22 September 2021
Tarikh keramat yang tak mungkin dilupa, apabila result MRI Umar dah keluar dan perlu berjumpa dgn paedatric. Sungguh, ibu memang tak expect apa2 yang buruk, cuma bayangkan yang elok2 belaka.
Jadi, bila doktor beritahu tentang result MRI Umar, terasa dunia gelap seketika. Minda terasa kosong, blank. Tapi, tak semena-mena air mata keluar membuak2 walaupun dalam otak ibu dah set, 'NO, please jangan nangis, no please.'
Doktor sahkan condition otak Umar adalah tidak normal, yang mana condition tu namanya Leukomalacia. Masih jelas dalam ingatan, doktor tulis perkataan tu dalam notepad dia dan tunjuk pada ibu abi. Ikutkan sorang parent je boleh masuk, tapi disebabkan Umar baru buat ujian mata, dia pun masih dalam keadaan melalak2 meronta sebab sakit ye check mata tu. Apalagi untuk kanak2 seusia 2 tahun macam Umar. Jadi, bila doktor nak bgtau result tu, dia ok je bila both ibu dan abi ada. Ibu tak pula terfikir reason doktor bagi both parents ada kat situ disebabkan berita berat yang bakal kami terima.
Leukomalacia ni, ikut penerangan ringkas doktor tu, adalah keadaan dimana otak ada lompong. Kalau ikut pembacaan dan google, keadaan ni bila ada 'white matter' dalam otak, dimana bahasa mudahnya darah tak mengalir kat tisu otak. Berderau darah ibu bila dengar part lompong2 dalam otak tu. Allah saje yang tahu. Kemudian, doktor tambah lagi, Umar ada (atau kemungkinan ada) Celebral Palsy disebabkan keadaan otak dia tu. Ibu bertambah2 rasa sesak dada time tu sebab sebelum ni lagi ibu ada research pasal keadaan Umar yg global developmental delay ni. Memang ada keluar pasal Celebral Palsy dan benda ni lah yang paling ibu takut sekali. Sebab Celebral Palsy ni boleh menjadikan Umar langsung tak boleh berjalan, atau lambat berjalan, atau menghadapi kelainan dalam berjalan. Belum habis dengan kejutan tu, doktor bagi cadangan untuk masa depan Umar, untuk buat kad OKU. Betapa hancur dan remuknya hati ibu waktu tu. Allah sahaja yg maha mengetahui.
Beberapa hari jugak ibu (dan abi) ambil masa untuk hadam apa yang doktor bagitahu ni. Kadang2 bila tenung wajah Umar, tak semena2 airmata mengalir deras. It is really not easy. Ibu abi kena plan elok2 masa depan Umar. Nak sekolah nanti dan sebagainya. Macam mana penerimaan orang sekeliling, untuk Umar nak hadapi bila dia dah besar nanti. Semua benda bermain dalam fikiran ibu. Yang paling ibu harapkan adalah, Umar mampu berdikari untuk diri dia sendiri. Boleh berjalan sendiri tanpa bantuan, dan sempurna akal fikiran. Ibu cuma mengharapkan dia diterima masyarakat, mampu berdikari bila ibu dan abi tiada nanti. Allah Allah. Ibu rasa beraatnya ujian Allah nak uji keluarga kecil kita ni.
Bila orang tanya keadaan Umar, sungguh ibu tak bersedia nak cerita. Ibu tak mahukan simpati, mungkin empati. Ibu tak bersedia orang sebut 'Anak syurga' dan lain2 gelaran yang seolah2 menggambarkan Umar ni tak sempurna. Entahlah ibu sendiri tak faham perasaan ni. Tapi bila orang tanya (berdepan), ibu akan sedaya upaya menyembunyikan segala rasa (put on my poker face), tanpa setitis air mata dan lakonan bahawa semuanya ok. I am ok. Tapi kalau orang tnya yang memerlukan ibu menaip, mungkin ibu dah pun menitiskan air mata, atau ibu suruh google je leukomalacia dan bacalah sendiri sebab tak sanggup nak bagi penerangan.
Ibu memang berharap sangat ibu takkan memilih kasih anak2 ibu. Itu salah satu azam ibu bila Allah amanahkan anak2 buat ibu. Mungkin, Allah pun nak uji apa yang ibu katakan. Umar sememangnya istimewa dan perlukan perhatian yang khusus. Umar ada banyak terapi yang perlu dihadiri; fisioterapi, occupational theraphy (cara kerja), speech theraphy, oftalmofology (kena check mata), audiologi (kena check telinga), MRI assessment (yg ni finding leukomalacia), chromosomal assessment, blood assessment... Terlalu banyak assessment umar, untuk tengok sama ada umar ada kelainan lain dalam darah, genetik dan lain2. Ibu dan abi memang tak sampai hati bila hantar Umar pergi semua assessment ni, sebab dia akan menjerit2, meraung dan menangis (kecuali terapi2 fizikal). Ibu harap Umar takkan ingat pun apa yg dia lalui waktu buat semua assessment tu.
Ibu kuatkan hati, yakin Allah aturkan yang terbaik buat keluarga kita. Umar penguat ibu, yang buat ibu fikir ibu kena teruskan hidup dengan kuat. Ibu akan usahakan yang terbaik buat anak2 ibu, insyaaAllah, moga Allah izinkan..dan kehadiran seorang lagi penyeri dan pelengkap keluarga kita bakal tiba beberapa minggu (atau hari) shj lagi. Ibu berharap anak2 ibu akan saling sayang menyayangi, saling menjaga satu sama lain, menjadi best buddies sampai syurga. Moga Allah kabulkan doa ibu ni.
Ibu sengaja kepilkan gambar2 Umar sewaktu MRI, buat kenangan masa depan nanti. Semoga yang membaca entri ni pun doakan yang baik2 buat Umar Mikhail. Semoga Umar boleh membesar dengan sihat dan sempurna seperti anak2 lain. Boleh berjalan, berlari dan bermain seperti kanak2 seusianya. Semoga doa yang baik2 juga berbalik kepada kalian. Amiin..
Ya Allah syams... Ujian Allah yg sgt berat.. ya Allah ringankan dan permudahkan segala urusan syams dan family.. amiin... Kuat ya syams.. kuat!!!! Allah kan ada..
ReplyDeleteTq kak maryam😊. Doakan Umar ye.. supaya boleh hidup dan membesar seperti anak2 lain jugak. Dapat berjalan sendiri satu hari nanti.. insyaaAllah❤️
Delete