Monday, 20 June 2016

Natural Ways of Looking Better

Okay now tengah mereput dan bergelar penganggur terhormat secara official selama 2 minggu. Tapi baru harini merasa sebagai anak tunggal.

 Huhu. Report LI masih belum disentuh dan harapnya kejap lagi dapat hidayah untuk mulakan,


Okay now kita cerita ways of looking better.
Kenapa kena look better? For ourselves of course. More confident for yourself. We can also improve to be better and we make that choice. Don't change because of people. But to impress people that looking down on you can kot? 
Bwahahaha. Tapi dalam entri ni just nak sentuh natural ways je. Takde promote produk ke apa. Just melalui aktiviti seharian dan habit yang buat hari2.

First- face. Dalam entri ni sentuh pasal muka dulu kay.
First thing orang pandang. Orang tengok. So kena lah jaga muka kan? Boleh argue atau abaikan kalau tak setuju. Take it or leave it. Gitu.

1. Don't touch your face using your dirty hands.
- Kadang tu kita nak garu lah, nak belek mukalah, apalah. So kita tend untuk directly sentuh je muka kita kan? Tapi mesti diingat tangan kita ni sentuh macam2. Banyak bakteria yang boleh sebabkan bertambahnya jerawat kat muka tu. Ok?
- Solusinya mesti cuci tangan sebelum sentuh muka. Better dengan sabun lah. Tapi kalau takde sabun memadai cuci dgn air but make sure yakin dia bersih kay?

2. Don't wipe your face using the same towel you used to wipe your body.
- Jangan guna tuala yg sama dengan badan sebab muka ni sangat sensitive. So sediakan tuala khas untuk muka sahaja. Kalau rasa leceh sangat, takyah lap muka. Tunggu dia kering sendiri. Or satu lagi cara, lap dengan tisu yang diyakini bersih. Gitu.

3. Pastikan sarung bantal, cadar, tudung, telekung sentiasa bersih.
-Tudung telekung tu untuk girls je yang pastinya. Meaning kat sini, apa2 yang sentuh pipi or muka kita mesti bersih. Depends korang nak verify bersih tu macam mana. Tudung guna sekali or dua je contohnya. Telekung cuci every week. Sarung cadar dan sarung bantal every month or every two weeks. Depends la takyah sampai menyusahkan. HUHU.
- Pendek kata jagalah kebersihan. Kebersihan sebahagian dari iman. Orang jaga kebersihan ni bagi nice impression kat orang sekeliling dan begitulah sebaliknya. 

4. Minum air kosong.
- Ternyata ini fakta bukan auta. Minum air ni sangat byk benefit okayyyy, Minum air yang cukup boleh melembapkan kulit, cuci buah pinggang dan menurunkan berat badan. Bila cuci buah pinggang, dia buang toksin dalam badan and efek dia muka pun bersih glowing gitu. Tapi kena kurangkan manis dalam makanan dan minuman jugak baru nampak kesan kayh? *info tambahan : 25kg berat bersamaan 1 liter air kosong.
 Contoh berat 50 kg: 50kg/25kg = 2 liter air

Tapi lebih pun takpe sebab dia lembapkan kulit dan detox badan okay?

5. Kurangkan manis.
- Yang ni dah hurai sekali dengan atas tu.

6. Amalkan gaya hidupaktif!
- Rajin2 lah keluar peluh. Tak kena duit pun. Kemas rumah ke berjoging ke skipping ke. Seriusly buat kulit glowing dan cantik. 
- Bila badan sihat, maka wajah pun berseri. Gitu.

Hmm tu je kot untuk kali ni. Nak cuba buat report pulak. Huhuhu.

Adios.

Tuesday, 24 May 2016

Muka Berseri Part 2- Pati Delima

Tengah bosan maka kita update. No idea what to write actually.

Dalam entri muka berseri haritu, terlupa nak include amalkan pati delima ni. So, baru nak tambah dalam entri kali ni. -Mungkin bosan kot??


Pati delima ni tak kisah pun nak guna brand apa. Pamoga Qu Puteh ke, apa ke. Tapi yang aku minum adalah yang ni :



Nar Eksisi Gulsan. Yang ni harga biasa2 je tak mahal sangat. Satu botol range harga dalam RM 11-RM17.

Aku amalkan setiap malam sebelum tidur 1-2 sudu. Tengok mood. Haha. Ada org suka bancuh dengan air, tapi sebab tak boleh tambah gula, aku lagi suka minum macam tu je. Hehe.

Aku consume pati delima ni bukanlah sebab nak jaga muka ke apa sebenarnya.
Actually aku start consume sebab roommate waktu belajar dulu yang suggest sebab aku ada sindrom PMS yg agak teruk. HUHUHU. Kalau senggugut sampai tak gi kelas pun ada sebab over sangat. So, dia suggest sebab elok untuk perempuan katanya. Aku cam anggap ni macam ubat jelah kan tapi natural. Tak sanggup tiap kali senggugut nak consume panadol je. Drugs tu. Sangat tidak sihat. HUHUHU.

Jadi kalau betul2 amal secara konsisten barulah nampak kesan. Senggugut kurang teruk. Masih mampu tersenyum ah even stil ada kakakah. Tapi memang lebih baik dari sebelum consume.

Kalau google memang banyak sangat kelebihan dia. Even along (kakak aku) belikan untuk umi ayah consume. Umi pulak mention ada cikgu2 tegur dia nampak lain, makin berseri kot. Haha ni sama macam cerita aku sikit. So bila cakap dengan umi dia kata mungkin jugak sebab pati delima tu. Mungkin. HAHAHA. Sebab tu jugak umi belikan pati delima ni untuk adik aku sekali. Since masalah kulit dia agak kritikal.

 So, antara kelebihan pati delima (banyak lagi tapi yang ni selected je):

1. Menstabilkan paras kolesterol
2. Melancarkan peredaran darah- elak penyakit jantung
3. Sumber antioksidan yang tinggi- baik untuk kulit
4. Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
5. Merendahkan tekanan darah
6. Menguatkan gigi
7. Mencerahkan kulit
8. Membaik pulih fungsi hati dan limpa.
9. Mencuci buah pinggang dan salur kencing
10. Membantu penghadaman
11. Membuang lemak berlebihan.
12. Menambah tenaga.

So, cukuplah 12 kot banyak2 tak terbaca pulak.

You are what you eat.
You are what you read.

Pernah dengar dedua ni?

Actually dedua betul.

Physical appearance is "you are what you eat".
Inner self is "you are what you read".

But basically, memang pati delima ni sangat2 baik terutama untuk perempuan. Memang betul macam rommate aku cakap. So, selamat mengamalkan pati delima gaiss.

No idea what to write actually.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Haha.
Adios.

Friday, 6 May 2016

Muka Berseri?

Faktor wajah berseri ni ada banyak. Selain dari pemakanan. lifestyle, penjagaan diri ada jugak faktor lain untuk membuat muka berseri nih.

Aku share jelah kat sini tanpa apa2 intention. Just merely spending my time to write.

Jeng jeng jeng.

Dulu aku ingat lagi time form 4 cikgu Fizik aku suka cakap solat tahajud boleh bersihkan muka, hilangkan jerawat. Aku pun tak pernah pulak kaji tapi korang boleh google untuk baca sendiri since aku baca macam takde bukti saintifik sangat pun. Hehehe.
Takde bukti saiintifik tapi aku tak nafikan menda ni betul tau.
Cikgu kata molekul air pada satu per tiga malam tu sangat cantik dan baik. So, bila kita ambik wuduk dengan air bermolekul cantik tu, maka kulit kita pun dapat khasiat sekali. And selalu kan kita dengar, even muka orang tu gelap, kita rasa tenang tengok dia. Erm, tu mungkin faktor2 macam tu lah kot. Ada nur. Eheh.

Mungkin sebab tu orang kata mandi sebelum subuh banyak manfaat dia.
 Antaranya:
1. Awet muda
2. Melancarkan peredaran darah
3. Mengurangkan stress

Banyak lagi boleh google seniri kot.

Tapi jangan pulak korang bangun tahajud terpesong niat nak muka berseri pulak. ERK. (Peluh besar)😰😰😰


Okay yang ni menda lain yang aku rasa ada kaitan dengan tips nak muka berseri.

1. Kurangkan minuman berais dan bergula
- Actually amal tips ni untuk turunkan berat tapi sebenarnya memang kalau kita kurang minum manis ni, kulit kita jadi lebih bersih sebab kurang toksik mungkin. Yang berais tu pulak lebih kepada stamina. Aku rasa kalau minum ais ni cepat letih, tapi taktaulah ada bukti saintifik ke tak.

2. Green tea
-Yang ni bape kali dah ulang rasanya. Paling penting, green tea tanpa gula. Aku biasa minum sebelum tidur sebab time tu je free. Sekali aku search tenet rupanya memang elok sebelum tidur so, esok bangun muka glowing je. Ececeh.

3. Minum air kosong
- Aku pernah consume Herbalife and since then aku memang banyak minum air. Aku boleh minum 3-5 liter sehari. Wahaha memang tong air betul aku ni.

4. Workout
- Believe it or not, realitinya kita workout memang jadi lebih glowing. Buang toksik kot. HAHAHAA. 

5. Rutin penjagaan muka.
- Cuci muka tiap kali mandi n sebelum tidur.
- Aku wajibkan toner sebab ikut pembacaan toner ni wajib untuk bersihkan muka dari sisa sabun etc.
- Pakai pelembab- sebab muka jenis kering and kadang tu menggelupas
- Pakai krim pelindung UV kalau keluar rumah- sunlight sekarang bahaya, boleh sebabkan kanser kulit kayh.
- Kalau rasa jerawat naik or ada blackhead n whitehead, penjagaan muka aku lebih sikit- aku wapkan muka. 
Cara: Jerang air. Lepas mendidih tu masukkan dalam bekas yang agak2 muat untuk seluruh muka. Pastu hadapkan muka dekat air tu dan tutup kepala guna tuala untuk halang wap panas keluar. Lebih kurang gambar bawah ni. Buat 5-10 minit. Biasanya mmg tak tahan smpai 10 minit sebab panas bohh. After wap tu, bilas dengan air sejuk untuk tutup balik pori, kalau ada ais boleh jugak letak tapi aku bilas guna air sejuk biasa je.


- Since aku punya facial masks dari Korea bulan 9 tahun lepas tak abis lagi, aku still pakai dalam seminggu sekali or 2 minggu sekali or bebila teringat. Tapi bagi aku mask ni takde pun takpe kot. Sebab rasa takde efek sangat pun. Kahkah. Tapi nak mulus cam orang Koghea aku tak tahu lah kot memang kena pakai ke. Hahaha. Tapi rasanya kalau dah abis pun aku x beli dah kot.. Hehehe.

Ok tu je kot tips dari orang yang tak layak pun tapi sekadar share dari pembacaan dan pengamalan sendiri. Whahahaha. 

Adios.



Thursday, 5 May 2016

Jom tingkatkan metabolisme!

Why kena tingkatkan metabolism?

Well, one of the reason is, the higher your metabolism, the higher amount of calories you burnt.
That's why ada orang yang makan banyak, tapi maintain je kan. Jealous much. Makanlah ikut suka tapi berat tak pernah naik pun. 

Dan sememangnya mereka yg ada jumlah otot yang banyak ni lebih tinggi metabolism nya berbanding mereka yang ada banyak lemak. Sebab, kalori lebih banyak dibakar oleh otot berbanding lemak. Jadi, kesimpulannya, metabolisme yang tinggi boleh menjana keberkesanan diet atau lebih efektif membakar kalori untuk menurunkan berat badan.

So, after I did my own reading, this is the summary that I've come up with.

Cara meningkatkan metabolisme:

1. Breakfast 
- sarapan sememangnya wajib untuk mereka yang berdiet sebab kadar kalori yang dibakar untuk sehari lebih tinggi bagi orang yang bersarapan. Sebab tu kalau kita sarapan, kita lagi cepat lapar sebenarnya. Eh. Ni kalau akulah.

2. Jangan berlapar
- Kalau kita berlapar, metabolism kita akan menjadi lebih rendah. Hal ni samalah macam waktu kita berpuasa. Badan kita akan slowkan aktiviti untuk bertahan dengan energi yang ada dalam tubuh. Dan kalau kita berlapar, tubuh akan menggunakan otot sebagai bahan tenaga dan bukannya lemak.

3. Tidur
- Tubuh memerlukan tidur yang cukup untuk membakar lemak. Believe it or not, orang yang tidur lewat lebih cenderung untuk overweight! Lagipun semakin lambat kita tidur, semakin rasa lapar lah, nak makanlah. Disiplinkan diri untuk berhenti makan 3 jam sebelum tidur. Dan biasakan tidur pada waktu yang sama dan bangun pada waktu yang sama setiap hari untuk pembakaran kalori secara konsisten.

4. Jangan stress!
- Kadang tu semua benda kita ikut sebab nak turunkan berat, tapi sebab terlalu obses dan tertekan nak turun berat, dia jadi faktor penghalanag pulak. So, jangan stress kayh.

5. Minum air 
-Bangun je pepagi hari sebelum berus gigi cuci muka tu, terus capai segelas air. Yang ni memang dah jadi amalan harian aku. Kalau mampu 600 ml, boleh lah minum sebab lagi banyak, lagi bagus. Ada jugak pendapat kata minum air sejuk. Tapi aku tak suka sangat air sejuk nih. So, sukahati lah. One more thing, Minum air sejuk sebelum makan amatlah digalakkan sebab dapat memberi isyarat kenyang kepada perut dan mengelakkan kita dari terlebih makan.

7. Kafein
- Ada pendapat mengatakan, minum kopi tanpa gula sememangnya baik untuk penghadaman dan meningkatkan metabolism. Untuk perut sensitif macam aku ni, lepas minum kopi memang asyik ke toilet lah jawabnya. Sangat lawas dan efektif.

8. Zat besi
- Zat besi diperlukan untuk membantu otot membakar lemak dalam badan. So, banyakkan makan bayam, daging tanpa lemak dan kekacang.

9. Minum susu
- Minumla susu berkalsium tinggi dan rendah lemak sebab memang sangat membantu meningkatkan metabolism tubuh. Kalau tak suka susu, boleh try yogurt rendah lemak. Kalau tak boleh telan jugak, lupakan jelah. HAHAHA.

10. Cahaya matahari
- Dedahkan diri kat matahari pagi sekejap boleh meningkatkan metabolism! Tapi kalau tengah El Nino ni tak pastilah pulak πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

11. Sentiasa aktif!
- Yang ni kena rajinkan diri sikit. Rajin berjalan. Rajin guna tangga. Rajin bersenam!!! At least buatlah sit up ke push up ke plank ke dalam sehari tu kalau tak sempat nak buat full workout. Untuk maintain metabolism.

Makanan/ Minuman yang meningkatkan metabolism:
1. Green Tea- penah citer kebaikan dia kat blog
2. Epal
3. Makanan pedas
4. Tauhu atau ayam tanpa lemak
5. Makanan berprotein

Hmm.. okay tu jelah untuk entri kali ni. Adios!

Monday, 25 April 2016

1001 Khasiat Green Tea

Since green tea ni sangat2 lah baik untuk kesihatan, so memang jadi favourite buat masa ni. Tapi kena tahu yang bagi benefit tu bila kita minum tanpa gula mahupun susu. Yang dah tambah gula dengan susu tu bukan green tea original lagi tau. So toksah nak claim green tea lover sangatπŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š

Okay, kalau korang google pun khasiat green tea ni amatlah banyak tak terkira. Tapi antara yang menarik bagi aku sendiri:
1. Meningkatkan metabolisme
2. Melegakan stress.
3. Baik untuk kulit.- antioksidan dalam green tea boleh elakkan jerawat
4. Mencegah osteoporosis (penyakit tulang)
5. Meningkatkan kecerdasan otak.
6. Menurunkan kadar kolesterol.

Okay yang lain korang gugel sebab aku tengok function ni je dah cukup sebab untuk aku consume hari-hari. Kakakah.
Btw, lepas aku consume green tea secara rutin ni, aku boleh rasa lah yang jerawat tak senang nak hinggap sangat. Tapi kalau dah stress, or PMS tu lain cerita lah kan. Sebab jenis kulit ni normal je bukan kalis jerawat πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Since orang lain ada minat masing- masing kan, aku rasa aku minat bab-bab penjagaan diri macam ni instead of kosmetik or make up/ make over thingy.

Bab penjagaan diri ni orang kata aku rajin betul jaga itulah inilah. Okay, logically, badan ni Allah bagi pinjam kat kita dalam keadaan yang sempurna sihat je, so takkan kita nak pulangkan balik dengan macam2 penyakit, kan? Hmm actually aku siap pikir nak create resepi yang sihat2 je untuk family since makanan Melayu memang banyak guna santan, minyak, menumis etc.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Jaga pemakanan tu basic. Dengan pemakanan tu, inner outer cantik dah. Pastu exercise. Yang ni siap orang kata makin glowing lagi 😳😳😳😳. Takyah pakai bedak sampai berlapis- lapis inci. Primer, base apatah lagi nama lapisan bedak aku pun tak tau. HEHEHE.

Tapi aku tak kata aku tak pakai skincare untuk jaga muka kay. HAHAHA.
Skincare dengan make up tak sama. Skincare bagi aku memang perlu sebab nak elak jerawat, muka berminyak etc tu. Even orang kata hati tu yang penting, rupa tak penting, tapi first appearance muka jugak, betul tak? And orang akan tengok muka jugak akhirnyaπŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Umi siap suruh adik aku ikut hampir semua rutin skincare aku semata- mata sebab jerawat aku berkurang. Even aku sendiri mengaku aku pun tak flawless kakakaka. But, to be honest, aku kesian dekat adik sebab dia ade alergik teruk so masalah jerawat dia agak kritikal jugak. Lupa pulak nak suruh dia consume green tea hari-hari. 

Eh, panjang pulak bebel. Ok pasal green tea sikit je.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Okay sambung sikit.
Actually untuk dapatkan kesan maksimum green tea ni kena ambil dalam 5-6 kali sehari. Hmmmmm.
Aku pun ambik sekali je kot. Kakakakah.
And tak elok minum waktu perut kosong. Maybe boleh menyebabkan sembelit. Kot.
Tapi long story cut short, green tea ni boleh membakar kalori dengan lebih efektif dan mengurangkan selera makan jugak. So, memang eloklah kalau tengah nak turunkan berat badan tu. Hehehehe.

Ok adios.








Diet update #1

Huh diet lagi.
Kakakah kisah pulak. Tak suka takyah baca.

Okay since aku balik last week, so aku pun bertemu lah dengan weighing scale yang amat disayangi (okay tipu je) tu kan. Punya eksaited Jumaat malam sampai rumah kul 12++ tu terus timbang.

Oh ya, info tambahan: Jumaat malam tu aku makan bihun sup jam 11 malam sebab abang ipar berenti makan sebelum sampai rumah so makan jela since mmg lapar.(padahal ingat nak skip dinner je terus).
Then tengok2 turrun lah rupanya berat aku setelah 2 minggu mengamalkan berbagai gaya diet kakakah. Ok turun 1.5kg je tak banyak pun. Or 1.8 centu lah since dia jenis jarum je gerak2 kan aku pun suka hati jela agak. Esok pagi pun aku timbang lagi sampai ahad aku timbang and memang bukan mimpi. Berat turun sikit. Pastu punya hepi bagitau umi, umi boleh jawab "alah setakat 2 kg umi dalam seminggu bape kali turun naik banyak tu"
"Ala. umi ni tak supportive la. Orang nak turun 4kg je lagi ni"
"Ingat senang ke nak turun 4 kg?"
"Okay takpe, kita tengok nanti eh mi"😌😌😌

Haha based on apa yg aku baca, kita mana boleh timbang selalu sangat, sebab normal la berat naik turun lepas kita makan contohnya. Sebab tu tips dia nak timbang kena timbang waktu pagi. Bangun tidur selepas buang air dan sebelum sarapan. Okay?

So, untuk meraikan, aku pun cheat ah untuk sabtu ahad tu. KAKAKAKAH tak beragak turun 1 kg cheat 2 hari kan.
Ye, Sabtu ahad dedua aku makan nasi and huh pendek kata memang cheat ah sebab aku teringin nak makan asam ah, buah ah, mister potato la.

Well..Along cerita dia buat atkin memang jadi. Even tak penah berjaya sampai 2 minggu induction tu sebab mesti kena buat balik. So aku macam...tergoda?

Tergoda lah nak buat atkin balik... Tapi azam dia memang kena beli lauk lain selain telur and banyak2 kan sayur. Sebab nak kontrol kolestrol.

Haha lawak betul nak decide buat diet jenis apa pun pening.
Setakat yang aku buat research lah sesikit:
1. Diet Atkin
2. Diet Calorie.
3. Diet Oatmeal.
4. Diet 3 hari.
5. Diet seminggu.

Wahahaha hari2 baca pasal diet je aku ni. Dengan exercise. Bukan obses, tapi more on sangat serius. Yelah, takkan nak diet main taram je kan. Karang penyakit lain pulak datang. Mestilah nak buat yang mana kita rasa mampu dan sesuai dengan kita. Gituu.

And target aku skarang 4kg je nak turunkan lagi. Diet ni kena disiplin, tak disiplin 4 kg tu 2 bulan pun tak jadi. Aku tak target melampau sebab lepas dah turun 4kg baru aku akan slow down kalau nak turun lagi 1-2kg. Haa centu lah lebih kurang.

So citer dia skang aku nak buat clean diet atkin iaitu 20g carbs je sehari.

Pastu, along duk suggest buat exercise plank. Haa.. Aku pun first time dengar and terus jatuuh cinta gitu..
Baru sekali buat hari Sabtu. Balik hari Ahad roommate tegur "Syam, kau exercise ke hape kat rumah?"
"Syam nampak lain ah"
Uuuu.

Wahahaha. So, aku pun tak taulah kan kot efek baju ke lighting ke hape tetiba je aku balik rumah duk cheat dia kata aku nampak kurus. So kelainan dia aku buat plank je lah.


Plank exercise

Okay, untuk beginner aku belum buat lagi ah yang side plank bagai tu. Tu macam kena tangan kuat dulu tak mampu woi hahahaha. Since push up pun aku try buat tapi aku takleh nak buat dengan cara yang betul sangat so aku rasa tak best kakakah. Duk belajar dengan budak palapes housemate baru kau tahu payah kot push upπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.
Tapi still buat ah even stail perempuan punya yang menekuk lutut tu. (boleh kot google seniri kalau nak tau cane)

That's enuf.
So, citer dia sekarang aku start atkin balik. Since diet calorie aku kena kira and macam payah je pastu diet oatmeal pulak aku kena makan oatmeal hari2..KAKAKAKAH memang bosan kot. So aku decide atkin balik untuk 2 minggu ni. Balik rumah hujung minggu ni kita timbang balik.
Diet oatmeal ni aku plan nak start lepas turun at least 3 kg. Sebab diet oatmeal ni paling sihat bagi aku. Turunkan kolesterol, ambik serat etc.


Thursday, 21 April 2016

Give up

Hahahaha aku start buat atkin ahad lepas tapi masuk harini dah rasa nak giveup.

20g je carb sehari pastu aku asyik makan telur je. Aku risau kolesterol pulak naik nanti. Hmmmmm.
Kena buat slow2 jela. 

1. Kontrol amaun makanan yang diambil.-nasi sekali je sehari-biasakan separuh pinggan-2 senduk
2. Minum air banyak.- 3 liter++
3. Exercise.
4. Green tea.
5. No sugar, no fast food, no junk food.
6. Limit makanan bergoreng seminggu 2 kali je k.

Yela, aku baru perasan pasal kolesterol tinggi ni. Ada biji2 kat mata.
Nasiblah tak obvious, tapi still ada. Membuatkan rasa nak check kolesterol dalam badan nih. Huuuhuhuhuhu. Habislah.

Kesian kat badan tak tertunai hak dia kena jaga elok2.

Sorry badan. Lepas ni jaga makn tak nak makan kolesterol dah ye. HUHUHU.
Pastu makan buah oren bebanyak. Haha.


Bintik kolesterol

*Gambar ilham Google*

Antara cara mudah nak turunkan kadar kolesterol:

1. Makan banyak buah dan sayur.
2. Elakkan kuning telur.
3. Kurangkan makanan bertepung.
4. Olahraga- workout
5. Makanan penurun kolesterol: kubis, oatmeal, buah belimbing, buah naga, ikan, buncis, brokoli, teh.
6. Elakkan makanan laut.
7. Elakkan makanan bergoreng.
8. Elakkan susu lemak tinggi- full cream


Okay that's all for now.
Adios myself.

Tuesday, 19 April 2016

Babies.. πŸ’žπŸ’ž

Okay sebab bosan so nyinggah lagi..

Cam pelik tetiba tajuk entri ni kan? Haha..tetiba terlintas nak buat cane..

Well, extremely jeles dengan orang yang ada baby ni.. Bukan anak sendiri pun, anak sedara lah kan. Dah macam musim orang ada anak sedara pulak. Semua nak show off anak buah memasingπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜’πŸ˜’. And sebab kat rumah dah lama takde baby.. Ada sepupu je, tu pun jarang jumpa. And anak sepupu *sigh*.
Kalau aku boleh jumpa selalu bestlah jugak, hmm..

Dah ah tetiba randomly mesej along tanya
"along, takde berita baik ke?"
"Berita apa pulak dah?"
"Erm..saje tanya... Bosannn"
"Sengal lah awak ni.....Mana ada papela, kacau orang je keja"


Haha so she knows what I meant I guess. Padahal rasa cam tak obvious pun. Sebab tengok status wasap dia gambar baby. Kotlah kan. Tapi maybe tu semata- mata keinginan dia. Dah kalau aku yang tak kawinn lagi pun meroyan cam hape je nak anak sedara (nak anak kang cam melampau pulak) apa lagi dia yang dah kawin hampir 2 tahun... Hmmm..
Nak- nak bila sepupu sepapat yang kawen lepas dia pun dah ada anak.
Pastu sedara mara duk tanya
"Dah ada isi ke?"
Huh. Stress jugak dah kawin orang tanya anak pulak.

But, it's all about rezeki. Dia nak bagi, Dia akan bagi.
Cuma kena doa, and sabar *cakap kat diri seniri"

Siap berazam ni kalau along pregnant nih aku nak jaga dia bebaik kakaakah. Belum lahir pun dah sayang, over pulak.

Rindu nak jaga budak kecik nih.
Yela aku jaga adik2 start umur 9 tahun kot.
Mandikan, suap makan, buat susu. Depa membuang pun siap basuhkanπŸ˜…πŸ˜…
Dedulu buat rasa cam dah besar. Sekarang pikir balik, woi matangnya ai. Muahahahahhaha.
No wonder umi kata aku keibuan padahal kecik lagi kot.

Tapi ingat jugak dedulu along kata taknak ada anak sebab tak suka bebudak. Tapi tu mungkinlah pikiran tak matang 10 tahun dulu, sekarang tak kot. Hahahaha.

Mungkin sebab kalau buat nakal je umi kata "Ha, nanti dah ada anak, anak awak buat menda sama taulah perasaan ibu tu macam mana"

Sebab tu along kata taknak ada anak, dia tahu dia nakalπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚





Okay tengok Song Triplet nih memang tak pernah tak melting πŸ˜πŸ˜






Dedulu suka betul tengok kembar. Siap berangan nak anak kembar, so kena cari laki yang ada genetik kembar tu jugak. HAHAHA.
Okey sekarang dah kuburkan angan-angan. Bai kembarπŸ˜…πŸ˜…

Tapi ada dua pupu yg triplet..
HmmmmπŸ€”πŸ€”
Jauh gak ah relation dia tuh. Anak sepupu ayahπŸ˜‚πŸ˜‚

Ok saja mengarut baii.

Monday, 18 April 2016

Rindu?

   Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ§ِΩ†ِّΩ‰ْ Ψ§َΨ³ْΨ¦َΩ„ُΩƒَ Ψ­ُΨ¨َّΩƒَ وَ Ψ­ُΨ¨َّ Ω…َΩ†ْ يُّΨ­ِΨ¨ُّΩƒَ وحُΨ¨َّ ΨΉَΩ…َΩ„ٍ يُّΩ‚َΨ±ِّΨ¨ُ Ψ§ِΩ„Ω‰ Ψ­ُΨ¨ِّΩƒَ 

Ya Allah, kurniakanlah kepada ku Cinta terhadap Mu dan Cinta kepada mereka yang Mencintai mu, dan Cinta pada amalan  yang membawa aku hampir kepada CintaMu 

Rasa rindu itu bahaya.
Boleh jadi ia suatu rindu yang melalaikan, yang membuat hati jauh dari Tuhan.

Kata Syaikh Aidh Al Qarni di dalam sebuah karangannya:

Jangan pernah merindukan sesuatu secara berlebihan. Karena, yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tak pernah padam. Seorang muslim akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluh kesah, kesedihan dan kerinduan. Demikian pula ketika ia dapat mengatasi keterasingan, putus asa dan keterpisahan yang dikeluhkan para penyair. Betapapun yang demikian itu adalah tanda kehampaan hati.

“Tidakkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Rabbnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”
 (Surah Al Jaasiyah: 23)

Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.

Maka teruji lagi hati ini.

Mungkin juga disebabkan rasa-rasa yang berlebihan.

Kata Ibnu Qayyim perasaan yang berlebihan mungkin disebabkan:

1. Hati yang tidak terisi oleh rasa cinta, rasa syukur, zikir, dan ibadah kepada Allah.

2. Membiarkan mata liar. Mata yang tidak dijaga adalah jalan yang menghantarkan pada kesedihan dan keresahan :

“Katakanlah kepada orang2 lelaki yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya..” (Surah An Nur:30)

Rasulullah juga bersabda: ‘Pandangan (mata) itu adalah satu dari sekian banyak anak panah iblis’

-Jika kau liarkan matamu kepada semua mata, maka semua pemandangan akan membuatmu lelah.
Kaulihat pemandangan, tapi tak seluruhnya mampu kau lihat dan kau tatap-

3. Meremehkan ibadah, zikir, doa, dan solat sunat.
 “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan2 keji dan munkar”
(Surah Al Ankabut : 45)

Maka ini membuatku lebih rindu kpd tarbiah, nasihat dan kata2 yang boleh membimbing jiwa dan menghidupkan hati.

Aku perlu lebih berusaha sendiri untuk mencarinya.

Dan penawarnya,

“Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih” 
(Surah Yusuf: 24)

1. Berusaha untuk selalu berada dipintu ibadah dan memohon kesembuhan kepada Yang Maha Agung.

2. Merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan. 
“..mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya..”(QS An Nuur : 30),
 ” Dan orang2 yang menjaga kemaluan mereka” (QS Al Mu’minun : 5)

3. Menjauhkan hati dari hal2 yang bisa mengikatnya dan berusaha melupakannya.

4. Menyibukkan diri dengan amal sholeh dan berguna. ” Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas ” (QS. Al-anbiya : 21)

5. Menikah secara syar’i. ” Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ” (QS. An Nisa : 3)

” Dan, diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya “. (QS. Ar Rum : 21)

Tapi yang last ni applicable untuk yang dah berkemampuan jelah.
Untuk yang tak mampu ni memang jalan dia dekatkan diri dengan Allah, dan amal2 soleh dan serius aku rindu tarbiyah. 

Sumber: http://tintafalastini.blogspot.my/2012/09/menghilangkan-rasa-rindu-yang-melalaikan.html

Friday, 15 April 2016

Saje nyinggah

Dah jadi hobi pulak nyinggah sini
Since that day. *eh*

Well, harini kitorang buat DR Assessment.
Disaster Recovery Simulation Assessment.

Dia cam kena blakon and practiced ah bebetul kalau memang ada disaster berlaku, for example kebakaran, so apa yg IT Department ni kena buat.

Tapi actually citer dia kat sini aku nak balik je, kakakakah
Dah pukul 0530 and dijangka simulation ni habis pukul 0800.

Choy agak agak ah nak kena stay sampai pukul 8. HUHUHUHUHU.

Aku dah mula rasa kebosanan dan keserabutan bekerja, and rasanya memang nak sambung study lah lepas ni. Maybe aku akan lebih distract diri dari berfikir yang bukan2 bila belajar kot. Kot.

Tapi aku tak submit lagi woi application untuk further study tu. Bukan saje, tapi sebab ada banyak menda tak lengkap lagi. For example, ic in pdf file, guarantor letter, financial ke hape tah. Banyak pulak cekadak dia nak mintak macam2, ponin den. Huhuhu.

Since Prof pun tak layan wasap aku, aku kena cari inisiatif lain. Tapi tulah, aku ni ada penyakit yang kronik iaitu M.A.L.A.S.

Aku seriusly MALAS gila bila kena isi form, or buat keja remeh temeh gini. *huks*
Sekarang lagi kronik, nak bukak lappy tengok cerita pun malas.

Aku rajin berjalan je kot. Dengan masak tapi kalau kat rumah jelah. Masak untuk orang. Diri sendiri masak menda tak sedap je, semua tak cukup rasa *dietlah katakan*.

Housemate aku kata dia rimas dengar aku nak diet. Haih.
Aku tak buat apa pun kat dia kot. Aku nak jugak merasa jadi kurus. Salah ke?

Even aku tahu orang terima je aku camni pun, aku yang takleh terima. Aku ada keinginan sendiri gak. Huhuhu.

Aku kena cari hobi dan cara untuk isi masa dari melayan perasaan yang bukan-bukan ni. Hmmm. Mostly isi dengan tarbiyah diri lah kot. Huh baru nak bina diri balik. Tolonglah Syams, jangan lemau macam ni!!😲😲

M*#$^h je yang tinggal dengan aku kat sini. T#$% dengan B$#@! pegi data centre.

I'm super duper bored in this long Fridayyhhh!
Jumaat kot orang balik kampung sob sobsss..
Nak balik bosss! Pelishh!!

And that particular moments you saw everybody else left and went offline😒😭😭😭😭

Thursday, 14 April 2016

Thursdays Blues

Blue is the favorite color of all people. It’s nature’s color for water and sky, but is rarely found in fruits and vegetables. Today, blue is embraced as the color of heaven and authority, denim jeans and corporate logos. It is cold, wet, and slow as compared to red’s warmth, fire, and intensity.
Blue has more complex and contradictory meanings than any other color.  These can be easily explained by pinpointing by the specific shade of blue.Blue is the favorite color of all people. It’s nature’s color for water and sky, but is rarely found in fruits and vegetables. Today, blue is embraced as the color of heaven and authority, denim jeans and corporate logos. It is cold, wet, and slow as compared to red’s warmth, fire, and intensity.
Blue has more complex and contradictory meanings than any other color.  These can be easily explained by pinpointing by the specific shade of blue.
This color is one of trust, honesty and loyalty. It is sincere, reserved and quiet, and doesn't like to make a fuss or draw attention. It hates confrontation, and likes to do things in its own way.
From a color psychology perspective, blue is reliable and responsible. This color exhibits an inner security and confidence. You can rely on it to take control and do the right thing in difficult times.It has a need for order and direction in its life, including its living and work spaces.
This is a color that seeks peace and tranquility above everything else, promoting both physical and mental relaxation.
It reduces stress, creating a sense of calmness, relaxation and order - we certainly feel a sense of calm if we lie on our backs and look into a bright blue cloudless sky. It slows the metabolism. The paler the blue the more freedom we feel.
In the meaning of colors, blue relates to one-to-one communication, especially communication using the voice - speaking the truth through verbal self-expression - it is the teacher, the public speaker.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
All that from Google,
for me,
Blue is the color of sadness, deep inside like an ocean.
Cold as ice,
A mystery,



I dunno why all this gloomy feeling and sadness suddenly ?*huh tipu kata taktau*
Well, let's be cheerful again dear self!
This is baby blue!
Hopefully it can make us more cheerful hahaha*fake laugh*






Well, I did my colour personality test and these are the result:


YOUR RESULT:

GREEN (helper/supporter)

You have a GREEN (helper/supporter) personality. You like to improvise and you do not believe in getting tangled up with details. You are imaginative and creative, and you like to come up with innovative solutions to problems. You are good at reading other people's emotions, and you are supportive and loyal. You can be inclined to rest on your laurels, and you do not always challenge others when you should. However, your people skills will make you a popular and valuable colleague.
OR

BLUE (analyser/organiser)

You have a BLUE (analyser/organiser) personality. You like to collaborate with others and you avoid conflict. People trust you to get jobs done, and will often give you responsibility. You like to be accepted in social and professional circles. You listen to your emotions and are good at observing situations and creating solutions. You can be inclined to get too caught up with detail and be unwilling to improvise. However, in the right situation you can be a very valuable team member.

I may have both since I really don't think I am creative nor people trust me that much haha.

Wednesday, 13 April 2016

Diet Routine

Well, life must go on and I must be strong.
Keep smiling,
Keep praying.

Huks.

Okay, since the title is diet routine, I wanna write about my diet routine hokay.
Nothing much actually. Since 2 weeks ago, if I'm not mistaken, I already started dieting kononnya. Huks. Tapi bila pikir balik makan cam biasa je tak control sangat lah. And balik rumah naik penimbang tengok maintain je tak turun pun. HUHUHU.

Yela aku duk berzumba berwokout boleh kata tiap petang lah jugak. Well, since berat statik, I think I have to change my strategy.

1. Eat fruits during breakfast
2. Eat lunch moderately- kalau makan kedai sepinggan normal tak gaya diet ah
3. Only proteins and vegies during dinner- or only fruits and veggies.
4. Drink greentea every night.- without sugar (2/3 times a day would be nice)
5. Workout everyday (45 minutes)
6. Push up challenge
7. No sweets or sweets drinks
8. No unhealthy snacks/processed food- huh tapi orang pelawa nugget makan gak kakakah
9. Plain water at least 3 litre per day

Officially yang ni start this week lah, which means this Monday- 11 April 2015.

So we'll see later.

Ikutkan nak puasa isnin khamis tapi tu bukan sebab nak diet je hokay. Yang tu sebab nak puasalah huh.

Will update later kalau dah ada weight loss.
But honestly, I think there are some inchloss since I can feel the difference wearing this one particular blouse and skirt. Hihiks. Maybe perasaan je tapi pelik jugak kalau skirt tu tetiba nak mengembang or blouse tu tetiba membesar kan. HAHAHAHA.
So I assume maybe there are some very small inchloss. Even though my weight is the same, but maybe my body is building musclesπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

So I hope maybe I can look better and at least I can wear my blouses from years ago kakakah.

Okbai nak balik dah. Adios myself.

Gather up and get up!

Alhamdulillah..
Alhamdulillah,

Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah ingin tunjukkan kita sesuatu. 
Aku manusia biasa yang tak sempurna. Mungkin kadangkala aku mentaksir manusia. Sedangkan tidaklah selayaknya aku berbuat demikian.

Kita akan diuji dan terus diuji,
Kadangkala tanpa sedar kita rasa kita sempurna,
Tanpa sedar kita rasa kita sentiasa benar,
Kita merasakan kitalah yang terbaik,

Maka saat itu DIA menguji kita,
Mungkin ujian itulah yang menyedarkan kita,
Mengeluarkan segala penyakit hati yang kita sangka tiada,
Sedangkan ia sedang bernanah dan tumbuh subur di jiwa,

Jiwa-jiwa yang kosong,
Jiwa-jiwa yang lalai
Yang jauh dari Tuhan,
Maka segala godaan datang dan bersoraklah syaitan kegirangan,

Allah menguji kita dengan cara dan bentuk yang berbeza,
Namun apabila diuji dengan titik kelemahan kita itulah sebenarnya ujian,
Titik kelemahan?
Mungkin kepada sesuatu yang kita cintai,
Yang mungkin tanpa sedar melebihi cinta kita kepadaNya,

Maka bangkitlah,
Muslim itu tidak akan jatuh kelubang yang sama dua kali,
Aku tidak punya kekuatan,
Tetapi memohon kekuatan dariNya,
Dan dari mereka yang aku cinta,

Moga apa yang kita lakukan ini keranaNya,
Kerana cinta kpdNya,
Kerana takut akan kemurkaanNya,

Mungkin berpisah keranaNya,
dan bertemu kembali dengan izinNya,
KeranaNya,

Maka bangkitlah,
Kumpulkan kembali kekuatan,
Untuk menjadi salah seorang yg membawa panji-panji Islam,
Fikirlah lebih jauh,
Untuk Islam,
Untuk UMMAH,

UMMAH kian tenat, 
Seperti tenatnya keadaan iman kita,
Nauzubillah,
Astaghfirullah,