yang bace, bapak2 dan ibu2 cume menyemak bacaan je ye..


Sesi Khatam Quran
                                                

RAYA KE-2:
Memandangkan beraya di tempat orang, Sarawak pulak tu dimana orang Melayu Islam boleh dikata golongan minoriti je kat sana, cara kitorang beraya lain dari yang lain. .Kalau orang lain berkunjung ke rumah saudara mara etc, kitorang duduk rumah je, tapi main indoor game sesame family. Untunglah kalau family ramai ahli, banyaklah hadiah boleh sapu#

Macam2 game yang kitorang main. Congkak, carom, dam ular, dam haji, chess. Memang kecoh tak terkata. Tambah2 lagi ayah2 sedare ni memang sporting dan gile2 teramat. Penat pulak nak melayan. Main game2 nilah yang buat kitorang semua lebih rapat, sebab dah lame tak jumpe family masing2 lagipun.

                                  #Game carrom#


                                #Ibu2 bermain congkak#


                                                            
                             #Sepupu2 cilik~pertandingan mewarna pun ade~
#Faiz Izwan ~paling petah berkate2#


                                        #Muamka Aimin#


#Aiman#


#Anis Arisya#

                                                # Sesi untuk ayah2 sekalian #
# Tak pernah2 tengok ayah main carrom, tak sangke ade bakat tersembunyi~ johan tu#

                    #Masuk jarum dalam benang (cam kelakar je kan?) ~ sekali lagi ayah menang#




                         #Dam haji ~ tuan rumah dari Sarawak yang menang~



*maintain posing*~siblings #girls only#

Raya ketiga : PART 2
Kami jalan2 sekitar Bandaraya Miri, Taman Awam Miri dan Muzium Petroleum Miri~ malangnye muzium masih cuti dan hari tiba2 nak hujan bila kami tiba di Taman Awam dan Pantai Miri.
                                     
*complete*


*tempat melombong petroleum*


*adik beradik~ muke tahan panas matahari ni*

*sepupu2 kecik yang nakal*

*terbaik tak gambar ni?~the photographer is me#hoho#

Memandangkan hari nak hujan, kami balik je rumah lepas tu. Malam kemudiannya, sesi ice - breaking hati ke hati pun bermulalah...
*Pengajaran yang paling bermakna dalam hidup*

Sesi ni dengar macam klakar je, tapi sebenarnye meninggalkan kesan yang mendalam. Malam ni lah semua kisah2 lalu yang berlaku dalam hidup semua orang di kongsi bersama. Memahami satu sama lain. Menjadikan kisah2 lalu sebagai pengajaran dan sempadan. Sebuah kejayaan tidak dicapai dengan mudah, tapi menuntut pengorbanan. Baru malam inilah umi dan ayah menceritakan segala yang dilalui sepanjang membesarkan kami tujuh beradik. Menjadikan aku semakin berazam untuk membahagiakan mereka.. Dalam kepayahan hiduplah yang mengajar erti lebih menghargai, lebih tabah untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang. Semua orang ada kisah tersendiri, ujian dan dugaan yang DIA datangkan untuk menguji hamba2Nya. Walaupun bentuknya berbeza dan cara kita hadapinya itulah yang dapat menentukan hala tuju hidup kita. Hasilnya sekarang, mereka dapat mengecapi apa yang dimahukan. Seimbang dunia akhirat, inshaa Allah, itulah yang dinginkan setiap insan. Yang penting tak lupa asal usul sendiri yang memang bermula dengan kepayahan hidup dan tak alpa dengan nikmat yang dikecapi pada hari ni. Mungkin itulah bezanya dengan orang yang hidupnya yang pernah mengenal erti perit jerih kehidupan.

# Walau sibuk bercerita tentang hidup masing2, tak dilupakan saudara2 Islam di Syria dan Mesir yang menghadapi dugaan yang lebih besar di mana nyawa menjadi taruhan sehari2.#  

RAYA KE-4:

Ayah chik dan ayah cu skeluarga jalan ke Brunei, manakala kitorang sefamily pulak cuma jalan2 sekitar Bandaraya Miri, jalan2 jela. Memandangkan passport kitorang ade yang dah mati (deactive), tak sempat nak hidupkan balik.

                                    Shopping time~with my younger sis~
                              *saje nak posing jap~ tak beli pun spec ni*

Petangnye pulak along bertolak ke KL dulu memandangkan Isnin esoknye dia dah start masuk ofis balik.

Esoknya, raya kat rumah je sebab petangnye dah nak naik flight ke KL semula. Bertolak dari rumah mok teh pukul 5.00 petang memandangkan flight pukul 6.45 petang. Konvoi 3 family sekali : ayah cu, ayah chik and mine.
                                                     
*Sebelum bertolak~ Airport MIRI*

Waktu bertolak ni, kami transit dulu di Kuching, dalam pukul 8.00 malam. Setengah jam lepas tu baru berlepas semule ke KL.
Smpai KLIA dalam pukul 10.30 malam. Semua dah mengantuk yang teramat sangat. Sementara nak menunggu semua urusan selesai, kami berpisah dan bersalaman sesama sendiri dalam jam 11 lebih. Menuju ke Salak Tinggi, rumah sedare kat sane. Esoknye, nak ke USIM dulu sebelum bertolak balik ke Pahang~ ambik result MUET my sis~

















Thursday, 11 July 2013

Ahlan wasahlan Ramadhan.. ^^

Salam Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ni lebih baik daripada yang sebelumnya, Insyaa ALLAH..





Bulan ni lah kita nak tingkatkan saham pahala kita sebanyak mungkin..mencari malam seribu bulan mungkin? Masya-Allah beruntunglah sape2 yg berjaya mendptkannya..jusT nak share antara perkara sunnah bulan Ramadhan ni ^^..

Amalan sunnah Ramadhan:

1. Makan sahur dengan mengakhirkannya
Dari Anas ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Makan Sahurlah, kerana sahur itu barakah". (HR Bukhari 1923 dan Muslim 1095).
Dari al-Miqdam bin Ma'dikarb dari Nabi SAW. Bersabda, Hendaklah kamu makan sahur kerana sahur itu makanan yang diberkati.(HR An-Nasa'i: 4/146).
Dari Abi Said al-Khudri RA. " Sahur itu barakah maka jangan tinggalkan meski hanya dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang yang sahur. (HR Ahmad: 3:12)
2. Berbuka dengan menyegerakannya
Dari Sahl bin Saad bahwa Nabi SAW bersabda, "Umatku masih dalam kebaikan selama mendahulukan berbuka."(HR Bukhari 1957 dan Muslim 1058)
Dari Anas RA. Berkata bahwa Rasulullah SAW berbuka dengan ruthab (kurma muda) sebelum solat. Bila tidak ada maka dengan kurma. Bila tidak ada maka dengan minum air. (HR Abu Daud, Hakim dan Tirmizy)

3. Berdoa ketika berbuka
Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Bagi orang yang berpuasa ketika sedang berbuka ada doa yang tak akan ditolak.. (HR Tirmidzy)

   ذهب الظمأ، وابتلت العروق، وثبت الأجر إن شاء الله تعالى       
"Telah hilang haus dan telah basah tenggorakan dan telah pasti balasan Insya Allah."
Lafaz doa ini didasarkan atas hadits Abu Daud 2358 dan An-Nasa`i 3329 serta Al-Hakim: 1/422)

4. Memberi makan orang berbuka
Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. (HR At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah).

5. Menjaga lidah dan anggota tubuh
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: "Rasulullah saw telah bersabda: Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak memandang perlu orang itu meninggalkan makan dan minumnya." (HR al­Bukhari,Abu Daud, At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. (dilaporkan bahwa) ia berkata: Apabila pada suatu hari seseorang bangun pagi dalam keadaan berpuasa, maka janganlah ia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula berbuat bodoh. Jika seseorang mencacimakinya atau mengajaknya berkelahi, maka hendaklah ia mengatakan: "Saya sedang berpuasa". (HR. Muslim)

6. Memperbanyak sadaqah
"Adalah Rasulullah SAW orang yang sangat murah dengan sumbangan. Dan saat beliau paling bermurah adalah di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril." (HR Bukhari dan Muslim)

7. Menyibukkan diri dengan ilmu dan tilawah
Jibril as. mendatangi Rasulullah SAW pada tiap malam bulan Ramadhan dan mengajarkannya Al-Qur'an.(HR Bukhari dan Muslim)
8. Beri'tikaf
Aisyah RA berkata, "Bila telah memasuki 10 malam terakhir bulan Ramadhan, Nabi SAW menghidupkan malam, membangunkan keluarganya (isterinya) dan meninggalkan isterinya (tidak berhubungan suami isteri).(HR Bukhari dan Muslim)

9. Shalat Tarawih, Tahajjud dan Witir
Dari Abu Hurairah R.A bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melakukan ibadah Ramadhan karena iman dan mengharap redhaNya, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu." (Muttafaq Alaihi)


*esok ikut amik adik2 balik dari sekolah masing2 yang cuti hujung minggu..2 orang jemput kat Gambang- sekolah kat Muadzam Shah, sorang lagi amik kat Jalan Duta- sekolah kat Kuala Kangsar...mesti diorang excited dapat buke kat rumah. Nasiblah korang sekolah jauh2 (macam aku dekat sangat je). Sehari je merasa puase kat rumah sendiri (kadang2 rasa cam anak laki sebenarnye lagi manje)...hehehe..yelah, nampak sangat memang nak puasa kat umah jugak walaupun cuti sekejap sangat2 ..papepun, barulah best dapat buke puase sesame..hee..(umi pun asyik sebut anak laki je time bebuke- sebab diorang je kaki peqabih makanan- tinggal 3 anak pempuan kat rumah, masak 2 cawan pun x abis)..Along jela yang x dapat join weekend ni, still exam lagi..(tunggu raya jela baru cukup korum)....*~_~


Monday, 8 July 2013

Tak kenal maka tak cinta...?

Apakah.....?
Semakin hari semakin aku rasakan ukhuwah tu memang penting..kadang- kadang kita terlalu cepat menilai seseorang walaupun sebenarnya kita tak pernah kenali dia. Senang citer macam kata- kata Saidina Umar terhadap seorang lelaki yang mengaku mengenali sahabatnya. Menurut Saidina Umar, kita tak mengenali seseorang tu selagi kita tak bermusafir dengannya, bermuamalat (urusan jual beli)  dan bersolat jemaah bersamanya.

     Alhamdulillah, sahabat - sahabatku baik2 belaka.. ^^..Susah senang sama- sama, terharu..^^..Tapi biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi dalam persahabatan, mestila ada pasang surutnya jugak. So, kitalah yang mesti pandai2 nak give and take. Jangan nak layan angin sendiri je (walaupun kadang2 tak dapat kawal dari melayan angin sendiri jugak).

 So, saje nak coret before the Ramadhan is here..Semalam, bersamaan 7 Julai 2013, my classmates were having a great evening together at Ana Ikan Bakar, Bangi. Saje buat event class untuk release tension sesame..tapi biaselah kadang2 bukan semua berlaku macam yang kita dah plan. Ada je dugaan yang Dia nak bagi kat kita ni, sebagai hambaNya. Anyway,bercakap pasal kengkawan dgn event ni lah yang buat kitorang lebih rapat dan paham karekter masing2...hiuhiu..macam2 ragam..




 Ni antara makanan yang kitorang baham semalam..nampak kebuasannya disitu..^^
Nak2 ada orang sponsor lagi, bertambah2 lah sedapnye..hehe..
Tapi time event ni sorang dah tukar u, sorang lagi pegi Sabah, ada projek apa tah (lupe program ape)..So, macam tak brape cukup korum sangatlah, tapi layan~~


Muke pon riang gembira je pas makan...huahua..~~


Classmates..insyaa allah, another three years together..more bittersweet stories..

Lepas siap2 makan semua, kitorang ingat nak jalan lagi. Pastu dipendekkan citer, kami jalan kat UKM, singgah masjid untuk solat Isyak..hehe**..kire jalan la jugak tu kan..

Dah selesai solat, diorang plan nak ikut jalan adventure katenye. Pengikut setia, menurut perintah je..Nak adventure punya pasal, ade jugak kes tersesat tak jumpa jalan. Padahal kitorang konvoi 3 kereta "comel" + 2 motor (4 guys naik moto)..boleh plak 1 moto melencong tempat lain..Pastu mulalah pulak kisah2 seram dimanakah beliau dan dgn siapakah salah sorang classmate ni berbual2 waktu kat bawah jambatan otw nak balik tu..

Papepun, dah penat post mortem malam semalam lepas sampai kolej balik dari Bangi tu. Rasanye semua tu salah paham je.hehehe^^. So moral of the story, yakin dulu dengan cerita anda sebelum meyakinkan orang lain. Silalah jaga percakapan anda di tempat yang kita tak biasa. Tambah2 di malam hari. Mungkin kadang2 niat nak mengusik atau gurau2, tapi kalau kene ada yang lemah semangat kat situ, tak ke haru?
hehehe^^*sama2 ambik pengajaran*

Memang best je walaupun ada macam2 perasaan bercampur baur. Tapi semua tu yang menambahkan lagi pengalaman kita dan mematangkan kita. Mengajar untuk menjadi insan yang lebih baik mungkin.
Setelah 2 semester bersama, pelbagai ragam, cerita dan kisah suka duka dikongsi bersama. Apepun, terasa ukhuwah yang kuat antara kita semua..especially the girls..(of courselah)..Rasa sedih je nak berpisah balik hometown masing2..padahal 2 bulan je pun..sekejap sangat..hehe..*tapi takde sape tahu, apa yang boleh jadi dalam tempoh tu, takdir Dia, hanya Dia yang tahu*

Seriously sayang korang kengkawan!!..hehehe ~_~.

Thanks atas pertolongan uolss..tanpe korang siapalah aku (ayat tak tahan)..Memang best kenal korang semua. Macam2 perangai dan yang penting, semua best je..

Lastly, UHIBBUKUMFILLAH*
Moge bersahabat sampai syurga!
*ukhuwahfillah abadan abada*
^^
#tak sabo nak puasa#
ALLAHHUMMA BALIGHNAA RAMADHAN..^^