Sunday, 26 May 2013

My precious..

        ALHAMDULILLAH, selamat sampai ke destinasi. Lepas mengharungi semua kekalutan dan kelam kabut dari pagi akhirnya dapat jugak aku menarik nafas lega. Baru tulis pasal dugaan, memang betul2 la dugaan. Tulah, jangan pandai cakap je, kena batang hidung sendiri, baru tahu kita ni sabar ke tak. First, tertinggal bas lepas kelam kabut nak bertolak dari rumah pagi tadi. Dahla kesian kat umi yang penat2 masak laksa + lauk ikan patin masak tempoyak untuk tengah hari sekali. Semua gara2 aku yang “tercakap” nak beli lauk je untuk makan tengah hari sebab tak sempat dah. Umi dengar je nak beli, terus nak masak lauk tengah hari. Mana taknya, dari semalam pegi beli barang, aku yang paling excited suruh beli ikan patin. Nak itu nak ini. Tak sedar diri balik pagi2. Pastu semua yang aku nak tu, orang lain je dapat makan. Sobss. Untunglah semua cuti lama kan. Pastu nanti pegi jalan- jalan tinggalkan aku lagi. Adela jugak rasa menyesal beli tiket awal. Sudahnya, terlepas bas pulak.


         Memangla umi dengan ayah ni berbeza. Kalau umi, mesti pikir yang remeh temeh, kena bawak makanan ke, mesti makan masakan dia ke, tapi kalau ayah pulak mesti pikir bas tu nanti terlepas, kena siap cepat. Disebabkan tu, aku pun tolongla umi masak sebab umi kata sempat je nak masak. Tepat jam 8 baru aku bersiap nak balik. Dengan mencari barang2 aku lagi. Sangat kelam kabut. Aku pun dah memang jenis gelabah, bila serabut sangat, mulalah nak tinggal semua benda. Dalam keadaan kelam kabut tu, umi dibantu adik aku terus packing makanan semua panas2 dari periuk. Aku dah macam apa je time tu, tak cukup nafas je rasa. Tak sempat nak makan laksa johor air tangan umi. Dapat tolong buat je..sedihnya..:'(
 Tambah2 ayah aku dah hon banyak kali dari dalam kereta tu, suruh cepat. Masuk je kereta, memang ayah aku buat drift kan. Mak ai, laju giler. Dahla dia tu memang jenis pemandu berhemah je selama ni. Nampak sangat memang dah lambat. Tengok jam time tu, memang dah agak bas tu mesti akan gerak dulu sebelum kami sampai.
   
           Kami tiba di terminal jam 9.05 a.m. Bas yang aku sepatutnya naik jam 9.00 a.m. Memang dah tak Nampak pun Metrobus kat situ. Of course la dah pegi. Bas memang selalunya on time.
So, pengajarannya kat situ sila on time. Lebih awal. Jangan pagi tu nak balik baru nak packing semua benda. Bila dah terlepas bas tu, aku & ayah pegi ke kaunter Metrobus dan memang dia tulis “Perjalanan ke Kuala Lumpur pada hari ini tiada”. Aigoo….memang burn lah tiket awal tadi. Ayah dah memang senyap je. Ada aura takut yang membunuh disitu. Mana taknya, dalam kereta tadi pun memang senyap sunyi je…aku tahu aku salah……lalalala…Ayah suruh tunggu kat terminal, dia cari tiket. Ok, menurut perintah. Nasib baik ada bas jam 9.30 a.m. Bas Bulan Restu. Waktu kat rumah umi tanya kenapa ambil tiket awal sangat. Sebab adik aku syorkan Metrobus, aku pun malas nak check kaunter lain. Terus je ambil mana ada. Lagipun Bulan Restu ni basnya cam dah lama sikit. Metrobus lebih selesa. Tapi, dah takde pilihan ni, redah je. Time ni ayah aku tunggu aku naik etc dan waktu nilah aku rasa ayah & umi dah banyak berkorban untuk kami 7 beradik….aku risau antara kami ada yang terlupa nanti.

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata: Telah datang seorang lelaki kepada baginda Nabi s.a.w lantas bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk aku berbuat baik dan mendampinginya. Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Bapa kamu. (Hadith Muttafaq ‘alaih)


           Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Lihat orang lain yang kurang dari kita. Jangan tengok apa yang kita tiada. Yelah, kadang2 aku pun persoalkan banyak benda. Jeles jugak bila tengok family lain yang parents diorang jenis yang bagi apa sahaja, manjakan diorang. Tapi setiap orang berbeza kan. Kalau asyik nak cari kesalahan dan kekurangan sampai bila pun kita takkan beryukur. Tak perlu nak bandingkan apa2. Cukup. Kadang- kadang jiwa muda memberontak. Tak suka bila asyik diarah, ditentukan hala tuju hidup etc. Tapi sebenarnya parents cuma nak yang terbaik untuk kita.*noteformyself*
Kadang2, kita lupa nak bersyukur. Waktu dekat dengan ibu bapa kita lupa nak senangkan hati diorang. Sebaliknya, asyik nak layan keras kepala sendiri. Kita sibuk pikir yang kita ni tak cukup duit, masalah dengan member, masalah assignment kena submit etc. Kita makin dewasa, matang. Tapi kita lupa ibu bapa kita pun makin tua. Kalau dulu semua boleh buat, sekarang mungkin mula sengal2, sakit2. 



Firman Allah s.w.t :

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa”.(al-Nisa’: 36)

           Aku pun ingatkan diri sendiri je supaya waktu yang ALLAH pinjamkan ni, aku dapat buat yang terbaik untuk umi & ayah. Semua manusia akan pergi, cuma kita tak tahu bila. Jangan kita menyesal di kemudian hari atau mungkin kita pergi dulu tanpa sempat berbakti. Kedua- duanya menyedihkan.


Daripada Abi Abd al-Rahman Abd Allah bin Mas’ud r.a. telah berkata: Seorang lelaki telah bertanya baginda Nabi s.a.w apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah s.w.t? Baginda bersabda: “Solat apabila tiba waktunya (di awal waktu)”. Kataku: Kemudian apa lagi? Sabda baginda: “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Kataku: Kemudian apa lagi? Sabda baginda: “Berjihad di jalan Allah”. (Hadith Muttafaq ‘alaih)



          Penatnya.....serius penat. Rasa nak pengsan pun ada. Balik bilik tadi baru perasan lauk kuah ikan patin masak tempoyak tu tumpah dalam beg. Dahla penat sebab kat BTS (Bandar Tasik Selatan) tadi tunggu KTM lebih setengah jam dengan berdiri je. Dalam KTM pun manusia padat. Dah pening semacam ni. YA ALLAH, sabarkan aku.....
Tapi masuk je bilik tengok roommate tengah berseronok aku terus rasa nak nangis sangat2. Sebab penat, sebab kuah tumpah dan sebab tak makan apa2 sejak dari rumah sampai sekarang (waktu masuk bilik- 2 p.m. lebih). WAAAAA....Bila teringat balik umi sungguh2 nak masak jugak lagi rasa nak nangis....ottoke....Tapi berair kejap je, terus bukak lauk yang tumpah tu dan nekad nak makan jugak walaupun penutup bekas tu pecah dalam kuah. Dugaaannnnn......

Beg pun aku basuh, sekali dengan baju. Tengah pening tapi gagahkan diri. Segala mak nenek yang kena kuah aku basuh. Terpaksa basuh. Lepas solat zuhur terus pengsan tak sedarkan diri sampai masuk Asar. Tapi ni pun rasa tak puas lagi. Rasa macam kena rehat lagi, tapi time Asar ni lain macam je rasa nak tidur kan. Tunggulah malam sikit....belum pikir studi lagi...YA ALLAH, MOGA KAU PERMUDAHKAN SEGALANYA..

Friday, 24 May 2013

Musibah atau hikmah..?

       Home sweet home..alhamdulillah, akhirnya selamat tiba ke rumah ter"chenta". Mulanya, memang dah plan malas balik, tapi last minute punya plan tetiba nak balik, memang balik jugakla. Lagipun, memang biasanya last minute planning tu la yang menjadi. Yang dah plan berminggu2 hatta berbulan2 tu la yang selalu banyak sangat halangan. Ni semua berpunca dari mesej my bro yang tetibe mesej tanya balik ke tak. Hehe, baru tau rupanya budak2 sekolah tengah cuti 2 minggu, ditambah pulak along yang kat uitm pun break seminggu. Bila yang duduk kat ipt ni, memang timing tak sehaluan. Nama je 7 beradik, tapi tiap kali balik, yang ada cuma parents dengan adik last. Tu yang jadi makin malas nak balik, tambah2 dah dekat final exam, menimbun assignment kena submit (bajet stay kat kampus buat sangatla). Ikutkan, weekend ni ada program, pastu next week ada 2 test (digital elektronik + java). Bila pikir2, pegi program pun aku tak studi jugak. So, baik balik rumah. Dah 2 bulan lebih tak balik (last balik bulan 3 tak silap). Nanti takde free dah nak balik, alamatnya memang tunggu habis final jugak, bulan 7. Lama sangat tu. Takut tak berkesempatan........(we never know what will happen). Lepas abang (adik laki) mesej tu, terus rasa nak balik. Sangat2. Sebab sebelum tu ada dapat mimpi pelik yang tak elok untuk diceritakan dan memang doa mintak jauh sangat2.

            Okey, back to the main topic. Musibah atau hikmah? Aku rasa bila dah makin dekat nak final ni, makin banyak dugaan yang datang. Dugaan masa lapang, dugaan hubungan dengan ALLAH, dugaan hubungan dengan manusia dan beberapa lagi dugaan. Sebenarnya bukan dugaan apa yang kita hadapi yang jadi soalnya, tapi bagaimana kita hadapinya...Yang tak elok bila kita asyik nak slahkan orang lain atau diri sendiri bila dugaan datang. Kalau asyik nak menyalahkan, sampai bila pun kita tak dapat selesaikan masalah tu. So, yang terbaik adalah kita cari jalan camane nak hadapi sesuatu masalah tu. Contoh, kalau rasa tak faham belajar subjek tu, cari orang untuk bagi tunjuk ajar kat kita. Jangan jadi bodoh sombong. Dah tak tau tapi tak usaha.( Tapi sebenarnya aku sendiri pun kesian nak tanya kat orang tu, sebab aku ni susah nak paham)..hehe..

           Aku jenis yang memang tak suka sakit (ada ke yang suka?). Aku rasa ada kot, sebab dia boleh skip kelas, berehat etc. Tapi aku rasa bila sakit, kemampuan kita terbatas, dan kita akan memerlukan pertolongan orang lain utk melakukan sesetengah pekerjaan. Bagi aku itu menyusahkan orang lain. Mungkin mereka ikhlas, tapi aku tak mahu membebankan. Cukuplah pengalaman masuk wad waktu form 3 mengajar aku dan buat aku serik nak masuk hospital lagi..(err..kalo teringat je pun dah terasa berair mata ni). Even demam pun skarang ni aku akan ikhtiar macam2 cara nak bagi kebah segera. Telan panadol 2 biji pastu selubung ke, basuh kepala ke, pakai koolfever or minum air badak (air dalam botol kecik jernih gambar badak sumbu-untuk sejukkan badan). Insyaaa ALLAH bila dah try semua cara ni boleh sembuh dengan cepat. Kalau terasa gastrik nak datang pun aku akan cari susu ke, minum eno utk buang angin or makan sumting utk alas perut. Sebab kalo time dia da serang memang tak leh nak buat apa, muntah2 jela seharian sampai lembik..=='..





         Tapi tulah dugaan. Dan disebabkan dugaan2 tu kita matang dan lebih kuat untuk menghadapi hari- hari  mendatang. Orang yang hidup senang tanpa dugaan tu lah yang lemah. Baru diuji sikit, dah mengeluh macam2. Kita tengok loveletter:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
[al-Ankabut: 2-3]


Lagipun, waktu sekolah dulu ada sorang sahabat ni yang selalu ingatkan, bila kita diberi dugaan tu maknanya ALLAH sayangkan dan pedulikan kita. Dengan ujian yang Dia bagi tu lah tahap iman kita ditingkatkan. Dengan sakit tu jugak Allah hapuskan dosa- dosa kita. So, kenapa nak mengeluh? Yang penting kita sabar.

 Allah SWT berfirman:
 “Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” 
[Asy-Syura: 30]

                                   
                              
#tengah hari tadi nak pindahkan bihun yang baru direbus ke dalam bekas, tapi sebab gopoh sangat, sampai terjirus tangan sendiri dengan air rebusan tu. Memang jerit jugaklah kan. Bila umi suruh letak kicap, terus lari basuh (kalau dah degil tu mmg tak makan samanla orang suruh tu). Nasib bukan minyak panas, alamatnya memang dah mengelembung dah. Bila dipikir balik, mungkin terkena air rebusan tu dpt hapus dosa jugak#

Lagipun, waktu dugaan tu lah kesabaran kita diuji. Adakah kita melatah, marah2 atau bersabar dan merenung balik hikmah di sebalik dugaan yang kita rasakan musibah tu. Kalau kita bersabar, insyaa ALLAH ada ganjarannya.^_^. Bila sebut soal marah ni, memang susah nak kawal, sebab tu bila marah Rasulullah dah ajar macam2 cara untuk redakan. Kalau tengah berdiri, kita duduk, kalau tengah duduk kita baring, ambil wudu' dan sebaiknya kita solat ( semua orang tahu, tapi bukan mudah untuk jayakan). Sebab kalau amarah menguasai kita, segala keputusan atau tindakan yang kita lakukan dah jadi tak rasional dan mungkin akan memberi kesan yang buruk kepada diri kita sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

                                       

Petang tadi tetiba nak sangat buat kek chocolate moist sebab asyik jual je kat kampus. Pastu sedap pulak, terusla google resepi bila dah sampai rumah ni. Adik yang memang tengah cuti jadi assistant utk kakaknya yang first time nak buat ni.

             Sebelum letak topping moist. Fresh from the oven.

                                      Tengah letak topping.


Tadaa...the chocolate moist cake is done!!
#tengok tadi dah separuh yang dimakan. Kalau ada lebih nak bawak balik hostel, untuk member2 yang sering "kelaparan"#^_^

*TOMORROW AGENDA : TRIFLE PUDING*
(Memang balik ni takde niat langsung nak bukak buku studi kan....) 

Tuesday, 21 May 2013

SchoolTIMEs...imbas kembali..

*The old times makes me feel old*
 #Experience is the best teacher#

Kawan- kawan..

 “Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Persahabatan ibarat janji tanpa lafaz,
Tanpa ikrar, kita terus berpegang padanya,
Tetap mendoakan tanpa diminta,
Kebahagiaan sahabat dikongsi bersama,
Jika sahabat terluka, pedihnya turut dirasa,
Kerana sahabat itu dicintai keranaNya,
Semoga kita berpimpin tangan hingga ke syurgaNya... <3


Ukhuwah itu selalu menguatkan, kerana dalam selemah- lemah persahabatan itu adalah bersangka baik.

Lepas kursus haji dengan classmates…Alkisah SPM..(muka innocent tak tahan..)



“Geng Bas Sekolah”…
Semua ada misi dan cita- cita masing2..
Saling menguatkan sebab kekuatan dan kelemahan kita berbeza..*SORANG MISSING~ainaa~


      Kami ade style.hehe..^^..di suatu petang bila parents datang..
     ..that little girl is my sis..*2 missing~aini n palin~

                       Semua cemerlang..alhamdulillah..

Aku tumpang bahagia dengan kejayaan uolss..hehe.. ^_^
Sorang bju lain~ pindah time pmr>>lin..Sekarang dah bersepah2 kat atas bumi..demi ilmu, semoga kita berjuang dijalanNYA..AMIN..*2 missing~me n palin~*

Alkisah rehlah..Pulau Karimun, Indonesia..
(Tanpa dirancang, kitorang "terboria" plak time ni)~lawatan Karimun Island, Indonesia~.
Walau lain2 “geng” bas skolah, tapi kita semua sahabat.. <3
Setiap yang mukmin itu kan bersaudara.. ~_^


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” 
(Surah al-Hujuraat 49:10)





Guru2 pengiring yang kepenatan, still "menggagahkan" diri untuk picture time..^_^

Alkisah pantun..


                        THE PANTUNIST.. ^_^ (PAHANG VS KEDAH)
          
                                                 
          PIALA MASIH TERSIMPAN..^_^ KENANGAN SEUMUR HIDUP KOT..


                                  MY PANTUNIST TEAM..^_^

*Kami bukan sekadar belajar berpantun, tapi ilmu yang tak dapat dikutip dari mana- mana sekalipun, pengalaman seumur hidup yang mematangkan diri untuk terus mara walaupun berulang kali menghadapi kegagalan.*#credit to Cikgu Razali yang byk mendidik, ilmu yang dicurah masih diamal, insyaa ALLAH, juga Cikgu Ira yang selalu disamping kami, menenangkan saat gugup + teman sekepala muda- mudi..^_^#.

Time ni kami macam family. Saling berkongsi (bergosip jugak ^_^) ~Saling menguatkan~


Zaman sekolah saat yang indah, tak mungkin diulang, tak dapat dipadam.
Pahit manis dan dan jatuh bangun dilalui dan mematangkan diri.
Bersama sahabat seperjuangan yang sentiasa berada disisi, saling melengkapi.
Tempat menimba ilmu duniawi ukhrawi.
Murabbi bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik jiwa, membentuk diri siapa aku hari ini.


#teringat zaman sekolah, sekarang semua arah tuju berbeza, mengejar cita- cita dan impian masing2..SEMOGA KITA SEMUA DIJALANNYA..^^


UHIBBUKUMFILLAH <3

                     #Lepas 2 tahun baru jumpa
                    *insyaa ALLAH, ada umur, jumpa lagi korang*       
                                   


Sunday, 19 May 2013

Hipokrit?......jangan cakap je..


      Jangan memandang permulaan seseorang kerana kita tidak pernah tahu akan pengakhirannya. Mungkin hari ini kita lihat dialah orang yang paling baik di antara mereka, namun belum pasti pengakhirannya juga begitu. Sebaliknya, jangan mudah menghukum seseorang. Boleh jadi, esok lusa dia menjadi seseorang yang jauh lebih baik daripada kita. Siapa kita untuk menghukum? Sebaiknya, carilah keburukan diri sendiri untuk diperbaiki, bukan kelemahan orang lain untuk dicaci..





       Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
       (As Saff : 2)

      Bila dibaca dan dihayati berulang kali ayat ni, terasa tanggungjawab yang berat dipikul saat kita mengeluarkan sebarang nasihat atau kata- kata kepada orang lain. Kadangkala, mudah untuk kita berkata- kata, namun untuk perlaksanaannya, bukan semudah itu. Mudah untuk bagi nasihat, "Jangan mengumpat orang, mengumpat itu ibarat makan daging saudara sendiri", ATAU "Solatlah jemaah, banyak pahala, 27 kali ganda". Namun bila refleks diri, adakah kita konsisten laksanakan? Adakah kita buat apa yang kita war- warkan? Kita sibuk suruh orang jaga ikhtilat, tapi adakah kita kota apa yang dikata? Cukuplah, fahami ayat di atas dan refleks..*noteuntukdirisendiri*.

      Tapi itu bukan alasan untuk kita berdiam diri tanpa menyampaikan apa- apa langsung ilmu ALLAH yang Maha Luas ni.

 Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda:

 “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban) 

         So, aku pun cari alternatif untuk tanya orang yang lebih arif insyaa ALLAH, dan bertanya pasal hal ni. Konsep dakwah itu mudah dan indah. Bila kita praktik, barulah orang lain akan mudah untuk mengikutnya. Contoh mudah, kalau mak ayah kita buat larangan tak boleh makan kat depan tv, tapi diorang pun buat, mesti kita akan persoalkan, "nape mak dengan ayah boleh?". Kita akan rasa tak adil dan takkan buat apa yang disuruh dengan ikhlas pun. The same goes with da'wah. Paling kurang, waktu kita ingatkan orang lain tu, atau bagi nasihat kat orang, kita niatkan untuk memperingatkan diri sendiri dan tanamkan azam dalam diri untuk laksanakan apa yang diperkata. Bukan sekadar nak menunjuk- nunjuk dengan kepandaian kita berkata- kata atau hebatnya ilmu yang kita ada. Ingatlah, tiada apa pun milik kita di dunia ni. Hatta udara yang kita hirup saban waktu ni pun cuma pinjaman Khaliq sang pencipta.




      Sebenarnya, bila kita ada rasa benci dengan orang lain, itu menandakan kotornya hati kita. Tapi sebaliknya jika kita benci dengan kemaksiatan dan dosa yang berlaku di depan mata. Aku bukan membenci atau menghukum, cuma aku sendiri alergi dengan orang yang hipokrit. Tolong jangan pandai cakap saje okay. Sila laksanakan. Bila bercakap kedengarannya hebat, nampak tawaduk, tapi bila dilihat dalam perlakuannya, tampak berbeza sekali. Well, after all, people change. It's the best if we change for the best, but it's a waste if we change to the worst. Kadangkala, ujian dunia sekeliling menyebabkan kita lupa dan alpa. Kita hanyut dalam kenikmatan yang ALLAH pinjamkan seketika ni. Aku cuma doakan yang terbaik, kerana Dia yang MAHA MENGETAHUI segalanya.. 

                               


Saturday, 11 May 2013

Couple or Trouble?

Haha..erk, segan pulak bila baca blog sendiri..update sikit..
 
    Mula- mula buat blog dulu cuma nak tulis apa yang terlintas je kot. So, tak peliksla kalau agak syok sendiri tu. Ni dah masuk blog ketiga yang dibuat. Blog lain semua dah tak terurus dan tak bermotif lagi..mungkin..? Kalau dah nama pun "blog hunter" tu memang tak heranlah terlintas teringin buat blog jugak. Asyik skodeng blog orang je..hee ^^

      Couple or trouble?
Tiba- tiba nak tulis topik ni sebab dikelilingi orang bercouple mungkin? Sebenarnya dari sekolah dulu pun dah heboh dan tersebar pasal couple tu haram, Bila dah masuk uni pun rasanya benda yang sama diulang- ulang banyak kali. Sampai jemu dan muak mungkin? Disebabkan aku rasa aku ni selalu atas pagar, tak tahu nak sebelah belah mana, aku rasa serba salah pulak. Pegi usrah, selalu diingatkan pasal dakwah, cegah kemungkaran..selemah- lemah iman ialah cegah dengan hati. Bimbang. Bimbang sebab takut hati ni dah tak rasa apa- apa bila dengar orang luah perasaan diorang bila ade konflik dengan bf masing- masing. Bukan tak pernah rasa nak tanya or tegur depan- depan, tapi belum ada kekuatan nak buat macam tu. Tiba- tiba rasa berat tanggungjawab untuk cegah kemungkaran dan akhirnya..

  "Pe'ah (bukan nama sbenar), apa pendapat kau kalau orang kata couple ni haram?", aku.
"Err, asal tiba- tiba tanya camtu? Takut aku", Peah. "Takdela, jgn kecik hati aku tnya ni. Sebab tiba2 je rasa nak tnye, terlintas pasal ni. Lagipun dah lame sebenanye aku simpan dalam hati nak tanya."
"Entahla, UAI (Ust. Azhar Idrus) kata boleh, tapi ade batas2nya. Asalkan tak buat maksiat". (panjang lagi dialog kami, tapi penat nak taip).




        Sebenarnya bagi aku mungkin orang yang dah ber"couple" akan ambil pendapat yang tu. Sebab kita manusia dan bukan malaikat. Ada nafsu dan kita akan cari jalan yang akan membenarkan keinginan kita. Tapi jawapan dia tak salah jugak. Betul, cuma jawapan tu terlalu umum. Islam itu indah dan mudah. Tak perlu kita kotorkan dan susahkan. Tapi tak bermakna kita boleh ambil mudah. Mungkin betul macam yang Peah cakap, orang yang tak kena batang hidung sendiri senangla cakap couple tu haram. Bagi aku, aku lebih suka pertengahan, seperti yang selalu ditulis dalam buku- buku Hilal Asyraf. "Cinta itu mesti mahu bersama ke syurga. Apa- apa yang membawa ke neraka, bukan cinta namanya."



       Cinta tak haram, tapi kita yang bercinta yang membuatkannya haram. Kita cemarkan dengan keluar berdua- duaan, bergaul secara bebas dan sebagainya. Mungkin mudah bagi orang yang tak pernah menghadapi situasi macam tu nak keluarkan hujah. Sebab belum kena, mungkin. Tapi biar cinta itu bermatlamat. Selalu yang aku dengar dari orang sekeliling, mereka bukan serius. Sengaja mahu bermain- main. Motif? Macam - macam alasan yang aku dengar dan selalunya aku sendiri tak paham. What the...?? Aku cuma dengar dan dengar dan dengar lagi. Kelirunya. Kenapa nak layan kalau dah yakin memang tak akan kahwin dengan seseorang tu. Lepas tu gaduh, moody satu hari. Maaf, memang tak paham. Mungkin sebab tu aku jadi muak. Tapi aku tak salahkan mereka. Sebab kita tak boleh nak haramkan segala benda. Itu tak boleh, ini tak boleh. Bila tak kena cara, kita akan memberontak, terutama bila dalam usia muda. Mudah melatah, jarang berfikir dengan matang dan selalu terbawa perasaan sendiri.


        Konklusi dari perbualan aku dengan si Peah tu, aku cuma slow talk dengan dia, suruh clash kalau tak serius (sebab dia ramai "kawan lelaki"). Jangan mainkan perasaan orang. Dan aku tegur beberapa perkara yang aku tak suka. Yang aku rasa boleh menimbulkan perkara yang tak elok dan membawa kepada dosa. Sebab aku lebih suka cakap depan- depan. Lagipun bagi aku, aku tegur sebab aku sayang dia. Aku tak nak dia terus macam tu. Aku nak dia buat yang terbaik untuk hidup dia sendiri (mungkin agak poyo di situ). Waktu aku tegur, aku teringat pesan seorang sahabat. "Dakwah tu sebab cinta dan kasih sayang, bukan tanggungjawab. Kalau Rasulullah dakwah sebab tanggungjawab, agak2 Islam sampai tak kat kita?". Pedih. Berbisa. Makan dalam.




      Kalau nak tunggu diri sendiri sempurna baru nak berdakwah, memang tak berdakwahlah kita sampai mati pun. Sebab kita manusia, tak pernah sempurna. Cuma mampu berusaha mencapai yang terbaik. Memperbaiki diri kerana kita bukan insan kamil, penuh khilaf. That's why ALLAH say in surah al- ASR.

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian .(2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3).

So, kita mesti saling mengingatkan sebab manusia kan mudah lupa.^^
Chill.
WALLAHU 'ALAM...


Sunday, 5 May 2013

choices..and marriage?


Antara 2….
                HIDUP merupakan suatu pilihan. Setiap hari merupakan pilihan buat kita. Untuk membuat entri ini juga merupakan pilihan. Semalam hari yang bersejarah buat rakan sebilikku kak Aisyah di mana dia selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati. Barakallah, semoga cinta sampai syurga,berkekalan dengan redhaNya. Manakala hari ini tarikh pilihanraya  untuk menentukan bakal pimpinan negara. Aku membuat pilihan untuk mencoret tentang semalam kerana aku masih belum layak mengundi untuk memilih bakal pengemudi negara. Pilihan yang aku ada cuma berdoa agar Allah bersama mereka yang berjuang atas namaNya. Yang akan membawa negara ke arah yang jauh lebih baik, yang dilimpahi rahmat dan redhaNya. Amin…
  

                                            DAH KAHWIN DAH.. <3

                                           TUNANG SEKEJAP JE...


              Ramai yang bercakap soal jodoh dan kahwin awal. Seolah- olah menjadi suatu trend. Manakala bagiku apabila menyebut KAHWIN, yang terlintas adalah persediaan. Persediaan ke arah mengemudi sebuah keluarga. Aku menyokong bagi mereka yang sudah punya pilihan untuk mendirikan rumahtangga kerana saat bercinta merupakan saat- saat paling mudah menambah saham dosa. Aku juga tak sempurna, cuma pandangan peribadi dan melalui pembacaan serta ilmu yang tidak sehebat mana. Tapi perkahwinan itu aku yakin bukan sesuatu yang mudah atau ringan. Tetapi memerlukan persediaan dan pengorbanan yang bukan sedikit. Walaubagaimanapun, pilihan yang terbaik bagi dua yang saling mencintai adalah perkahwinan. Rasulullah yang kata, bukan aku.

                Baik lelaki mahupun perempuan, keduanya perlu bersedia. Bagi aku tak adil jika dikatakan perempuan yang  tak pandai masak tak boleh kahwin. Adakah perempuan sahaja yang perlu pandai masak? Perempuan bukan berkahwin untuk jadi tukang masak. Tapi bukanlah aku menyangkal kepentingan keperluan “perempuan kena pandai masak” namun bagiku lelaki juga kena sekurang- kurangnya tahu masak. Tanggunggjawab lelaki jauh lebih besar apabila berkahwin. ALLAH itu maha adil. Semakin aku fikir semakin aku takjub dengan keadilan dan kebijaksanaanNya mengatur percaturan alam. ALLAH menyuruh hambaNya sebagai anak mengutamakan ibu tiga kali melebihi ayah. Manakala perempuan yang sudah berkahwin perlu mengutamakan suami dalam segala hal selagi tidak bercanggah dengan syariat. Nampak betapa adilnya aturan DIA? SUBHANALLAH…

                Kebanyakan keluarga yang aku lihat, ada pelbagai ragam dan kerenahnya.  Ada yang kulihat menjadikan isteri seperti orang gaji. Bukanlah bagi aku apabila menguruskan rumahtangga itu bermakna dia orang gaji. Aku dan adik- beradikku juga dididik untuk menguruskan segalanya. Kata ummi, semua tu latihan. Suami yang melayan isteri  seperti orang gaji adalah mereka yang langsung tak pandai menghargai dan hanya mengarah semata- mata. Menjadi diktator rumahtangga. Yang mana isteri tidak boleh langsung berkata tidak dan perlu melaksanakan segala arahan tanpa bantahan. Jadi, bukanlah perkahwinan itu segalanya indah. Perkahwinan seperti itu adalah yang  paling aku takuti.  Isteri yang TAKUT suami. Segala yang dilakukan bukan atas dasar hormat atau kasih.

                Selalu aku dengar, lelaki suka perempuan baik- baik untuk dijadikan isteri . Tapi adakah mereka cukup baik? The same goes with the women, actually. So, pokok pangkalnya baik lelaki atau perempuan perlu bersedia. Rasulullah selalu membantu isteri dalam hal rumahtangga. Aku tak bersetuju sekiranya segalanya diletakkan atas tangan isteri semata- mata. Suami perlu membantu isteri dan sebaliknya. Isteri perlu menjadi air dan penyejuk, bukan sebaliknya. Bayangkan suami yang kepenatan bekerja seharian pulang kerumah. Sebaiknya tiba dirumah, terus sahaja dileteri, diadukan masalah- masalah rumahtangga. Sudah tentu suami akan terasa panas dan tidak rasa tenang apabila pulang. Sebab itulah kedua lelaki dan perempuan perlu bersedia sebelum membuat keputusan berumahtangga. Bukan bersedia material semata- mata. Ilmu, kemahiran dan pemikiran yang matang juga.

                So, perkahwinan bukan untuk seronok atau suka-suka semata. Ia menjadi sesuatu yang baik sekiranya dibentuk dengan cara yang baik. Melalui jalan yang baik, yang diredhaiNya. Bukan dari percintaan yang atas dasar nafsu duniawi semata- mata dimana landasannya tersasar jauh dari destinasi sebenar. Apapun, tiada apa milik kita melainkan DIA lah yang meminjamkan kepada kita atas dunia ini. Sekiranya cinta kita kepadaNya tidak setebal mana, bagaimana kita ingin mencintai seseorang keranaNya? Wallahu’alam..