Sunday, 5 May 2013

choices..and marriage?


Antara 2….
                HIDUP merupakan suatu pilihan. Setiap hari merupakan pilihan buat kita. Untuk membuat entri ini juga merupakan pilihan. Semalam hari yang bersejarah buat rakan sebilikku kak Aisyah di mana dia selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati. Barakallah, semoga cinta sampai syurga,berkekalan dengan redhaNya. Manakala hari ini tarikh pilihanraya  untuk menentukan bakal pimpinan negara. Aku membuat pilihan untuk mencoret tentang semalam kerana aku masih belum layak mengundi untuk memilih bakal pengemudi negara. Pilihan yang aku ada cuma berdoa agar Allah bersama mereka yang berjuang atas namaNya. Yang akan membawa negara ke arah yang jauh lebih baik, yang dilimpahi rahmat dan redhaNya. Amin…
  

                                            DAH KAHWIN DAH.. <3

                                           TUNANG SEKEJAP JE...


              Ramai yang bercakap soal jodoh dan kahwin awal. Seolah- olah menjadi suatu trend. Manakala bagiku apabila menyebut KAHWIN, yang terlintas adalah persediaan. Persediaan ke arah mengemudi sebuah keluarga. Aku menyokong bagi mereka yang sudah punya pilihan untuk mendirikan rumahtangga kerana saat bercinta merupakan saat- saat paling mudah menambah saham dosa. Aku juga tak sempurna, cuma pandangan peribadi dan melalui pembacaan serta ilmu yang tidak sehebat mana. Tapi perkahwinan itu aku yakin bukan sesuatu yang mudah atau ringan. Tetapi memerlukan persediaan dan pengorbanan yang bukan sedikit. Walaubagaimanapun, pilihan yang terbaik bagi dua yang saling mencintai adalah perkahwinan. Rasulullah yang kata, bukan aku.

                Baik lelaki mahupun perempuan, keduanya perlu bersedia. Bagi aku tak adil jika dikatakan perempuan yang  tak pandai masak tak boleh kahwin. Adakah perempuan sahaja yang perlu pandai masak? Perempuan bukan berkahwin untuk jadi tukang masak. Tapi bukanlah aku menyangkal kepentingan keperluan “perempuan kena pandai masak” namun bagiku lelaki juga kena sekurang- kurangnya tahu masak. Tanggunggjawab lelaki jauh lebih besar apabila berkahwin. ALLAH itu maha adil. Semakin aku fikir semakin aku takjub dengan keadilan dan kebijaksanaanNya mengatur percaturan alam. ALLAH menyuruh hambaNya sebagai anak mengutamakan ibu tiga kali melebihi ayah. Manakala perempuan yang sudah berkahwin perlu mengutamakan suami dalam segala hal selagi tidak bercanggah dengan syariat. Nampak betapa adilnya aturan DIA? SUBHANALLAH…

                Kebanyakan keluarga yang aku lihat, ada pelbagai ragam dan kerenahnya.  Ada yang kulihat menjadikan isteri seperti orang gaji. Bukanlah bagi aku apabila menguruskan rumahtangga itu bermakna dia orang gaji. Aku dan adik- beradikku juga dididik untuk menguruskan segalanya. Kata ummi, semua tu latihan. Suami yang melayan isteri  seperti orang gaji adalah mereka yang langsung tak pandai menghargai dan hanya mengarah semata- mata. Menjadi diktator rumahtangga. Yang mana isteri tidak boleh langsung berkata tidak dan perlu melaksanakan segala arahan tanpa bantahan. Jadi, bukanlah perkahwinan itu segalanya indah. Perkahwinan seperti itu adalah yang  paling aku takuti.  Isteri yang TAKUT suami. Segala yang dilakukan bukan atas dasar hormat atau kasih.

                Selalu aku dengar, lelaki suka perempuan baik- baik untuk dijadikan isteri . Tapi adakah mereka cukup baik? The same goes with the women, actually. So, pokok pangkalnya baik lelaki atau perempuan perlu bersedia. Rasulullah selalu membantu isteri dalam hal rumahtangga. Aku tak bersetuju sekiranya segalanya diletakkan atas tangan isteri semata- mata. Suami perlu membantu isteri dan sebaliknya. Isteri perlu menjadi air dan penyejuk, bukan sebaliknya. Bayangkan suami yang kepenatan bekerja seharian pulang kerumah. Sebaiknya tiba dirumah, terus sahaja dileteri, diadukan masalah- masalah rumahtangga. Sudah tentu suami akan terasa panas dan tidak rasa tenang apabila pulang. Sebab itulah kedua lelaki dan perempuan perlu bersedia sebelum membuat keputusan berumahtangga. Bukan bersedia material semata- mata. Ilmu, kemahiran dan pemikiran yang matang juga.

                So, perkahwinan bukan untuk seronok atau suka-suka semata. Ia menjadi sesuatu yang baik sekiranya dibentuk dengan cara yang baik. Melalui jalan yang baik, yang diredhaiNya. Bukan dari percintaan yang atas dasar nafsu duniawi semata- mata dimana landasannya tersasar jauh dari destinasi sebenar. Apapun, tiada apa milik kita melainkan DIA lah yang meminjamkan kepada kita atas dunia ini. Sekiranya cinta kita kepadaNya tidak setebal mana, bagaimana kita ingin mencintai seseorang keranaNya? Wallahu’alam.. 

No comments:

Post a Comment