Jangan memandang permulaan seseorang kerana kita tidak
pernah tahu akan pengakhirannya. Mungkin hari ini kita lihat dialah orang yang
paling baik di antara mereka, namun belum pasti pengakhirannya juga begitu.
Sebaliknya, jangan mudah menghukum seseorang. Boleh jadi, esok lusa dia menjadi
seseorang yang jauh lebih baik daripada kita. Siapa kita untuk menghukum? Sebaiknya, carilah keburukan diri sendiri untuk diperbaiki, bukan kelemahan orang lain untuk dicaci..
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(As Saff : 2)
Bila dibaca dan dihayati berulang kali ayat ni, terasa tanggungjawab yang berat dipikul saat kita mengeluarkan sebarang nasihat atau kata- kata kepada orang lain. Kadangkala, mudah untuk kita berkata- kata, namun untuk perlaksanaannya, bukan semudah itu. Mudah untuk bagi nasihat, "Jangan mengumpat orang, mengumpat itu ibarat makan daging saudara sendiri", ATAU "Solatlah jemaah, banyak pahala, 27 kali ganda". Namun bila refleks diri, adakah kita konsisten laksanakan? Adakah kita buat apa yang kita war- warkan? Kita sibuk suruh orang jaga ikhtilat, tapi adakah kita kota apa yang dikata? Cukuplah, fahami ayat di atas dan refleks..*noteuntukdirisendiri*.
Tapi itu bukan alasan untuk kita berdiam diri tanpa menyampaikan apa- apa langsung ilmu ALLAH yang Maha Luas ni.
Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)
So, aku pun cari alternatif untuk tanya orang yang lebih arif insyaa ALLAH, dan bertanya pasal hal ni. Konsep dakwah itu mudah dan indah. Bila kita praktik, barulah orang lain akan mudah untuk mengikutnya. Contoh mudah, kalau mak ayah kita buat larangan tak boleh makan kat depan tv, tapi diorang pun buat, mesti kita akan persoalkan, "nape mak dengan ayah boleh?". Kita akan rasa tak adil dan takkan buat apa yang disuruh dengan ikhlas pun. The same goes with da'wah. Paling kurang, waktu kita ingatkan orang lain tu, atau bagi nasihat kat orang, kita niatkan untuk memperingatkan diri sendiri dan tanamkan azam dalam diri untuk laksanakan apa yang diperkata. Bukan sekadar nak menunjuk- nunjuk dengan kepandaian kita berkata- kata atau hebatnya ilmu yang kita ada. Ingatlah, tiada apa pun milik kita di dunia ni. Hatta udara yang kita hirup saban waktu ni pun cuma pinjaman Khaliq sang pencipta.
Sebenarnya, bila kita ada rasa benci dengan orang lain, itu menandakan kotornya hati kita. Tapi sebaliknya jika kita benci dengan kemaksiatan dan dosa yang berlaku di depan mata. Aku bukan membenci atau menghukum, cuma aku sendiri alergi dengan orang yang hipokrit. Tolong jangan pandai cakap saje okay. Sila laksanakan. Bila bercakap kedengarannya hebat, nampak tawaduk, tapi bila dilihat dalam perlakuannya, tampak berbeza sekali. Well, after all, people change. It's the best if we change for the best, but it's a waste if we change to the worst. Kadangkala, ujian dunia sekeliling menyebabkan kita lupa dan alpa. Kita hanyut dalam kenikmatan yang ALLAH pinjamkan seketika ni. Aku cuma doakan yang terbaik, kerana Dia yang MAHA MENGETAHUI segalanya..
No comments:
Post a Comment