Monday, 25 April 2016

Diet update #1

Huh diet lagi.
Kakakah kisah pulak. Tak suka takyah baca.

Okay since aku balik last week, so aku pun bertemu lah dengan weighing scale yang amat disayangi (okay tipu je) tu kan. Punya eksaited Jumaat malam sampai rumah kul 12++ tu terus timbang.

Oh ya, info tambahan: Jumaat malam tu aku makan bihun sup jam 11 malam sebab abang ipar berenti makan sebelum sampai rumah so makan jela since mmg lapar.(padahal ingat nak skip dinner je terus).
Then tengok2 turrun lah rupanya berat aku setelah 2 minggu mengamalkan berbagai gaya diet kakakah. Ok turun 1.5kg je tak banyak pun. Or 1.8 centu lah since dia jenis jarum je gerak2 kan aku pun suka hati jela agak. Esok pagi pun aku timbang lagi sampai ahad aku timbang and memang bukan mimpi. Berat turun sikit. Pastu punya hepi bagitau umi, umi boleh jawab "alah setakat 2 kg umi dalam seminggu bape kali turun naik banyak tu"
"Ala. umi ni tak supportive la. Orang nak turun 4kg je lagi ni"
"Ingat senang ke nak turun 4 kg?"
"Okay takpe, kita tengok nanti eh mi"😌😌😌

Haha based on apa yg aku baca, kita mana boleh timbang selalu sangat, sebab normal la berat naik turun lepas kita makan contohnya. Sebab tu tips dia nak timbang kena timbang waktu pagi. Bangun tidur selepas buang air dan sebelum sarapan. Okay?

So, untuk meraikan, aku pun cheat ah untuk sabtu ahad tu. KAKAKAKAH tak beragak turun 1 kg cheat 2 hari kan.
Ye, Sabtu ahad dedua aku makan nasi and huh pendek kata memang cheat ah sebab aku teringin nak makan asam ah, buah ah, mister potato la.

Well..Along cerita dia buat atkin memang jadi. Even tak penah berjaya sampai 2 minggu induction tu sebab mesti kena buat balik. So aku macam...tergoda?

Tergoda lah nak buat atkin balik... Tapi azam dia memang kena beli lauk lain selain telur and banyak2 kan sayur. Sebab nak kontrol kolestrol.

Haha lawak betul nak decide buat diet jenis apa pun pening.
Setakat yang aku buat research lah sesikit:
1. Diet Atkin
2. Diet Calorie.
3. Diet Oatmeal.
4. Diet 3 hari.
5. Diet seminggu.

Wahahaha hari2 baca pasal diet je aku ni. Dengan exercise. Bukan obses, tapi more on sangat serius. Yelah, takkan nak diet main taram je kan. Karang penyakit lain pulak datang. Mestilah nak buat yang mana kita rasa mampu dan sesuai dengan kita. Gituu.

And target aku skarang 4kg je nak turunkan lagi. Diet ni kena disiplin, tak disiplin 4 kg tu 2 bulan pun tak jadi. Aku tak target melampau sebab lepas dah turun 4kg baru aku akan slow down kalau nak turun lagi 1-2kg. Haa centu lah lebih kurang.

So citer dia skang aku nak buat clean diet atkin iaitu 20g carbs je sehari.

Pastu, along duk suggest buat exercise plank. Haa.. Aku pun first time dengar and terus jatuuh cinta gitu..
Baru sekali buat hari Sabtu. Balik hari Ahad roommate tegur "Syam, kau exercise ke hape kat rumah?"
"Syam nampak lain ah"
Uuuu.

Wahahaha. So, aku pun tak taulah kan kot efek baju ke lighting ke hape tetiba je aku balik rumah duk cheat dia kata aku nampak kurus. So kelainan dia aku buat plank je lah.


Plank exercise

Okay, untuk beginner aku belum buat lagi ah yang side plank bagai tu. Tu macam kena tangan kuat dulu tak mampu woi hahahaha. Since push up pun aku try buat tapi aku takleh nak buat dengan cara yang betul sangat so aku rasa tak best kakakah. Duk belajar dengan budak palapes housemate baru kau tahu payah kot push up😂😂😂😂.
Tapi still buat ah even stail perempuan punya yang menekuk lutut tu. (boleh kot google seniri kalau nak tau cane)

That's enuf.
So, citer dia sekarang aku start atkin balik. Since diet calorie aku kena kira and macam payah je pastu diet oatmeal pulak aku kena makan oatmeal hari2..KAKAKAKAH memang bosan kot. So aku decide atkin balik untuk 2 minggu ni. Balik rumah hujung minggu ni kita timbang balik.
Diet oatmeal ni aku plan nak start lepas turun at least 3 kg. Sebab diet oatmeal ni paling sihat bagi aku. Turunkan kolesterol, ambik serat etc.


No comments:

Post a Comment