Sunday, 26 May 2013

My precious..

        ALHAMDULILLAH, selamat sampai ke destinasi. Lepas mengharungi semua kekalutan dan kelam kabut dari pagi akhirnya dapat jugak aku menarik nafas lega. Baru tulis pasal dugaan, memang betul2 la dugaan. Tulah, jangan pandai cakap je, kena batang hidung sendiri, baru tahu kita ni sabar ke tak. First, tertinggal bas lepas kelam kabut nak bertolak dari rumah pagi tadi. Dahla kesian kat umi yang penat2 masak laksa + lauk ikan patin masak tempoyak untuk tengah hari sekali. Semua gara2 aku yang “tercakap” nak beli lauk je untuk makan tengah hari sebab tak sempat dah. Umi dengar je nak beli, terus nak masak lauk tengah hari. Mana taknya, dari semalam pegi beli barang, aku yang paling excited suruh beli ikan patin. Nak itu nak ini. Tak sedar diri balik pagi2. Pastu semua yang aku nak tu, orang lain je dapat makan. Sobss. Untunglah semua cuti lama kan. Pastu nanti pegi jalan- jalan tinggalkan aku lagi. Adela jugak rasa menyesal beli tiket awal. Sudahnya, terlepas bas pulak.


         Memangla umi dengan ayah ni berbeza. Kalau umi, mesti pikir yang remeh temeh, kena bawak makanan ke, mesti makan masakan dia ke, tapi kalau ayah pulak mesti pikir bas tu nanti terlepas, kena siap cepat. Disebabkan tu, aku pun tolongla umi masak sebab umi kata sempat je nak masak. Tepat jam 8 baru aku bersiap nak balik. Dengan mencari barang2 aku lagi. Sangat kelam kabut. Aku pun dah memang jenis gelabah, bila serabut sangat, mulalah nak tinggal semua benda. Dalam keadaan kelam kabut tu, umi dibantu adik aku terus packing makanan semua panas2 dari periuk. Aku dah macam apa je time tu, tak cukup nafas je rasa. Tak sempat nak makan laksa johor air tangan umi. Dapat tolong buat je..sedihnya..:'(
 Tambah2 ayah aku dah hon banyak kali dari dalam kereta tu, suruh cepat. Masuk je kereta, memang ayah aku buat drift kan. Mak ai, laju giler. Dahla dia tu memang jenis pemandu berhemah je selama ni. Nampak sangat memang dah lambat. Tengok jam time tu, memang dah agak bas tu mesti akan gerak dulu sebelum kami sampai.
   
           Kami tiba di terminal jam 9.05 a.m. Bas yang aku sepatutnya naik jam 9.00 a.m. Memang dah tak Nampak pun Metrobus kat situ. Of course la dah pegi. Bas memang selalunya on time.
So, pengajarannya kat situ sila on time. Lebih awal. Jangan pagi tu nak balik baru nak packing semua benda. Bila dah terlepas bas tu, aku & ayah pegi ke kaunter Metrobus dan memang dia tulis “Perjalanan ke Kuala Lumpur pada hari ini tiada”. Aigoo….memang burn lah tiket awal tadi. Ayah dah memang senyap je. Ada aura takut yang membunuh disitu. Mana taknya, dalam kereta tadi pun memang senyap sunyi je…aku tahu aku salah……lalalala…Ayah suruh tunggu kat terminal, dia cari tiket. Ok, menurut perintah. Nasib baik ada bas jam 9.30 a.m. Bas Bulan Restu. Waktu kat rumah umi tanya kenapa ambil tiket awal sangat. Sebab adik aku syorkan Metrobus, aku pun malas nak check kaunter lain. Terus je ambil mana ada. Lagipun Bulan Restu ni basnya cam dah lama sikit. Metrobus lebih selesa. Tapi, dah takde pilihan ni, redah je. Time ni ayah aku tunggu aku naik etc dan waktu nilah aku rasa ayah & umi dah banyak berkorban untuk kami 7 beradik….aku risau antara kami ada yang terlupa nanti.

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata: Telah datang seorang lelaki kepada baginda Nabi s.a.w lantas bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk aku berbuat baik dan mendampinginya. Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Bapa kamu. (Hadith Muttafaq ‘alaih)


           Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Lihat orang lain yang kurang dari kita. Jangan tengok apa yang kita tiada. Yelah, kadang2 aku pun persoalkan banyak benda. Jeles jugak bila tengok family lain yang parents diorang jenis yang bagi apa sahaja, manjakan diorang. Tapi setiap orang berbeza kan. Kalau asyik nak cari kesalahan dan kekurangan sampai bila pun kita takkan beryukur. Tak perlu nak bandingkan apa2. Cukup. Kadang- kadang jiwa muda memberontak. Tak suka bila asyik diarah, ditentukan hala tuju hidup etc. Tapi sebenarnya parents cuma nak yang terbaik untuk kita.*noteformyself*
Kadang2, kita lupa nak bersyukur. Waktu dekat dengan ibu bapa kita lupa nak senangkan hati diorang. Sebaliknya, asyik nak layan keras kepala sendiri. Kita sibuk pikir yang kita ni tak cukup duit, masalah dengan member, masalah assignment kena submit etc. Kita makin dewasa, matang. Tapi kita lupa ibu bapa kita pun makin tua. Kalau dulu semua boleh buat, sekarang mungkin mula sengal2, sakit2. 



Firman Allah s.w.t :

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa”.(al-Nisa’: 36)

           Aku pun ingatkan diri sendiri je supaya waktu yang ALLAH pinjamkan ni, aku dapat buat yang terbaik untuk umi & ayah. Semua manusia akan pergi, cuma kita tak tahu bila. Jangan kita menyesal di kemudian hari atau mungkin kita pergi dulu tanpa sempat berbakti. Kedua- duanya menyedihkan.


Daripada Abi Abd al-Rahman Abd Allah bin Mas’ud r.a. telah berkata: Seorang lelaki telah bertanya baginda Nabi s.a.w apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah s.w.t? Baginda bersabda: “Solat apabila tiba waktunya (di awal waktu)”. Kataku: Kemudian apa lagi? Sabda baginda: “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Kataku: Kemudian apa lagi? Sabda baginda: “Berjihad di jalan Allah”. (Hadith Muttafaq ‘alaih)



          Penatnya.....serius penat. Rasa nak pengsan pun ada. Balik bilik tadi baru perasan lauk kuah ikan patin masak tempoyak tu tumpah dalam beg. Dahla penat sebab kat BTS (Bandar Tasik Selatan) tadi tunggu KTM lebih setengah jam dengan berdiri je. Dalam KTM pun manusia padat. Dah pening semacam ni. YA ALLAH, sabarkan aku.....
Tapi masuk je bilik tengok roommate tengah berseronok aku terus rasa nak nangis sangat2. Sebab penat, sebab kuah tumpah dan sebab tak makan apa2 sejak dari rumah sampai sekarang (waktu masuk bilik- 2 p.m. lebih). WAAAAA....Bila teringat balik umi sungguh2 nak masak jugak lagi rasa nak nangis....ottoke....Tapi berair kejap je, terus bukak lauk yang tumpah tu dan nekad nak makan jugak walaupun penutup bekas tu pecah dalam kuah. Dugaaannnnn......

Beg pun aku basuh, sekali dengan baju. Tengah pening tapi gagahkan diri. Segala mak nenek yang kena kuah aku basuh. Terpaksa basuh. Lepas solat zuhur terus pengsan tak sedarkan diri sampai masuk Asar. Tapi ni pun rasa tak puas lagi. Rasa macam kena rehat lagi, tapi time Asar ni lain macam je rasa nak tidur kan. Tunggulah malam sikit....belum pikir studi lagi...YA ALLAH, MOGA KAU PERMUDAHKAN SEGALANYA..

No comments:

Post a Comment